Rabu, Februari 10, 2010
BERAT SEBELAH???
Hakim Mohamad Zabidin Diah akan mengumumkan apakah beliau akan menarik diri dari perbicaraan konspirasi dua Anwar Ibrahim apabila mahkamah bersidang semula 18 Februari depan.
Ketua pasukan peguambela Karpal Singh dalam penghujahannya berkata Hakim Zabidin Diah tidak mempunyai pilihan lain melainkan mengundur diri kerana telah 'menipu' semasa menolak permohonan kliennya meminta mahkamah memberi amaran kepada Utusan Malaysia.
Ditemui di perkarangan mahkamah, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berkata pihak pembelaan mempunyai justifikasi kukuh untuk mencurigai Hakim Zabidin.
“Permohonan menukarkan hakim itu dari kami kerana kami kemukakan bukti yang nyata dan sahih beberapa keputusan yang dibuat untuk melindungi media yang jelas memfitnah dan menipu berulang kali dan keengganan berbuat apa-apa menyebabkan kami curiga sama ada hakim akan bersikap adil ataupun tidak,”katanya di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Pasukan peguambela, diketuai Singa Bukit Gelugor, Karpal Singh, dalam penghujahannya berkata Hakim Zabidin Diah gagal menguruskan kes ini secara objektif dan saksama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.