"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Februari 12, 2010

Najib: Antara Strategi Ombak Biru Dan Kucing Biru Doraemon


Rata-rata rakyat Malaysia telahpun menerima hakikat akhbar arus perdana negara ini kini sudah muncul sebagai akhbar tidak berkualiti dan tidak ada kelas.

Akhbar arus perdana Malaysia tidak lebih daripada merupakan organ parti politik pemerintah. Berita bukan lagi sekadar berita tetapi diadun dengan sekian rupa untuk menunjukkan yang betul semuanya UMNO-BN dan yang tak betul semuanya parti pembangkang.

Pokoknya akhbar arus perdana dan media elektronik yang dikuasai oleh UMNO-BN sudah menjadi alat bagi menunjukkan betapa maksumnya para pemimpin UMNO-BN yang mentadbirkan kerajaan. Dan nampaknya ungkapan Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan kabinet barunya tahun lalu bahawa ‘era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berlalu’ rupa-rupanya tidak lebih dari satu lagi retorik politik yang sudah menjadi begitu sebati dengan UMNO-BN dan para pemimpinnya.

Ramai yang telah berhenti membaca apatah lagi melanggan akhbar arus perdana Malaysia (dalam semua bahasa) di atas sebab ketara – memintal dan memutar belitkan berita. Bagaimanakah media arus perdana mahu menunjukkan taukeh mereka begitu maksum sedang mereka sendiri terlalu pincang.

Tidak ada salahnya bagi akhbar digunakan sebagai alat propaganda parti politik. Ini adalah perkara lumrah di mana-mana sahaja.

Gunalah teori penentuan-agenda. Pilihlah teori hypodermic needle atau teori magic bullet sekalipun, atau kalau suka buatlah teori media sendiri yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana akhbar atau media lain dalam sejarah media dunia. Pintal dan putar belitkan berita semahu-mahunya.

Tapi janganlah disebabkan terlalu ghairah mengampu taukeh sehingga terpaksa memperbodohkan diri sendiri sehinggakan perkara yang amat mudah untuk difahami oleh kanak-kanak sekolah sekalipun tidak mampu difahami oleh pengamal media arus perdana sebagaimana tidak mampu difahami oleh taukeh-taukeh mereka.

Contoh terbaru bagaimana pengamal media mempersendakan keintelektualan (jika ada) mereka sendiri ialah tentang pemberitaan mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat. Kenyataan Tuan Guru itu adalah begitu mudah. Kalau tak faham bahasa Melayu asas mengenai rangkai kata ‘begitu mudah’, maka dalam bahasa Inggerisnya ialah ‘downright simple’. Maknanya semudah A,B,C dan 1,2,3.

Susah sangatkah mahu memahami kenyataan beliau yang mempelawa UMNO mengadakan muzakarah dengan PAS bersabit isu mengenai agama Islam yang membabitkan rakyat. Maknanya, ‘marilah kita berbincang tentang Islam’.

Bila pula Tok Guru sebut tentang timbulnya hasrat mahu berbincang tentang kerjasama politik antara PAS dan UMNO sebagaimana yang dipintal dan diputar belitkan oleh akhbar dan media arus perdana.

Justeru, mana ada ‘perubahan cuaca’ sebagaimana yang dijadikan tema tajuk utama sebuah akhbar harian, sedang sebuah lagi menyiarkan berita respons Perdana Menteri kononnya PAS perlu tetapkan pendirian sebelum berbincang dengan UMNO.

Agak malang sekali Perdana Menteri sendiri mendapati sukar memahami apa yang cuba dicadangkan oleh Tok Guru Nik Aziz sehingga mengeluarkan kata-kata, "Saya tak tau nak kata apa sebab pendirian dia (Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ni bertukar macam cuaca, ada masa dia setuju, ada masa tak setuju.”

Nak tergalak pun ada dengan kenyataan yang semacam ini. Bila pula Mursyidul Am bersetuju dan apa pula yang dipersetujui oleh Tok Guru? Najib faham tak apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar Kelantan ini?

Janganlah nanti orang kata kita ini tak tahu berbual. Orang cakap lain kita cakap lain. Bercakap dalam nada sinis ini adakalanya seronok. Nampaklah macam kita ini seolah-olah pandai sangat. Dulu waktu Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau sering memberikan respons sinis terhadap pelbagai kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS.

Namun Najib perlu ingat. Itu dulu sewaktu UMNO-BN begitu gagah dan sewaktu kepimpinan UMNO-BN dalam bentuk Dr. Mahathir Mohamad dapat diterima oleh sekian banyak orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Tetapi dalam realiti politik hari ini, apakah Najib merasakan kenyataan seperti itu, apatah lagi yang menyangkut kepada keperihalan umat Islam negara ini secara am akan membuatkan lebih ramai para penyokong PAS akan meninggalkan parti Islam itu lalu memberikan sokongan kepada beliau dan UMNO. Apakah ini yang dipelajari oleh Najib daripada buku Blue Ocean Strategy (tulisan W. Chan Kim dan Renee Mauborgne)?

Strategi ombak biru bukan macam strategi kucing biru, Doraemon. Strategi ombak biru memerlukan strategi dan pendekatan yang memikat dan bukan bersinisan-sinisan terhadap pemimpin pembangkang. Kalau pemimpin pembangkang memilih untuk bersinis-sinisan, biarlah. Najib tak perlu jadi copycat atau kucing tiruan.

Kalau terpaksa meniru kerana kehabisan modal atau tak faham strategi ombak biru, maka lebih baik tiru sahaja cara dan gaya kepimpinan dan pendekatan ayahnda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak yang lembut dan berimej kebapaan.

Adakah sesiapa (termasuk pemimpin PAS sendiri) yang ingat sekiranya Allahyarham Tun Abdul Razak mengeluarkan keta-kata sinis terhadap mana-mana pemimpin pembangkang?

Dan adakah sesiapa yang ingat sekiranya media arus perdana menokok-nambah dan mensensasikan secara sinis kenyataan beliau?

Hmmm….Patutlah semakin hari semakin ramai yang menyokong kepimpinan Najib dan UMNO-BN.

-detik daily-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!