"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Rabu, Februari 10, 2010

ZAMBRY MB PERAK DENGAN SENTIMEN SULTAN DAN MAHKAMAH


Syabas DS Nizar kerana berani menegakkan keadilan. Keputusan mahkamah jika diteliti dengan fikiran waras dan bijaksana, ia satu keputusan yang memang berpihak.

Saya juga sokong jika PR mengubah sedikit strategi memandangkan iklim di Perak sudah berubah dengan keputusan ini. BN buat serangan bertubi-tubi secara psikologi. Maka PR juga mesti melakukan serang balas secara psikologi. Tunjukkan kepada rakyat, PR mampu lebih baik dari BN. Kuatkan khidmat masyarakat, tawan hati mereka dan buktikan PR boleh lakukan sesuatu dan bukan hanya membangkang sahaja.

DS Nizar, usaha kuat mesti dibuat terutama di kalangan golongan Rural Malays yang telan bulat-bulat fitnah BN. Mantapkan khidmat kepada rakyat, nanti rakyat akan tahu menilai sebab orang yang ikhlas akhirnya akan terpancar kejujurannya juga. Dan orang yang berpura-pura seperti BN akhirnya akan terdedah tembelang mereka.

Tidak mengapa kita kalah sedikit sekarang, tetapi menang besar nanti. Seperti Perjanjian Hudaibiah, umat Islam kalah sedikit tetapi hasilnya ialah Futuh Makkah.

Kepada penyokong buta BN, kamu suruh PR terima keputusan mahkamah ini tetapi kenapa BN tidak boleh terima keputusan rakyat yang mengundi PR dan menghumban BN? Mengapa tidak terima keputusan PRU dengan lapang hati dan bekerjasama dgn PR? Jadi, bukankah BN yang mencetuskan porak peranda di Perak?

Para penyokong PR, matlamat kita ialah pilihanraya kerana itulah kemenangan yang sejati. Ayuh bantu DS Nizar.

-badi-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!