"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Februari 18, 2010

signal awal pilihanraya /terus rapati rakyat



Keputusan Mahkamah persekutuan selasa lalu yang memihak kepada Zambry merupakan salah satu indikator bahawa pilihanraya umum akan diadakan lebih awal kerana umno dan barisan nasional dilihat tidak lagi mampu untuk mengambil risiko berhadapan dengan kekalahan didalam pilihanraya , terutama jika berlaku pilihnaraya negeri sudah pasti ianya akan memberikan implikasi yang cukup besar kepada survivor umno dan barisan nasional ( extinction ) . Jika mereka tewas sudah pasti mereka hanya akan menjadi sebahagian daripada bahan sejarah politik negara ini justeru apa yang berlaku merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk membeli masa ( buying times )bagi memulihkan sokongan rakyat keatas mereka disamping usaha mereka untuk membuat rakyat ragu-ragu keatas pakatan rakyat melalui pelbagai cara dan yang paling popular menggunakan adun –adun pakatan yang bermasalah dan berdarah umno seperti zulkifli nordin , dato seri zaharin hashim dan lain-lain lagi .Kalau kita masih ingat
satu ketika dulu umno memperkudakan ezam md nor menjelang pilihanraya yang ke-12 yang lepas dan tidak keterlaluan kalau dikatakan perkara-perkara begini merupakan antara tanda- tanda besar akan berlakunya pilihanraya dan hari ini mereka mermperkudakan induvidu seperti zulkifli nordin dengan kenyataan-kenyataan beliau yang bersifat menghentam dasar dan kepimpinan pakatan rakyat dan sudah tentu kita tidak heran jika selepas ini kita akan melihat aksi lompat melompat kerana ini merupakan salah satu taktik yang begitu senonim dengan umno dan barisan nasional bilamana menjelang pilihanraya. Kehadiran mereka ini didalam pakatan rakyat sekadar menjadi sampah-sampah yang timbul setelah berlakunya banjir besar dan kemudiannya hilang ditelan arus yang deras (arus perubahan ) .
Hari ini perkara pokok yang paling besar didalam politik dan kepada parti –parti yang bertanding ialah untuk mendapatkan dan membina kepercayaan rakyat terhadap mereka .didalam konteks ini sudah pasti umno dan barisan nasional menghadapi masaalah untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap mereka .Pertamanya kerana kepimpinan mereka yang lemah diselubungi dan dikaitkan dengan oleh bagai-bagai skandal bermula dengan pembunuhan altantuya , komisyen kapal selam ,skandal pkfz , kehilangan enjin pesawat F-5e semuanya mengundang keraguan kepada rakyat .(sesuatu yang melucukan bilamana kapal selam pertama negara kd tunku abdul rahman gagal untuk menyelam _kenyataan akhbar ) Kepimpinan tertinggi Umno dan barisan Nasional(najib) bukan sahaja kehilangan kepercayaan rakyat tetapi juga dikalangan pimpinan umno dan barisan nasional itu sendiri apabila hampir sahaja budget sulongnya gagal untuk diluluskan …najib benar-benar terpaksa bekerja keras dengan turun kepelusuk-pelesuk daerah bagi membina semula imejnya yang telah rosak teruk itu .Kepada pakatan rakyat ini merupakan satu cabaran agar terus bersama dengan rakyat ,mendengar dan menyelesaikann permasalahan mereka kerana rakyat dinegara ini sudah mula membuat penilaian kepada suatu bentuk politik praktikal(practical politic’s) kepada mereka.,usaha najib untuk mendekati rakyat tidak boleh dipandang sinis kerana setiap perkara yang dilakukan mampu untuk mengubah persepsi rakyat terhadap seseorang pemimpin dan parti politik .
Kedua , mereka bukan sahaja cuba untuk mendapat keyakinan rakyat dengan membentuk imej baru yang bersifat mesra rakyat itu tetapi juga cuba menghilangkan keyakinanan rakyat kepada pakatan dengan pelbagai bentuk serangan .Antaranya mereka masih cuba mengheret Dato Seri Anwar Ibrahim penjara dengan memberikan satu gambaran peribadi yang buruk kepada beliau . Harapan mereka ialah untuk melemah kan dan memusnahkan parti keadilan itu kerana anwar Ibrahim dianggap sebagai teras hidup (living core) bukan sahaja kepada keadilan tetapi juga kepada pakatan itu sendiri , dalam usaha mereka untuk menghapuskan apa yang dipanggil (neo coalition ) satu permuafakatan yang mampu mengantikan barisan nasional iaitu dengan menjadikan satu kompenannya tempang bagi mengagalkan permuafakatan itu untuk kekal berterusan (parti keadilan )
Najib dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan mandat , untuk itu beliau perlu mengadakan pilihanraya
Didalam keadaan umno dan barisan Nasional diterima oleh rakyat kerana pilihanraya yang ke -13 merupakan satu titik penantu samaada ianya akan menjadi titik akhir atau titik permulaan kepada barisan nasional dan pakatan rakyat , semua nya terserah kepada pelaksanaan strategi dan taktikal untuk mendapatkan sokongan rakyat .

botaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!