"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Sabtu, Februari 20, 2010

Jenayah Di Taman Bahagia, SS3 PJ Serius


Pusat Khidmat ADUN Kampung Tunku akan mengadakan pelbagai langkah untuk mempertingkatkan keselamatan di Taman Bahagian SS3/59, Petaling Jaya.

Saya telah melawat ke Taman Bahagia SS3/59 yang terletak berhampiran dengan stesen LRT Taman Bahagia, Petaling Jaya dan sempat bertemuramah dengan beberapa penduduk di Taman Bahagian tentang keadaan jenayah yang semakin parah di kawasan ini.

Ini adalah kerana saya telah menerima panggilan telefon dari beberapa penduduk di Taman Bahagia dalam beberapa minggu lepas dan kekerapan kejadian jenayah yang meningkat secara mendadak ini menunjukkan keselamatan di Taman Bahagia telah bertambah serius, khususnya apabila musim perayaan mula menjelang tiba.

Penduduk yang ditemui rata-rata mengatakan kebanyakan penjenayah ialah penumpang motosikal dalam lingkungan umur 14 hingga 30 yang selalu memecah masuk ke dalam rumah, meragut dan memecah kereta.

Kes yang terbaru ialah satu insiden yang melibatkan sebuah kereta Toyota Celica yang dicuri kesemua empat tayar dengan sport-rimnya serta stering pemandu kereta.

Kejadian jenayah yang semakin serius menyebabkan penduduk di Taman Bahagian SS3/59 takut untuk keluar dari rumah mereka kerana mereka takut mereka akan menjadi mangsa terhadap penjenayah ini.

Mereka juga mengesyaki bahawa penjenayah ini merupakan penyenayah berulang dan cara mereka melakukan jenayah adalah amat pantas.

Seorang penduduk bernama Teo Li Cheng, yang juga merupakan anggota Rukun Tetangga SS3 mengatakan bahawa beg tangan beliau telah diragut semasa keluar dari rumah.

Komuniti harus sedar untuk menjaga keselamatan sendiri demi kesejahteraan bersama.

Kes jenayah sering berlaku di kawasan persekitaran Taman Bahagia. Menurut kata penduduk Taman Bahagia. Tayar kereta juga selalu dijadikan target dan dicuri.

Salah seorang penduduk bernama Fong Chek Seng berkata terdapat seorang penduduk wanita kini mempunyai fobia semasa keluar rumah kerana dia pernah dirompak oleh dua penjenayah yang bersenjatakan parang.

Semasa saya meninjau keadaan di Taman Bahagia, saya telah memberitahu pemberita bahawa sebagai langkah permulaan, saya akan menyumbang lebih 200 wisel keselamatan kepada penduduk sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu, saya akan menulis kepada MBPJ, PDRM, TNB dan Prasarana untuk membincangkan cara-cara untuk mempertingkatkan aspek keselamatan di kawasan itu khususnya menambahbaik sistem lampu jalan pada waktu malam.

Ketiga, saya akan meminta PDRM Daerah Petaling dan Balai Polis Sungai Way untuk mempertingkatkan rondaan di kawasan ini.

Selain itu, saya turut menyeru PDRM di Bukit Aman untuk mempercepatkan permohonan MBPJ untuk menubuhkan pasukan polis bantuan MBPJ yang terdiri daripada 100 anggota penguatkuasa MBPJ untuk menjalankan tugas rondaan keselamatan demi mengatasi masalah kekurangan tenaga polis di Petaling Jaya.

Saya telah memaklumkan perkara ini kepada ketua balai Polis Sungai Way, Inspektor Ravi melalui pesanan ringkas (SMS) dan maklum balas dari Inspektor Ravi ialah beliau akan mengarahkan anggotanya untuk menjalankan rondaan perisikan di kawasan ini.

Selain itu, beliau telah bertemu tuanpunya kedai di Taman Bahagia dan meminta mereka memaklumkan kepadanya dengan cepat melalui telefon bimbit jikalau mereka ternampak sesiapa yang mencurigai di kawasan mereka.

Selain itu, satu pertemuan di antara penduduk dengan Ketua Polis Daerah Petaling akan diadakan pada akhir bulan ini untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah jenayah di SS3, Petaling Jaya.


Lau Weng San
Penulis adalah ADUN Kampung Tunku
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!