"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Februari 14, 2010

Tender tidak lulus punca Zahrain keluar parti


GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada parti itu sebagai menjaga kepentingan individu dan peribadi.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, keretakan antara beliau dan Ahli Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kelulusan tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Katanya, beliau tidak meluluskan tender tersebut kerana syarikat yang disokong kuat oleh Zahrain baru sahaja ditubuhkan dua bulan sebelum tender projek dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

“Saya juga hairan mengapa seorang pemimpin seperti Zahrain yang kononnya berjuang untuk reformasi boleh menyokong sebuah syarikat ‘hijau’ seperti syarikat RM2 untuk mendapatkan tender bernilai berjuta-juta ringgit.

“Ini jelas menunjukkan syarikat ini ditubuhkan hanya untuk membida tender itu semata-mata. Bagaimanapun, saya enggan mengulas lanjut sama ada beliau mempunyai kepentingan dengan syarikat itu atau tidak,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, syarikat berkenaan baru sahaja ditubuhkan dan menyebabkan beliau tidak yakin dengan keupayaan syarikat untuk mengendalikan projek yang bernilai lebih RM40 juta itu.

“Saya rasa Zahrain masih lagi geram kerana saya tidak luluskan tender tersebut pada syarikat dua ringgit itu dan punca beliau keluar parti dengan mengatakan saya seorang diktator,” katanya.

Selain itu, Guan Eng juga mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Island Golf Properties (IGP) sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata, Zahrain harus sedar pelantikannya sebagai Pengerusi IGP sebelum ini adalah atas kedudukannya sebagai Pengerusi PKR Negeri, di samping sokongan daripada parti itu.

“Bagi saya, ia jelas menunjukkan Zahrain hanya bertindak sedemikian selepas mendapati segala kepentingan individu dan politik beliau disekat PKR di samping kecewa dengan perkara yang terjadi dalam IGP itu sendiri,” katanya

Guan Eng berkata, dakwaan Zahrain bahawa beliau dipecat sebagai Pengerusi IGP juga tidak benar kerana Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sudah menghantar surat dan memaklumkan kepadanya bahawa tiada sebarang pemecatan dibuat hingga setakat ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak akan menarik balik jawatan beliau sebagai Pengerusi IGP meskipun mempunyai kuasa untuk melakukan sedemikian.

“Bagaimanapun saya akan tunggu keputusan beliau sama ada akan letak jawatan atau tidak. Jika beliau masih lagi enggan meletakkan jawatan dalam IGP, ini jelas menunjukkan keputusan beliau keluar parti hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata,” katanya.

-sinar harian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!