"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Februari 28, 2010

perang avatar 2012 di kelantan



Salam Kamunting,

Jauh dan takkan sama perang Avatar versi James Cameron dengan perang Avatar 2012 versi Mustapa Mohamed ( Dato’ ). Paling tak sama, epik cereka sains pengarah filem tersohor itu menolak wujudnya konspirator dalaman alias munafik daripada kalangan pribumi Na’vi di bulan Pandora yang bersatu menghalang kerakusan dan ego manusia untuk menjalankan aktiviti perlombongan galian berharga di tanah air mereka.

Penonton dengan demikian begitu mudah bersimpati dan memberi undi untuk pribumi bulan Pandora dan bersorak dengan kekalahan kelompok spesis manusia sendiri yang rakus dan tanpa peri kemanusiaan.

Adapun perang Avatar versi menteri Malaysia ini, watak munafik diwujudkan, bahkan dihidupkan oleh beliau sendiri. Tidak bersendirian, Awang Adek ( Dato’ Dr ) diberi peranan awang penghasut yang berkerja siang dan malam cuba menyusun deretan rakyat ‘bulan’ Kelantan berjejeran di pesisir pantai Bachok menadah kedua telapak dada mendepa tangan berseru hubaya – hubaya tumpahlah sedekah daripada bahtera – bahtera yang memunggah hasil minyak dari perut bumi Kelantan ke vampire KL dari sistem bintang Alpha Centauri.

Apabila wujud munafik, sampai kiamatlah kemudahan pasti bertukar menjadi kepayahan dan kejelasan bertukar menjadi kesamaran. James Cameron tidak mahu lagi memanjangkan cerekanya yang sudah cukup panjang itu dengan cerita kemunafikan yang pasti membentuk kebencian dan rasa meluat. Dia mahu menonjolkan fitrah simpati manusia kepada penindasan tanpa menanam rasa benci dan meluat pada diri manusia sendiri.

Mustapa Mohamed ( Dato’ ) gagal atau mungkin tidak kisah untuk memahami tahap kemandirian dalam memahami fitrah kehidupan yang dimiliki setiap manusia. Ah, muslim apa tidak memahami fitrah?

Nanti, secara fitrah juga, Ku Li ( Tengku Razaleigh Hamzah ) memain peranan wira manusia yang berani mengambil risiko menggagalkan rancangan berdekad kumpulannya sendiri untuk menguasai Kelantan. Tanpa rasa gundah dan bersalah, beliau ‘membakar’ jati diri ratusan ribu rakyat Kelantan mempertahankan eko sistem rezeki Pencipta bumi daripada dirosakkan oleh ketamakan nafsu dan tangan – tangan haiwani manusia penzalim.

James Cameron berjaya mengadaptasi fitrah keperwiraan ini ke dalam cerekanya sehingga penonton seperti sudah bersedia mahukan manusia segera pulang ke bumi dan menjalin hubungan diplomatik setiakawan dengan pribumi Na’vi di bulan Pandora. Keperwiraan adalah fitrah yang kekal menambat hati manusia untuk bersatu dan survive.

KL jangan sekali menjadi vampire siang yang datang menghisap minyak di bumi Kelantan dan mahu rakyatnya menjadi hamba abdi peminta sedekah yang kebulur!

Kalla!

Jadilah sang budiman! Jadilah sang manusia perwira! Jadilah pembunuh kelibat jahat yang menghantui rakyat Kelantan lebih 20 tahun sudah!

Aduhai, di manakah anakanda Negarawan Allahuyarham Tun Razak menyimpan rasa dan simpati? Bilanglah detik – detik derita berpuluh tahun rakyat tuan hamba di bumi Kelantan. Empangilah banjir air mata rakyat termiskin daripada mengalir ke lautan dendam karma. Janganlah sehingga terpadam barzakh di antara doa makhluk tertindas berlayar ke samudera jabarut tuhan Maha Pendendam!

Ah, Tinggalkanlah sahaja Avatar versi Mat Saleh yang terperangkap dalam dunia fiksyen iblisi itu. Kita muslim punya maklumat alam belakang hijab yang lebih nyata dan pasti. Alam malakut langit dan bumi yang berajakan Allah Yang mencipta!

Mengapa rakyat Kelantan harus menadah tempurung, menyembah dan melumur arang di muka menagih ihsan sedekah daripada rezeki ’zamzam’ yang terpancar dari pijakan tapak kaki mereka di bumi sendiri?

Tiada minyak keluar di bumi jin! Jika ia keluar sebagai rahmat, maka ia adalah nikmat untuk manusia yang dilahirkan di situ. Tiada lahir manusia kecuali sudah tertulis rezekinya di kecetekan dan kedalaman bumi, di pesisir dalam dan luar lautannya dan di kerendahan dan ketinggian langit yang dijunjungnya.

Berpesanlah pada orang Eropah ratusan tahun dulu bahawa kamu adalah penjajah di bumi Amerika sehinggalah kamu diterima untuk memunggah gunungan rezeki di sana oleh pribumi Red Indian. Berpesanlah pada mereka demi pribumi di bumi Australia dan berpesanlah pada orang Portugis, Belanda, Sepanyol, Inggeris dan Amerika bahawa kamu adalah penjajah di Tanah Kepulauan Melayu sehinggalah kamu diterima tanpa paksa oleh pribumi Melayu untuk menggali dan memunggah pulang kekayaan dari perut bumi dan malar hijau Melayu raya.

Jika sebaliknya, kamu adalah penjajah atau perampas yang zalim dan jahat.

Akadkanlah perkongsian di antara pemilikan dan kepakaran.

Ayah bonda kita tidak menghalau penjajah kerana menolak kepakaran mereka, tetapi demi pengiktirafan ke atas hak pemberian Tuhan pencipta alam.

Demikianlah agama kita mengajar asas pemilikan dan hak. Ia lahir bersama kewujudan manusia dan ia tidak pernah lahir melalui kekuasaan, penjajahan dan penindasan yang kuat ke atas yang lemah. Hatta harta ghanimah selepas perang jihad sekalipun, ia hanya disyar’iekan kerana pembalasan terhadap penindasan dan sekatan terhadap ugama Allah, penganutnya dan manusia seluruhnya.

Anak merdeka Persekutuan Malaysia tidak pernah mengenal kerakyatan selain dalam sebuah percantuman negeri – negeri kerajaan Melayu yang saling memiliki dan menghormati hak masing – masing. Ia dibentuk demi kekuatan, kesatuan, kesamaan dan kesaksamaan.

Mereka tidak mengenal skim ihsan, sedekah dan jariah daripada hasil bumi sendiri!

Malaysia hanya wujud 50 tahun lepas sedang Kelantan, Terengganu, Sabah, Serawak dan semuanya telah wujud ribuan tahun dulu dalam untaian dan rantaian pemerintahan, rakyat dan kehidupannya yang bebas dan merdeka sejak dulu.

Mengapa mereka yang bertakhta di arasy Putra Jaya begitu berminat sekali untuk kembali lagi kepada stail Mat Saleh barat yang menjajah kita ratusan tahun lepas? Mengapa kembali memberi nafas kepada bangkai jahiliyah yang telah kita sama – sama kambus?

Mengapa begitu sukar memahami sesuatu yang terlalu mudah? Min Badihiyyaat al umur..

ATAU, inilah makna dunia kemunafikan?! Agar menjadi mudah hamba tuhan memahami peringatan tuhannya?

Lihatlah negeri Terengganu. Royalti ( perkongsian keuntungan ) yang dinikmati puluhan tahun tiba – tiba bertukar menjadi wang sedekah setelah bertukar pemerintahan. Setelah kerajaan PAS dirampas kembali secara memalukan melalui senjata wang sedekah ini ( yang diberikan pula kepada kerajaan haram UMNO, bukan kerajaan PAS yang sah ), ketuanya yang pertama terhegeh – hegeh pula cuba mencari jalan menjadikannya satu hak dan royalti yang memberinya kuasa penuh ke atas wang itu. Kemudian, datang pula ketuanya yang kedua 2 tahun lepas mempertahankan tuntutan yang dibuat oleh pemerintahan PAS yang mereka gulingkan secara zalim dulu.

Apabila mereka hilang kuasa, mereka mahukan hak itu dilucutkan daripada pemegang kuasa. Apabila mereka memiliki kuasa, mereka mahu pula hak itu dikembalikan kepada mereka kerana mereka sudah berkuasa.

Beginikah undang – undang moden dibina?

Lihat pula Mustapa Mohamed ( Dato’) dan Awang Adek ( Dato Dr) di Kelantan. Selama mereka kalah, mereka menyembunyikan hak royalti minyak daripada pengetahuan rakyat Kelantan. Apabila terbongkar oleh masa yang panjang, mereka mempertahankan hak itu sebagai tiada. Setelah ketua mereka menjadikannya ada dan mengumumkannya sebagai sedekah dan ihsan, mereka menuntutnya pula sebagai hak mereka.

Lalu tiadalah air muka mereka untuk berfatwa bahawa orang kaya dan kerajaan haram pun layak menerima wang sedekah.

Kemudian mereka bermati – matian menjaja ke seluruh Kelantan bahawa mujurlah dan terima kasihlah kerana kita diberi sedekah dan ihsan. Biarlah orang – orang kaya dulu yang menerimanya kerana orang miskin tak pandai mengagihkan dan menggunakan wang yang banyak!

Aduhai, bayangkan jika ketua mereka di Putra Jaya tiba – tiba membayangkan kemungkinan memberikannya kepada kerajaan negeri yang sah ( itupun atas nama wang ihsan juga ), maka anda akan melihat mereka tiba - tiba menjadi umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang. Ya, mereka ini akan segera berpaling kepada kerajaan Kelantan seraya berkata penuh santun, “Janganlah terima. Itu wang ihsan. Kita mesti menuntut royalti!”

Alahai, bayangkanlah pula jika bayangan keberanian dan jiwa kenegaraan al marhum Tun Razak berkabus dingin dan berkepulan di Putra Jaya lalu diisytiharkan hak rakyat Kelantan dan kerajaannya untuk menerima royalti hasil petroleum samada di dalam atau di luar pesisirnya sebagai hak yang termaktub, nescaya anda akan melihat mereka ternganga dan tertelan buah kepayang itu. Mereka jadi mabuk kepayang!

Gila. Gila. Gila.

Gila itu berpetak – petak. Berlapis – lapis. Tanyalah Andrea Hirata, novelis Lasykar Pelangi itu, ini gila yang ke berapa pada ilmunya?

Pada saya, ini sah gila ke20 atau ke12. Dekatkan angka itu untuk lebih mahir memahami politik nifaq dan munafik. Jadilah 2012.

Tunggulah perang pilihan raya Avatar 2012 di Kelantan ciptaan Mustapa Mohamed ( Dato’ ) dan Awang Adek ( Dato’ Dr )!

Pada ilmu saya, sebahagian petak – petak gila itu milik dunia kemunafikan. Anda mesti menjauhinya.

Kelantan memiliki hak ke atas buminya dan segala isinya. Ia samada memilikinya secara penuh atau perkongsian dengan Persekutuan Malaysia. Justeru tiada sebab untuk menghalang Kelantan daripada menerima royalti hasil minyaknya yang diusahakan oleh Petronas. Bolehkah Petronas yang dibentuk untuk mendapatkan petroleum di negeri – negeri persekutuan wujud tanpa perjanjian yang memelihara hak negeri – negeri?

Kemudian, kerajaan hanya satu. Di Kelantan, kerajaan PAS adalah sah. Kerajaan yang wujud selepas itu adalah haram, salah dan bersifat merampok dan menjarah. JPP hanyalah penjarah yang dihalalkan oleh sistem yang dirogol dan diperkosa oleh bapa sendiri!

Sesiapa pun boleh mengeksploitasi undang – undang, mahkamah dan sistem kehakiman ciptaan sendiri, tetapi hak, ia kurnia tuhan yang tak akan berubah biarpun dicabuli seribu tahun. Hak bertahan selama bumi ini kekal wujud dan ia dibawa mati.

Royalti, bukan wang ihsan! Kerajaan Kelantan, bukan JPP!

Dikatakan bahasa asing pribumi Na’vi ciptaan pakar bahasa filem Avatar itu ada pengaruh bahasa Melayu! Betulkah?

Jika begitu, berhati – hatilah. Jangan sampai jalan cerita politik buah kepayang negara kita ini menjadi bahan adaptasi James Cameron untuk menerbitkan Avatar 2 yang mengisahkan pribumi Na’vi dari bulan Pandora dari sistem bintang Alpha Centauri bergabung dengan pribumi A’ve dari bulan K’late dari planet besar sistem bintang yang sama memasuki gugusan bintang Bima Sakti untuk membantu mempertahankan penduduk manusia di bumi KLupo daripada serangan ganas 50 makhluk gergasi asing dari bulan Ka’ggaro dari gugusan nebula Ausie olo bla bla bla di selatan alam cereka fiksyen yang baru diteroka.

Malu tak tertanggung kita..

Barat memang gila!

-nik abduh-

Sabtu, Februari 27, 2010

UMNO PULAU PINANG TAKUT TENGGELAM : GURU-GURU JADI MANGSA FITNAH


kemaruk gila kuasa...UMNO buat taik ....depa pi kacau guru guru JPN di pulau Pinang



Petang kelmarin, sorang kawan aku berjawatan Guru Besar di sebuah sekolah di Pulau Pinang maklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) mula panggil cikgu-cikgu sekolah dan pegawai-pegawai di JPN dan PPD untuk disoal siasat kerana dituduh sbg pro parti pembangkang (PAS dan PKR). DAP takdak pun, pasai bangsa Cina tak pernah buat naya kpd kaum sendiri walaupun depa bukan beragama Islam.

Katanya cikgu-cikgu ni dituduh manjadi anggota atau ahli PAS atau PKR dan ada juga yang dipanggil kerana dianggap menyokong Pakatan Rakyat. Maka ramailah yang kena panggil. Aku dimaklumkan juga seramai 42 guru dan pegawai telah dipanggil dan depa ni disoalsiasat bertubi-tubi dan diperlakukan seperti penjenayah perang.

Yang heran tu, arahan ni mai dari Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Senarai nama katanya dihantar oleh Bahagian-bahagian UMNO di Pulau Pinang. Zahid Hamidi dikatakan telah bawa senarai nama dan pertuduhan tu kepada Pengarah JPN Pulau Pinang, Haji Ibrahim Bin Ahmad. Pengarah JPN P.Pinang ditekan dan dipaksa untuk ambik tindakan kpd guru-guru ni. Kalau Pengarah JPN tak ambil tindakan kepada guru-guru, maka Zahid Hamidi akan ambil tindakan kepada Pengarah JPN P.Pinang.

Akibat tekanan hebat ni, maka Timbalan Pengarah JPN dan beberapa Ketua Sektor JPN P.Pinang telah turun ke setiap daerah dan menyoal siasat guru-guru ni. Ada guru yang katanya terpinga-pinga dan tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kpd depa. Ada juga guru yang dipaksa mengaku terlibat dengan PAS dan PKR. Ada guru yang pi kuliah agama dengar ustaz baca kitab pun dituduh PAS. Mcm-mcm lagi dakwaan yang kawan aku habag.

Yang peliknya pasai apa UMNO P.Pinang dok kacau JPN? JPN dan cikgu-cikgu ni bukannya depa yg bayag gaji. Lagipun UMNO ni bukannya kerajaan. Dia hanya parti politik. DAP yang memerintah P.Pinang pun tak pernah ambil tindakan kpd kakitangan Kerajaan Negeri yang pro UMNO dan BN. Malah DAP bagi kebebasan dan hak kpd kakitangan Kerajaan Negeri untuk pilih mana-mana parti yg depa mau.

Kalalulah mcm ni pun angkara bermakna amat durjanalah UMNO. UMNO masih kolot dan primitif dan otordog.
UMNO sebenagnya pelingkup Melayu. Penuh dengki khianat. Hati busuk dan penuh dendam kesumat. Nampaknya Lim Guan Eng lebih cerdik dan dihormati. Tak sama dengan Zahidi Hamidi yang bodoh, dungu, jahat dan berhati iblis. Zahid Midi ni penjahanam dan pelingkup Melayu.

Ingatlah masa hampa akan sampai. Kalau dalam PRU-13 nanti Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, siaplah hampa. Talibarut yang jahat dan durjana yg dok jadi informer di JPN dan PPD seluruh negara akan dihukum kerana dosa menjahanamkan bangsa sendiri. Hampa ingat hampa akan berkuasa selamanya ka?

Aku pesan kat member aku tu, supaya senaraikan nama-nama talibarut UMNO yang dok jadi hantu dan bangsat di sekolah, PPD dan JPN. Masa akan sampai untuk depa pulak. Depa yg memulakan permainan jahat ni, dan depa pasti akan dihukum bila tiba masanya.......kesian cikgu-cikgu di Pulau Pinang.....tak pasai-pasai kena panggil mengadap dan dituduh serta dilayan mcm penjenayah oleh Ketua Sektor Pendidikan Pulau Pinang yang mnjadi jurucakap UMNO semasa sesi soalsiasat......

-KedahLama-

KHITAN UNTUK MUALAF?

ما حكم الختان للمسلم الجديد ومتى يختتن ؟
الحمد لله
"الختان للمسلم الجديد واجب ، كما أنه واجب على المسلم الأصلي ، ويجب عليه الاختتان من حين أن يسلم ، لكن إن اقتضت المصلحة في تأخير أمره بذلك خوفاً من فراره من الإسلام ، لأن الإسلام لم يستقر في قلبه بعد فلا بأس بذلك ، لأن المفسدة الحاصلة بتأخير الختان أهون من مفسدة ردته عن الإسلام بعد إسلامه" انتهى .
فضيلة الشيخ ابن عثيمين رحمه الله .
"الإجابات على أسئلة الجاليات" (1/3، 4) .

Apakah hukum bersunat untuk seorang Mualaf, dan bilakah dia perlu disunatkan:

Jawapan:
Alhamdulillah, bersunat bari seorang Mualaf adalah wajib, sebagaimana ia wajib ke atas Muslim asli. Wajib bersunat apabila dia memeluk Islam. Akan tetapi, seandainya maslahat menuntut untuk melewatkannya kerana ditakuti dia akan meninggalkan Islam disebabkan Islam masih belum kuat dihatinya, maka tidak mengapa (untuk menangguhkan bersunat). Ini kerana kerosakan yang terhasil daripada melewatkan bersunat lebih ringan daripada kerosakan murtad selepas pengIslamannya.

[al-Ijabat ‘ala As’ilah al-Jaliyaat]

Harap Zila Bakarin patuh perintah Allah


SHAH ALAM, 27 Feb: Pengasas Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan, Ustaz Rosli Abdul Jabar berharap artis Zila Bakarin akan segera mematuhi perintah Allah SWT di dalam semua hal dan melaksanakan hukum-Nya tanpa berdolak-dalik lagi.

Beliau amat prihatin dengan kenyataan artis itu berhubung pemakaian tudung kerana dibimbangi membawa mudarat kepada ketauhidan seseorang Muslim jika dibuat dalam keadaan mempersendakan namun berharap Zila membuat kenyataan itu dalam keadaan ‘tidak tahu’.

“Namun mesti ada usaha untuk memahamkan beliau (Zila) atau menjadi kewajipan beliau sendiri untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi,” tegas Ustaz Rosli selepas menyampaikan kuliah bulanan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini semalam.

Ini, katanya kerana umat Islam tidak kira dari golongan apa pun wajib menunaikan segala hukum dan perintah Allah SWT dan daripada menurut perintah-Nya dengan ikhlas sahajalah, mereka akan mendapat petunjuk daripada Allah.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Zila yang enggan memakai tudung selagi mana hatinya masih mempunyai rasa tidak baik terhadap orang lain dan memohon Allah SWT memberikan petunjuk kepadanya.

Dengan menyatakan dalil al-Quran yang bererti, “Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasiq”, Ustaz Rosli berkata, beliau hanya memberikan peringatan secara umum kepada semua orang tidak hanya kepada artis itu sahaja dan berharap mereka akan mengikuti jalan benar dengan segera.

Dalam satu laporan portal berita bertajuk ‘Zila Bakarin: Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul’, artis itu berkata: “Misalnya pakai tudung memang saya nak sangat tetapi biarlah saya ubah perkara yang lain dulu. Bagi saya bertudung ini bagus dan harap-harap Tuhan bukakan pintu hati ini”.

“Saya tak nak pakai tudung di luar tetapi hati kita benci dengan orang lain. Saya nak berbaik dengan semua orang dulu. Biarlah orang tak suka saya pun, itu perkara nombor 10,” kata Zila.
-harakahdaily.net-

Jangan sambut kelahiran Nabi sekadar cogan kata


MARANG, 26 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sekadar dengan cogan kata atau lambang-lambang kemegahan.

Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.

“Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Bahkan, katanya Allah SWT mewujudkan keadaan dunia yang benar-benar berhajat kepada petunjuk daripada Allah yang dibawa oleh seorang rasul yang paling hebat di kalangan rasul-rasul yang diutuskan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, cahaya Allah Taala (Islam) itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja termasuk kuasa besar dunia.

Menurutnya, meski pun umat Islam mengalami ‘hakisan’ serta kekurangan yang lemah hingga berlaku pasang surut tetapi agama Islam itu tetap akan terpelihara serta tidak boleh dihapuskan pada hari ini hingga ke hari kiamat.


-harakahdaily.net-

Wanita suci



Bulletin dr frenster dr seorang sahbat yg begitu menyentuh hati.. masya Allah sebak hati ini meniti bait-bait ini.....

Wanita Suci Mungkin aku memang tidak romantis, tetapi siapa peduli? Kerana kau tidak mengenaliku dan memang tidak perlu mengenalku. Bagiku kau bunga, tidak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi. Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerana kau tidak memerlukan persamaan. Wanita suci, Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana akan membuatku mengingatmu. Bererti memenuhi kepalaku dengan keinginan terhadapmu. Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sehangat semangat mentari. Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci. Wanita suci, Berdua-duaan menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berpenghujung. Ada ingin tapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, walau hujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan. Mungkin kau tidak peduli Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah. Dan tak lebih dari wanita biasa. Wanita suci, Jangan pernah kau tatapku penuh Bahkan tidak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tetapi kerana aku seorang yang masih kotor. Aku biasa memakai topeng keindahan di wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas. Meniru laku para insan suci, walau hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tetapi masih sangat mungkin kaudimanipulasi. Kerana kau sebenarnya hanya manusia - hanya wanita. Wanita suci, Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu. Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tidak perlu difikir lagi. Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam kalimah akad yang indah. Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukirdalam kitab suci. Wanita suci, Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tidak ada sampai kau mati. Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu. Wanita suci, Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tetapi itu pilihan-Nya. Tidak ada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih. Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya. Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang KekasihTertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.


-mujahidah-

Jumaat, Februari 26, 2010

Bila Yb Umno Masuk Masjid Pas


Beberapa orang yang mengambil wuduk dikolah masjid tiba –tiba terpandang satu lembaga yang mereka begitu kenali yang mereka tidak menyangka lembaga tersebut akan datang untuk berjemaah menunaikan solat jumaat di masjid yang cukup terkenal dengan panggilan masjid hijau . Aku sendiri pun macam tidak percaya dengan apa aku lihat ,betul ker dia ni atau ada pelanduk dua serupa, mungkin kerana hari itu yb tersebut telah mencukur misainya kelihatan sedikit muda dari biasa……Bila ditanyakan perkara tersebut mungkin ada yang memberi respon ..eloklah senang kita bahasakan dia … ataupun…mungkin ada yang berkata ,,,ahh’ semua orang buat tak peduli ajer… tapi bagi aku apa saja yang dilakukan oleh musuh-musuh politik itu tidak boleh dipandang sebelah mata .Kalau perkara yang dilakukannya itu boleh dianggap sebagai satu saingan dan kita seharus nya terus memberi saingan( political competition).Yb katak , mungkin itu gelaran wajar diberi kepada beliau.. tetapi perlu dingat sikatak inilah yang telah ,melakonkan kan permulaan adengan lompat –melompat yang mencetus krisis politik diperak … apa yang menarik dan perlu diperhatikan ialah bagaimana pemimpin peminpin umno telah cuba untuk terjun kedalam masyarakat agenda yang berjaya dilaksanakan dan digerakkan oleh najib ..... dan perkara yang paling penting , ialah bagaimana semua pemimpin –pemimpin umno/barisan nasional begitu patuh kepada arahan najib untuk melaksanakan agenda(uni agenda) bagi mendekati dan menyantuni rakyat di perlbagai peringkat .... rakyat mula melihat siapa pemimpin mereka ,kerana tempat pemimpin ialah bersama rakyat…dalam konteks ini, apa sebenarnya yang cuba dibuktikan oleh sikatak mungkin saja dia mahu jadi putera katak (frog prince) dari wajah buruk bergerutu dan menjijikkan itu menjadi putera yang kacak dan tampan( prince charming ) ..mungkin bukan kepada sang puteri tetapi kepada sang rakyat , kerana mereka sentiasa bersama dengan rakyat .. nanti hati rakyat lama kelamaan akan bersama dengan mereka ..inilah pujukkan politik (political persuation) atau apa sahaja, yang penting rakyat itu perlu didekati atau bahasa orang utara(hemoi)..Jelas sekali mereka ini merupakan pemain –pemain politik yang begitu tegar (the real political player) , rasanya tak salah kalah kita memberikan sedikit pujian kepada mereka kerana setiap pujian itu merupakan satu cabaran … bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada kita pas dan pakatan agar terus berada dihati rakyat.
Politik mutakhir ini diwarnai dengan pelbagai isu ..namun apa yang pasti ialah persaingan dan perlumbaan untuk memenangi hati rakyat itu semakin hebat .segala-galanya dilakukan untuk mendapatkan perhatian dan kepercayaan rakyat dan program yang dijalankan cukup sistematik , memang nyata cukup berbaloi untuk nilai 20 juta yang dibelanja kan untuk mendapat kan khidmat konsultansi dari apco worldwide seperti yang dilaporkan oleh Malaysia today .. walaubagaimanapun yang menjadi kata putus kepada semua ini ialah bagaimana mempengaruhi kebijaksanaaan rakyat untuk membuat pilihan diatas penilaian mereka….


botaman

SPRM nafi tak siasat kes Nik Aziz



Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung sebuah blog menyiarkan artikel "SPRM Kelantan Pro Pas: Siasatan Kes Nik Aziz Terbengkalai".

Ketuanya, Anuar Sapian berkata pergerakan itu membuat laporan itu kerana mahu SPRM menyiasat dakwaan itu kerana SPRM merupakan sebuah badan bebas.

"Kita mohon Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya mengambil tindakan terhadap apa yang didakwa di dalam laman blog berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya itu tidak melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan menteri besar Kelantan itu.

Sebaliknya, kata beliau, SPRM Kelantan telah selesai menjalankan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

"SPRM Kelantan sudah selesai menjalankan siasatan kes rasuah membabitkan menteri besar Kelantan itu Januari lalu.

"Sekarang, kita kena tunggu dan terpulang kepada Pendakwa Raya sama ada mahu melakukan pendakwaan atau tidak," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

- Bernama -

DENGAN HANYA S$300 JUTA, GUA BOLEH BELI KESELURUHAN UMNO


بسم الله الرحمن الرحيم


Agenda Perpaduan Adalah Agenda Singapura

Malam kelmarin saya makan malam bersama seorang Professor dari sebuah university di Singapura. Beliau berkata Lee Kuan Yew pernah berkata:
” Dengan hanya S$300 juta, saya boleh membeli keseluruhan UMNO”.
Lee Kuan Yew dengan selamba membuat kenyataan demikian secara terbuka untuk media-media Singapura membuat liputan. Malangnya, tiada media Malaysia yang melaporkannya.

Kawan saya menambah, sebab lagi satu yang Lee Kuan Yew berani membuat kenyataan begini adalah kerana beliau yakin 100% bahawa setengah dari UMNO sudah pun berada dalam poket beliau. Ramai perwakilan2 UMNO mungkin tidak sedar mereka telah pun dibeli oleh Singapura.

Kalau tidak, mengapa Khairy Jamaluddin mampu memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO? Ada sesiapa boleh jawab?

Kawan saya menambah, parti yang ditakuti oleh Singapura adalah PAS dan sememangnya dalam majlis-majlis tertutup, kepimpinan Singapura mengakui kehebatan ahli-ahli dan penyokong PAS. Yang lebih mereka takuti adalah kebolehan ahli-ahli dan penyokong PAS melawan godaan wang dan tawaran dunia. Singapura mendapat laporan terus bagaimana wakil-wakil rakyat PAS telah ditawar 3-4 juta tapi mereka masih menolak dan tidak boleh dibeli.

Ada pula kes calon PAS di Johor pada 2004 yang cuba dibeli UMNO bukan sahaja gagal tapi telah ditangkap “red handed”. Semua kisah-kisah ini menyeramkan Singapura di dalam menghadapi situasi politik masa depan.

PENGALAMAN PRIBADI


Sewaktu saya menjadi Pegawai Khas PJ Selangor, saya sering bergaul dan bercakap dengan para wartawan dan penganalisa politik. Wartawan-wartawan tersebut termasuk wartawan antarabangsa. Ke semua wartawan antarabangsa memberitahu saya maklumat mereka dapat dari Singapura adalah Terengganu akan jatuh ke BN semula.

Sedangkan maklumat2 yang kami dapat menunjukkan yang sebaliknya. Kesemua maklumat dalam negeri yang kami dapat menunjukkan Terengganu kekal dengan PAS. Di waktu itu, hanya maklumat dari Singapura sahaja yang menyatakan Terengganu akan jatuh kepada BN semula.

Akhirnya, kesemua maklumat dalaman kami terbukti salah dan hanya maklumat Singapura sahaja yang benar. Ini bererti penembusan Singapura dalam struktur kerajaan kita telah begitu mendalam.

AGENDA PERPADUAN/MUZAKARAH MULANYA UNTUK MENYELAMATKAN PAK LAH

Kenyataan kawan saya itu membuat saya terfikir. Bukankah agenda Muzakarah dan Perpaduan pada mulanya untuk menyelamatkan Pak Lah? Siapa Pak Lah? Siapa di belakang Pak Lah? Bukankah dibelakang Pak LAh itu adalah Khairy Jamaluddin?
Siapa KJ ni? Mengikut kawan saya ini, KJ adalah seorang yang amat rapat dengan kepimpinan Singapura terutamanya dengan pentadbiran Temasik Group.

Dan, baik Muzakarah mahupun Perpaduang, kita sering mendengar yang ianya bertujuan untuk bekerjasama dengan Pak Lah dan mempertahankan Pak Lah.

Jika itulah motivasi utamanya, maka jelaslah kepada kita bahawa agenda Muzakarah dan perpaduang adalah agenda mempertahan proksi Singapura dalam kerajaan Malaysia.

SYUUUUUUKUUUUURRRRRR PAS tidak mengorak langkah menjalin hubungan dengan UMNO kerana bukan sahaja PAS akan berakhir sebagai parti sampingan dalam Kerajaan Malaysia, PAS juga akan berakhir sebagai Parti Tunggangan Lee Kuan Yew.


-Tulang Besi-


-edit oleh dppk Parit-

Khamis, Februari 25, 2010

Blogger dakwa 'perogol' di universiti



Seorang pegawai kanan Universiti Industri Selangor, yang didakwa sebagai 'perogol' dikatakan menjadi ancaman di kalangan mahasiswa di unviversiti berkenaan.

Papa Gomo, yang mengaku sebagai seorang blogger yang pro-Barisan Nasional menimbulkan isu berkenaan dalam blognya dan menggesa kerajaan negeri Selangor supaya segera bertindak.

"Menteri Besar Khalid Ibrahim mesti segera bertindak berhubung perkara itu. Bagaimana seseorang yang didakwa sebagai perogol boleh dibiarkan bergaul dengan pelajar?” soalnya ketika dihubungi menerusi email.

Secara sinisnya, beliau berkata individu yang dilantik awal tahun lalu, tidak sepatutnya dibenarkan memegang jawatan berkenaan meskipun beliau merupakan kroni menteri besar.

Pegawai kanan itu didakwa merogol seorang pelajar berusia 26 tahun ketika beliau mengajar di Universiti Putra Malaysia, dua tahun lalu.

Menurut laporan polis bertarikh 11 Mac 2009 yang diterbitkan di laman sesawang Papa Gomo, pelajar itu dirogol sebanyak tiga kali di pejabat pegawai berkenaan pada Disember 2008.

“Beliau mahu saya menjadi isteri ketiga, tetapi apabila saya enggan, dia merogol saya sambil mendakwa cara itu sahaja yang akan membuatkan saya berkahwin dengannya. Tetapi sehingga sekarang, beliau masih tidak mahu bertanggungjawab,” dakwa mangsa itu yang namanya telah dipadamkan dalam laporan polis berkenaan.

Balai polis Dengkil mengesahkan laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim tidak mahu mengulas.

-malaysiakini.com-

Nissan, Suzuki, Daihatsu to recall cars in Japan






TOKYO, Feb 25 — Three Japanese carmakers announced recalls today, mostly in their home market and not on the same scale as recent moves by the likes of industry leader Toyota which heightened scrutiny of car safety.

Nissan Motor Co, Japan’s third-biggest carmaker, said it would recall 76,415 cars across 10 models in Japan and 2,281 cars overseas due to a possible defect that may cause engine failure.

Separately, Suzuki Motor, Japan’s No. 4 carmaker, said it would recall 432,366 units of two minicar models in Japan after two reported incidents of fire due to a possible defect in air conditioners.

Elsewhere, Daihatsu Motor said it would recall 60,774 units of four minicar models in Japan due to wiring problems that could trigger airbags to inflate accidentally.

Minivehicles, with an engine size of 660cc, are only sold in Japan.

The recalls follow the recall of more than 8 million cars by Toyota Motor Corp.

Nissan, 44 percent owned by French carmaker Renault SA, said it found a connecting terminal between circuit cords in the engine had in some cases been damaged in the testing process before the cars were sold.

The damaged component could cause the engine to fail during driving, spokesman Toshitake Inoshita said.

There have been no reported accidents and the number of cars affected overseas is small as all the engines involved were produced at plants in Japan, Inoshita said.


-Reuters-

53 tahun, terlalu banyak 'blunder' dan 'fumble' oleh Umno-BN


Kata bekas ketua pasukan England, Alan Shearer, tanpa Rooney, England tidak mampu menjuarai bolasepak Piala Dunia.

Anda setuju? Mungkin benar kata-katanya kerana berdasarkan pasukan England tidak mempunyai ramai penyerang berbisa. Mungkin tidak kerana walaupun Rooney berada dalam 'top-form' sekarang, mungkin boleh berharap kepada beberapa pemain lain yang kurang berbisa. Bagi saya bolasepak adalah satu permaianan berpasukan.

Di Malaysia pernah satu ketika, kata-kata ber'hantu' seperti itu ada kedengaran, tanpa Mahathir, Malaysia akan lumpuh. Kononnya pembangkang tidak boleh mengambil alih tampuk pemerintahan, ini membuat rakyat ter'pukau' langsung sentiasa memberi kemenangan kepada UMNO/BN.

Kata-kata serta ungkapan-ungkapan seperti, 'hanya UMNO/BN dapat membangunkan negara ini' terus menjadi stigma kepada masyarakat untuk sekian lama, sehinggalah di PRU12 yang lalu satu tsunami politik melanda Malaysia sehingga Basisan Nasional untuk pertama kalinya semenjak Merdeka hilang 2/3 majoriti dan 5 negeri tumbang kepada pembangkang.

Seperti bolasepak, politik juga merupakan satu 'permaianan' berpasukan. Sebab itu berdasarkan demografi kependudukan di Malaysia, PAS, PKR dan DAP tidak mampu untuk bermain secara 'one-man show'.

Pakatan Rakyat didaftarkan secara resmi dengan bertujuan untuk pergi lebih jauh agar 'stigma' yang melekat di'hati' rakyat bahawa 'hanya UMNO/BN sahaja dapat memerintah negara' dapat dikikiskan.

Tidak dapat dinafikan, seperti bolasepak yang memerlukan seorang 'playmaker' dan 'striker' yang hebat, Pakatan Rakyat juga memerlukan seorang 'playmaker' yang hebat serta seorang 'striker' yang hebat.

Justeru itu DS Anwar yang merupakan 'playmaker' untuk Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama merupakan duri dalam daging bagi UMNO/BN perlu di'kelabu'kan agar Pakatan Rakyat menjadi lemah menjelang PRU13.

'With or without' DS Anwar, UMNO/BN jangan bermimpi Pakatan Rakyat akan menarik diri dalam 'permaianan' dan 'perlawanan' ini, InsyaAllah akan muncul beberapa 'pemain' yang mampu menggegarkan UMNO/BN kerana 'penonton' di Malaysia sudah mula berpaling arah dan akan tetap setia memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat kerana UMNO/BN selama 53 tahun sudah terlalu banyak melakukan 'blunder dan fumble'.



Terlalu banyak kemungkaran politik dilakukan oleh UMNO/BN selama itu.


al-Brangi


-harakahdaily.net-

Selasa, Februari 23, 2010

PARIT-BUKTI WANITA UMNO BERSEDIA UNTUK PILIHANRAYA




-KERTAS CULA UNDI-YANG TERCICIR

Wanita umno parit-telah menyiapkan kerja-kerja penculaan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya......sampai deme tercicior kertas penculaan atas jalan...teman pun kutipler ....tapi kertas ni teman dah delete nama petugas umno yang menjalankan koje penculaan tu atas sebab-sebab keselamatan :)

Isnin, Februari 22, 2010

SINAR HAIRAN DAN BERITA HAIRAN- SUMBER ANDA???



Kemunculan Sinar Harian dilihat berjaya menawan hati pembaca yang telah muak dengan berita palsu dan jahat dari utusan dan Berita hairan. Walaupun umum mengetahui bahawa sinar harian sendiri adalah adik beradik dan keluarga yang hati serta darah yang mengalir di dalamnya adalah dari sumber yang sama. Ia umpama denyut nadi yang sama mengalirkan darah ke seluruh anggota. Bezanya mungkin Berita hairan adalah wajahnya sebaliknya sinar harian adalah tangan yang boleh bergayut dan bergantung di atas mana mana tubuh yang menguntungkannya.

Sebagai seorang yang dididik dengan Al Quran yang mengingatkan tentang sifat Fasiq tentu kita lebih berwaspada dengan segala berita yang disiarkan. Jangan disalahkan pimpinan yang tak membetulkan kenyataan atau suka membuat kenyataan , namun harus juga disalahkan diri yang sangat suka memetik berita dari sumber musuh yang dirasakan sehati dengan cita cita sendiri.membaca tak salah..tetapi harus meneliti sebelum dijadikan dalil dan hujjah. Jangan kerana sinar harian ada menyiarkan berita kita maka ia dianggap sahabat dan sumber yang kita percayai.

Belajarlah dari pengalaman dan sejarah.. Tidakkah musuh menyerang islam kini melalui orentalis yang berwajah Islam tetapi berhati kafir. Menggunakan apa sahaja bahan Islam untuk menghentam islam? Terkini ialah apa yang melibatkan Tuan Ibrahim Tuan Man;

Oleh Basiron Abdul Wahab TEMERLOH, 22 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas akhbar Sinar Harian, semalam (21 Februari) kerana menyiarkan berita yang tidak tepat terhadapnya. Katanya, berita nasional di muka surat N7 dengan tajuk besar ‘Saya kini dalam dilema’ dan sub tajuk ‘kesal dianggap ‘tangan ghaib’ PAS, punya kuasa singkir pesaing; Tuan Ibrahim’ , sebagai tidak tepat dan tersasar.

Menurutnya, laporan akhbar berkenaan bukan sahaja tidak betul, malah memasukkan kenyataan paslu yang direka-reka. “Saya tidak menyebut perkataan sebagaimana yang disiarkan, lebih-lebih lagi kenyataan kononnya saya berada di dalam dilema, saya tidak berada di dalam dilema pun,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyurat Badan Perhubungan PAS Pahang di pejabatnya, dekat sini, semalam.

Akhbar berkenaan menyiarkan berita kononnya beliau berada di dalam dilema kerana ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘tangan ghaib’ yang mempunyai kuasa menyingkir sesiapa sahaja termasuk pesaingnya pada pemilihan jawatan parti. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, menyebabkan apa sahaja keputusan Lembaga Displin dianggap berat sebelah dan mempunyai agenda tersembunyi. Menurutnya, beliau juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan: ‘Hendak diluahkan mati mak, mahu ditelan mati bapak’.

Kenyataan itu jelasnya, hanya rekaan untuk mensensasikan berita tetapi sebenarnya ia tersasar jauh daripada apa yang saya sebut semasa dihubungi pemberita terbabit. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang telah menerima permohonan maaf daripada pemberita berkenaan melalui khidmat pesanan singkat (SMS).

-anak sengat-

Ulasan Dr Mohd Asri Tentang Hukuman Sebat Wanita Di Penjara Kajang

Beberapa pihak telah mengulas tentang hukuman sebat yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama ke atas beberapa orang wanita muslimah. Saya ditanya berulang kali tentang hal ini. Berikut adalah beberapa perkara penting yang ingin saya sentuh;



1. Sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi (zina dan meminum arak) adalah sebatan yang tidak mencederakan. Ini hendaklah dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau, sebaliknya sekadar pengajaran. Bahkan dalam hadis, ada yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja.



Ini amat berbeza dengan sebatan yang biasa diamalkan bawah mahkamah sivil. Jika sebatan yang dilaksanakan itu –inilah juga yang dimaklumkan oleh pihak berkenaan- tidak mencederakan, atau menimbulkan kesakitan yang melampau, maka ia sesuatu yang mempunyai unsur-unsur islamik, dan itu lebih baik dari memenjarakan mereka berbulan atau bertahun yang lebih memberikan penderitaan kepada mereka. Membantah perlaksanaan hukuman tersebut adalah tidak wajar.




2. Persoalan yang patut juga diambil berat; bagaimanakah proses yang membawa mereka didakwa dan seterusnya dihukum? Jika kesalahan itu mereka lakukan di tempat terbuka, atau didedahkan kepada orang lain seperti di pusat-pusat hiburan, aktiviti pelacuran yang mencari pelanggan dan seumpamanya, maka mereka layak untuk dihukum. Namun, jika mereka itu ditangkap setelah pihak berkuasa agama mengintip dan menceroboh masuk ke kawasan persendirian yang tertutup, maka proses situ bercanggah dengan nas-nas Islam.

Hal ini telah disebut oleh ramai sarjana sejak dahulu seperti al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H), begitu juga Sayyid Qutb, Dr al-Qaradawi dan ramai yang lain. Para sarjana menyebut bahawa antara syarat Amar Makruf dan Nahy Munkar: An yakuna al-Munkar Zahiran min ghair tajassus (Hendaklah munkar itu zahir kelihatan tanpa intipan).

Bagi yang memahami bahasa Arab mereka boleh membaca bagaimana hampir semua tulisan berkaitan Amar Makruf dan Nahy Munkar yang ditulis oleh berbagai penulis meletakkan syarat tersebut. Sila lihat dalam internet begitu banyak artikel berbagai sarjana di peringkat antarabangsa yang mengingatkan tentang syarat ini. Hanya mereka yang primitive sahaja yang mengintip maksiat peribadi orang lain.

Saya telah tulis beberapa artikel tentang hal ini. antaranya artikel Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari. Maka jika wanita-wanita tersebut dicemari hak mereka secara intipan lalu dihukum, maka itu menyanggahi ruh islami. Namun, jika mereka melibatkan diri dalam maksiat terbuka seperti di pusat-pusat hiburan, pentas-pentas lakunan dan seumpamanya, mereka layak dihukum.

3. Hukuman bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil (not only be fair but seen to be fair). Masyarakat akan memandang serong kepada setiap hukuman yang hanya menghukum anak bilis dan membiarkan jerung. Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi taukeh-taukeh atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak dalam kalangan umat Islam patut di bawa ke pengadilan.

Ini termasuk mana-mana individu muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Empunya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan. Maka pihak berkuasa agama hendaklah jujur dengan rakyat, dan berani membawa empunya, atau pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabit individu muslim sekalipun ‘kelompok yang dianggap kebal’ dalam negara ini.

4. Kecenderungan Islam bukanlah menghukum, tetapi mendidik. Jika terdapat jalan keluar agar mereka tidak dihukum disebabkan maksiat peribadi (zina dan arak), maka itulah yang paling utama. Nabi s.a.w dalam berbagai riwayat menunjuk cuba mengelak dari mengambil kes-kes zina dan memberikan berbagai alasan agar pelakunya tidak dihukum. Kes Maiz bin Malik dan berbagai yang lain menunjukkan baginda Nabi s.a.w tidak mahu kes-kes ini diteruskan ke peringkat hukuman, sebaliknya baginda mementing taubat individu berkenaan.

5. Banyak rakaman-rakaman yang tersiar dalam internet yang menunjukkan bagaimana operasi ‘tangkap khalwat’ begitu kejam dan sengaja mendedahkan keaiban mangsa. Ini seperti diambil gambar mangsa dalam keadaan bogel, disuruh mangsa mempamirkan pakaian dalamnya kepada kamera dan seumpamanya. Pegawai-pegawai yang terbabit dalam operasi yang seperti ini hendaklah diambil tindakan kerana mencemarkan maruah agama yang mulia ini dan maruah orang lain.

6. Hendaklah dielakkan gambaran bahawa negara ini kerap menghukum wanita. Apakah mereka melakukan kesalahan bersendirian? Amat membimbangkan, imej Islam yang sering dikaitkan media Barat dengan Malaysia akan menyebabkan mereka menyangka ini merupakan cara Islam yang selalu menghukum wanita, dan tidak pula menonjolkan hukuman terhadap lelaki yang terbabit. Maka, hukuman terhadap lelaki-lelaki yang terbabit juga hendaklah diumumkan dengan jelas dan media diminta menyiarkannya bersama.

7. Beberapa NGOs yang cuba mengkritik perlaksanaan hukuman ini hendaklah berhati-hati. Jika mereka muslim, mereka hendaklah memastikan dalam diri mereka; apakah mereka membantah hukuman Islam yang asal, atau perlaksanaan semasa? Jika mereka membantah hukuman asal, maka itu memberi implikasi akidah mereka. Jika mereka membantah perlaksanaan semasa, mereka hendaklah tumpukan kepada proses perlaksanaan semasa sahaja, jangan dipertikaikan hukuman Islam asal yang adil yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga bukan muslim, jangan mereka mempertikaikan al-Quran dan Nabi orang Islam, itu boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara dalam negara yang harmoni ini.

8. Usaha menerapkan unsur-unsur Islam dalam negara ini merupakan satu usaha baik dan disanjung. Namun, dalam konteks negara moden, proses ini hendaklah dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Negara beragama adalah tuntutan, tetapi negara autocratic agama amat menakutkan. Beberapa pengalaman Pakistan dan Afghanistan yang lepas patut diteliti. Maka, badan pemantau kepada perkembangan ini yang terdiri dari cendiakawan-cendiakawan muslim yang terbuka dan tidak sifat orthodoxy perlu diwujudkan untuk memberi pandangan balas kepada kerajaan.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin,
Penang, 22 Feb 2010

Dr Asri, Sinar Harian disaman RM1.5 juta



Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dan tujuh yang lain termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Nakhaie, 57, memfailkan saman dan pernyataan tuntutan itu melalui Tetuan Ibrahim & Fuaadah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur pada 11.22 pagi ini.

Dalam saman itu, Nakhaie sebagai palntif menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan pertama hingga kelapan.

Hussamuddin merupakan penerbit akhbar Sinar Harian, manakala Sri Diah, Azmi dan Lailatun Khalilah adalah editor akhbar tersebut dan Siti Azila merupakan wartawannya.

Kumpulan Karangkraf merupakan pemilik akhbar Sinar Harian, dan syarikat Akhbar Cabaran pula adalah pencetak akhbar terbabit.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Nakhaie yang kini berkhidmat sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa Asri telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu persidangan media pada 1 Nov tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 Nov tahun yang sama.

Katanya, kenyataan fitnah itu telah memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di insitusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan fitnah daripada defendan pertama yang dikeluarkan akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Plaintif menuntut ganti rugi fitnah berjumlah RM1.5 juta daripada semua defendan, ganti rugi teladan, ganti rugi punitif, faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas ganti rugi am, teladan dan punitif dari tarikh pernyataan tuntutan difailkan sehingga ke tarikh penghakiman.

Sementara itu dalam sidang media di luar mahkamah, Nakhaie memberitahu pemberita bahawa beliau telah beberapa kali memberi peluang kepada Asri untuk membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataan tetapi beliau gagal berbuat demikian.

-Bernama-

Sabtu, Februari 20, 2010

Dia mahu dirinya dihukum ,tetapi ada yang suka minum arak dan ada yang hendak jadi tauke arak !!!!!





San Miguel Brewery Inc. adalah syarikat pengeluar minuman keras terbesar di Philipina.

Sebuah syarikat dari pengeluar minuman keras dari Jepun pula, Kirin Holdings Co. Ltd. memiliki saham di dalam San Miguel Brewery Inc. sebanyak 19.91% atau 628,666,675 saham.

Bagaimana pun, Kirin telah menjual saham mereka didalam San Miguel kepada Q-Tech Alliance Holdings Inc.

Q-Tech Alliance Holdings Inc dimiliki oleh Roberto V. Ongpin, Eric O. Recto, Mirzan Mahathir, Seumas James Dawes dan Alexander Poblador.

Kirin menjual saham mereka kepada Q-Tech dengan harga Peso63 sesaham dan pembelian ini telah melibatkan transaksi sebanyak Peso39.61Billion.


-Adakah umno selepas ini akan mendakwa mereka telah melaksanakan hukum islam ????- apabila dalam sehari dua ini telah digembar-gemburkan tentang pelaksanaan hukuman rotan keatas 3 pesalah zina , bagaimana pula dengan mereka yang minum arak dan lebih-lebih lagi yang jadi tauke arak ?????

Jenayah Di Taman Bahagia, SS3 PJ Serius


Pusat Khidmat ADUN Kampung Tunku akan mengadakan pelbagai langkah untuk mempertingkatkan keselamatan di Taman Bahagian SS3/59, Petaling Jaya.

Saya telah melawat ke Taman Bahagia SS3/59 yang terletak berhampiran dengan stesen LRT Taman Bahagia, Petaling Jaya dan sempat bertemuramah dengan beberapa penduduk di Taman Bahagian tentang keadaan jenayah yang semakin parah di kawasan ini.

Ini adalah kerana saya telah menerima panggilan telefon dari beberapa penduduk di Taman Bahagia dalam beberapa minggu lepas dan kekerapan kejadian jenayah yang meningkat secara mendadak ini menunjukkan keselamatan di Taman Bahagia telah bertambah serius, khususnya apabila musim perayaan mula menjelang tiba.

Penduduk yang ditemui rata-rata mengatakan kebanyakan penjenayah ialah penumpang motosikal dalam lingkungan umur 14 hingga 30 yang selalu memecah masuk ke dalam rumah, meragut dan memecah kereta.

Kes yang terbaru ialah satu insiden yang melibatkan sebuah kereta Toyota Celica yang dicuri kesemua empat tayar dengan sport-rimnya serta stering pemandu kereta.

Kejadian jenayah yang semakin serius menyebabkan penduduk di Taman Bahagian SS3/59 takut untuk keluar dari rumah mereka kerana mereka takut mereka akan menjadi mangsa terhadap penjenayah ini.

Mereka juga mengesyaki bahawa penjenayah ini merupakan penyenayah berulang dan cara mereka melakukan jenayah adalah amat pantas.

Seorang penduduk bernama Teo Li Cheng, yang juga merupakan anggota Rukun Tetangga SS3 mengatakan bahawa beg tangan beliau telah diragut semasa keluar dari rumah.

Komuniti harus sedar untuk menjaga keselamatan sendiri demi kesejahteraan bersama.

Kes jenayah sering berlaku di kawasan persekitaran Taman Bahagia. Menurut kata penduduk Taman Bahagia. Tayar kereta juga selalu dijadikan target dan dicuri.

Salah seorang penduduk bernama Fong Chek Seng berkata terdapat seorang penduduk wanita kini mempunyai fobia semasa keluar rumah kerana dia pernah dirompak oleh dua penjenayah yang bersenjatakan parang.

Semasa saya meninjau keadaan di Taman Bahagia, saya telah memberitahu pemberita bahawa sebagai langkah permulaan, saya akan menyumbang lebih 200 wisel keselamatan kepada penduduk sebagai langkah berjaga-jaga.

Selain itu, saya akan menulis kepada MBPJ, PDRM, TNB dan Prasarana untuk membincangkan cara-cara untuk mempertingkatkan aspek keselamatan di kawasan itu khususnya menambahbaik sistem lampu jalan pada waktu malam.

Ketiga, saya akan meminta PDRM Daerah Petaling dan Balai Polis Sungai Way untuk mempertingkatkan rondaan di kawasan ini.

Selain itu, saya turut menyeru PDRM di Bukit Aman untuk mempercepatkan permohonan MBPJ untuk menubuhkan pasukan polis bantuan MBPJ yang terdiri daripada 100 anggota penguatkuasa MBPJ untuk menjalankan tugas rondaan keselamatan demi mengatasi masalah kekurangan tenaga polis di Petaling Jaya.

Saya telah memaklumkan perkara ini kepada ketua balai Polis Sungai Way, Inspektor Ravi melalui pesanan ringkas (SMS) dan maklum balas dari Inspektor Ravi ialah beliau akan mengarahkan anggotanya untuk menjalankan rondaan perisikan di kawasan ini.

Selain itu, beliau telah bertemu tuanpunya kedai di Taman Bahagia dan meminta mereka memaklumkan kepadanya dengan cepat melalui telefon bimbit jikalau mereka ternampak sesiapa yang mencurigai di kawasan mereka.

Selain itu, satu pertemuan di antara penduduk dengan Ketua Polis Daerah Petaling akan diadakan pada akhir bulan ini untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah jenayah di SS3, Petaling Jaya.


Lau Weng San
Penulis adalah ADUN Kampung Tunku
-malaysiakini.com-

Jumaat, Februari 19, 2010

MENGAPA MESTI KAU 'UJUB!



(Puisi ini ana tujukan khas buat aku..)

Mengapa mesti kau 'ujub
Riya' bangga meraja di jiwa
Merasa gah disanjung manusia
Teruja dengan kebolehan dirimu
Terpana dengan pencapaian duniawi
Seolah-olah kaulah hambaNya yang terhebat!

Mengapa mesti kau 'ujub
Andai ibadahmu masih kurang sempurna
Andai maksiatmu masih terus kau laksana
Andai keinsafanmu tidak seserius mana
Andai dosamu masih menimbun sama
Dan andai taubatmu hanyalah pura-pura!

Mengapa mesti kau 'ujub
Sedang wajarnya kau syukuri wujudmu
Disertai doa munajat di dalam sujudmu
Semoga ia bukan istidraj tetapi nikmat
Nikmat Ilahi buatmu atas anugerah taat
Sebuah kejayaan yang beroleh berkat!

Mengapa mesti kau 'ujub
Bukankah hatimu bencikan neraka?
Bukankah hatimu merindukan syurga?
Kalau benar itu impianmu
Maka ketahuilah olehmu..
'Ujub tiada di dalam hati perindu!


MUHTAR SUHAILI
Shell iCentre, Rijswijk
5 Februari 2007, 10.15am.

HEBATNYA POLIS MALAYSIA, SUKAHATI NAK BELASAH ORANG







Malam 12 Feb adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seorang remaja buat selama-lamanya.

Pada malam itu, remaja berusia 18 tahun berkenaan mendakwa dia dibelasah oleh sekumpulan empat anggota polis yang tidak mengenalkan diri mereka.


“Waktu itu jam 10 malam. Saya sedang duduk besi penghadang di Stesen LRT Star di Sentul, menunggu ayah saya seperti biasanya.
"Tiba-tiba empat lelaki turun dari sebuah van. Mereka menghampiri, membelasah saya serta menghumban saya ke dalam van.

"Ketika itu saya fikir yang saya diculik,” kata remaja lepasan SPM itu yang begitu trauma dan mahukan identitinya dirahsiakan.

Dia mendakwa kumpulan lelaki itu menerpa ke arahnya tanpa berkata apa-apa lalu memukulnya. Seorang daripada lelaki itu kemudian 'duduk' di atas mukanya sebelum dia diheret ke balai polis Sentul.

Remaja itu memberitahu Malaysiakini keempat-empat lelaki tidak mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum membelasahnya.


“Saya sebegitu takut dan menjerit meminta tolong, sedangkan saya tidak tahu bahwa mereka adalah polis.”

Di balai polis berkenaan, remaja itu mendakwa dia dilayan seperti seorang penjenayah semasa disoal-siasat dan sering-kali dipukul.

Dia ditanya tujuannya berada di stesen LRT ketika itu dan sama ada dia seorang penagih dadah ataupun seorang peragut.

Remaja itu mengalami kecederaan pada rusuk, perut dan juga mukanya.

Pada hari kejadian itu, ayah kepada remaja berkenaan berkata dia cuba menelefon anaknya sebanyak dua kali melalui telefon bimbitnya. Pada kali kedua seorang polis menjawab dan memaklumkannya mengenai penahanan anaknya itu.

Remaja itu berkata dia dibebaskan sejurus ketibaan ayahnya dan ujian air kencing yang dijadualkan juga dibatalkan.

“Apabila ayah saya bertanya kepada polis, seorang daripada anggota polis berkata saya diheret kerana cuba melarikan diri daripada ditangkap,” katanya lagi.


Remaja lepasan SPM itu berkata bapanya membuat laporan polis pada keesokkan hari di balai polis Sentul dan sehingga hari ini tiada tindakan diambil.

Beliau juga membuat aduan kepada akhbar arus perdana tetapi tiada yang melayan e-mailnya. Justeru, beliau menghubungi Malaysiakini.

Bapanya menuntut wang pampasan RM75 sebagai bayaran perubatan anaknya yang mendapat rawatan daripada sebuah klinik swasta dan juga kos atas kerosakan telefon bimbit, baju, seluar dan jaket anaknya itu.

OCPD Sentul, Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas mengenainya.
-aku ingin bebas-

BUKIT GANTANG :15 Fakta Umno Penderhaka & Petualang Sebenar




(berita ini adalah ulangan dari PRK Bukit Gantang pd tahun 2009,harap maklum)

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan 15 bukti secara fakta bahawa Umno menjadi petualang dan penderhaka sebenarnya kepada institusi raja di negara ini.

Beliau membuat pendedahan itu semasa melancarkan Gerak Kerja Jentera Pilihan Raya Bukit Gantang baru-baru ini.

Antaranya termasuk:

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satulah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

Sekarang jelas siapa penderhaka sebenarnya, jelas Menteri Besar Kelantan itu lagi.


-kelab greenboc-

Dr Baldev: Kugan Menderita Kesakitan Sebelum Mati


Hari kedua perbicaraan kes seorang anggota polis yang dituduh menyebabkan kecederaan hingga membawa kematian A Kugan, menyaksikan doktor mendapati mangsa menderita kesakitan sebelum kematiannya.

Doktor Baldev Singh Gill dari sebuah pusat perubatan swasta yang mula-mula memeriksa mayat Kugan memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, mulut Kugan ternganga ketika ditemui.

Dalam keterangannya, A Kugan dilihat dalam kedudukan bersandar di dinding dan ada kesan muntah pada pakaiannya.

Malah, bilik soal siasat yang menempatkan mayat Kugan ketika beliau membuat pemeriksaan, berbau muntah dan hancing tapi beliau tidak nampak sebarang senjata.

Namun, Baldev Singh adalah saksi kedua dalam perbicaraan itu.

Sebelum ini, Navindran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaaan kepada Kugan antara jam 7 pagi dan 4 petang di tempat dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Navindran diwakili peguam bela, Datuk P.M. Nagarajan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di bilik soal siasat pejabat D9, Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada jam 7 pagi, 16 Januari tahun lalu.


-tv selangor-

DAP : Pemuda UMNO tak pandai demokrasi berparlimen

DAP Selangor menyifatkan Pemuda Umno yang membuat demonstrasi di pejabat Pesuruhjaya Tertinggi Australia tidak pandai mengenai demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Demonstrasi yang diadakan berhubung tindakan 50 ahli parlimen Australia yang menghantar surat rasmi supaya Malaysia menggugurkan tertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi jawatankuasa kecil hal ehwal luar negeri Parlimen Australia, Michael Danby bertindak menyerah surat tersebut kepada pesuruhjaya tinggi Malaysia di Canberra, Salman Ahmad. Sementara itu, pengerusi jawatankuasa hubungan luar senat Amerika Syarikat, John Kerry pula mahu perbicaraan terhadap Anwar dijalankan secara adil.


-Malaysia Today-

Pejabat Pelajaran pun jadi “cawangan” Umno juga?

Barisan Nasional (BN), khususnya Umno Terengganu tersilap besar sekiranya menyangka kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri itu pada Sabtu (13 Februari) lalu telah memberikan impak positif terhadap imej dan moral parti itu di kalangan rakyat setempat.

Dalam kes program di Besut hari itu, perbuatan Umno berselindung di sebalik program bertemakan pendidikan untuk memaksa kehadiran penjawat awam ke program yang sebenarnya dianjurkan parti itu bukan sahaja tindakan keji dan tidak bermaruah, malah turut menggambarkan kedayusannya menghadapi realiti sokongan masyarakat terhadapnya.


Sedari awal program berkenaan diuar-uarkan, maudhuk sebenar program itu sudah dipertikaikan. Paling dipersoalkan ialah kehadiran Muhyiddin itu atas sifat beliau sebagai apa. Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri ataukah Timbalan Presiden Umno?

Beberapa pemidang yang dipasang seminggu lebih awal di sekitar daerah Besut bagi menyambut kehadiran beliau juga tidak menjelaskan kekeliruan itu. Yang tertera hanyalah gambar dan nama Muhyiddin serta logo Umno. Beliau tidak diperkenalkan sama ada selaku seorang menteri atau timbalan presiden partinya.

Di antara pihak yang dikerah menjayakan program berkenaan ialah para guru. Difahamkan setiap sekolah di Besut diarahkan menghantar sekurang-kurangnya 30 warga masing-masing bagi menjayakannya.

Perlu diingat program berkenaan berlangsung pada hari Sabtu. Bukankah suatu ketika dulu pernah ada arahan daripada Kementerian Pelajaran agar tidak diadakan program untuk para guru pada hari Sabtu? Ketika itu beriya-iya benar kerajaan berhujah merasionalkan ketetapan itu, kononnya agar cuti hujung minggu benar-benar bermanfaat buat warga pendidik. Kini apa sudah jadi dengan “keprihatinan” itu?

Untuk para guru ini dinyatakan bahawa program yang bakal diadakan itu ialah berkaitan anugerah kecemerlangan pendidikan. Lalu timbul persoalan, entah sudah berapa kali program sedemikian diadakan sejak selesainya ujian-ujian besar tahun lalu? Barangkali Umno fikir warga pendidik tidak begitu cerdik untuk mempertikaikan kewajaran mengulangi program sama beberapa kali.

Tak apalah, itu masalah Umno. Jika dia merasakan dengan merendah dan memperlekeh keupayaan minda dan tahap pemikiran para guru, parti itu akan semakin kuat dan mendapat sokongan rakyat, biarkanlah ia terus dengan kebebalannya itu.

Ertinya program itu digambarkan sebagai meraikan kehadiran Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran. Namun, maksud penganjurannya tidak sukar dihidu. Tembelang Umno memperalatkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk memaksa warga pendidik hadir terdedah juga.

Salah satu kekeliruan itu ialah apabila surat jemputan ke majlis itu dikatakan turut menyertakan aturcara yang berbaur politik. Antaranya ialah aturcara menyanyikan lagu Umno.

Kepada warga awam pula diumumkan bahawa program itu ialah Juara Rakyat anjuran Umno. Bagi maksud menguar-uarkannya kepada masyarakat, Umno sanggup melanggar pantang larangnya sendiri dengan mencampur adukkan agenda politiknya ke dalam masjid. Difahamkan beberapa masjid utama di Besut mengambil kesempatan sebelum solata Jumaat sehari sebelumnya mengumumkan program tersebut dan menjemput hadirin menjayakannya.

Ertinya sudah terang lagi bersuluh bahawa kehadiran Muhyiddin ke Besut minggu lalu adalah untuk program partinya. Justeru, adalah tidak munasabah hakikat itu tidak disedari PPD sebelum ia tergamak mengarahkan setiap sekolah memaksa kehadiran para guru ke program itu.

Hal inilah yang amat dikesalkan. Kesediaan PPD diperalatkan Umno untuk bekerjasama menjayakan program parti dengan memaksa penjawat awam adalah amat menghinakan. Ia bukan sahaja bercanggah dengan peraturan am yang melarang penjawat awam dilibatkan dengan politik, malah menyalahi hak dan kebebasan individu memilih kecenderungan politik mereka.

Umno mungkin merasa bangga apabila program Juara Rakyat anjurannya berjaya disempurnakan. Namun, parti itu jangan ingat perbuatannya menyalahgunakan kuasa, peruntukan dan berbagai kemudahan kerajaan untuk kepentingan politiknya direstui rakyat.

Apa yang lebih mendukacitakan ialah apabila PPD bertindak seolah-olah sebagai sebuah “cawangan baru” Umno. Jika sebelum ini hebat dipertikaikan beberapa institusi pentadbiran seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang cenderung bertindak mempertahankan kepentingan Umno-BN, kini tanggapan serupa berjangkit kepada institusi pentadbiran pelajaran pula.

Hakikat itu turut terserlah dalam program Juara Rakyat di Hulu Terengganu lebih dua minggu lalu. Umno dikatakan telah memaksa lebih 300 mahasiswa Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kampus KUSZA Gong Badak berkampung di kawasan program beberapa hari sebagai anak angkat kepada penduduk terpilih. Mereka inilah yang dikerah bergotong-royong kononnya bagi menjayakan program khidmat masyarakat. Sedangkan ia dikatakan bukan sepertimana yang ada dalam perancangan pihak kampus berkenaan.

Umno sekali lagi meraih nama atas kejayaan program itu, sedangkan yang dipaksa berpenat lelah dua-tiga hari ialah budak-budak universiti itu. Itulah imej hodoh Umno, dulu, kini dan selamanya!

-detikdaily-

TIGA PULUH JUTA BERGANTUNG PADA SATU LUBANG "SHY FOOLS"






Akhirnnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Ini kes ulang buat. Dalam dunia filem ulang buat ini bukan satu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya dari hasil jualan tiket.

King Kong - pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada tahun 1976 dengan Minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknoloji komputer berkembang sekali lagi King Kong diulang buat pada tahun 2005.

Psycho – klasik seram - dari kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam puteh pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda Gus Van Sant mengulang buat pada tahun 1998. Ulang buat dari kerja Mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni Mamat Gemok Alfred Hitchcok. Malah dari filem hitam puteh - Psycho telah menjadi berwarna berwarni.

Sayangnya kebanyakan filem diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh. Nasib baik pengarah Mamat Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.

Malah, apabila ada sahaja desas desus sesebuah filem ingin diulang buat akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyurokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.

Warga Malaysia kembali belabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Ini juga satu kes kerja ulang buat.

Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami:

Anwar Ibrahim wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara. Ini kerana Anwar telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan diantara Parti Keadilan Rakyat, Demokratic Action Party dan Parti Islam.

Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat adalah satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan Barisan Nasional untuk mentabir Malaysia.

Pilihanraya 8hb March 2008 yang lalu telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Dari nisbah kiraaan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Ini menjadikan para gerombolan dalam Barisan Nasional terpaksa menahan kentut marah.

Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirassi ini bertujuan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar Ibrahim. Khalas. Period. Finito. The End. Fin.

Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan maka segala malaon dan pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia maka segala kerja-kerja jahat mereka - harta-harta rasuah mereka - kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.

Justeru kerana takutkan balasan ini - tidak dapat tidak - Anwar Ibrahim wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar Ibrahim masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.

Kes ulang buat sama seperti kes dalam tahun 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dailok/kata bual. Dialok kali ini dilihat agak gempaq. Banyak dialok telah diubah suai dan diperbaiki dari kelam kelabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Nordin. Yang baru datang hanya si Pereka set, si Tukang lampu dan para Pak Pacak.

Manakala yang dibelakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat ‘the last bottom show’. Jika kerja jahat ini gagal mereka juga akan turut mati oleh serangan bom kentut berjuta-berjuta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.

Awas – warga Malaysia wajib sedar – dibelakang semua ini ialah Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis – dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.

Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk bininya. Semua kerja-kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.

Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada tahun 1960 dahulu – dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris orang ramai dan kaki wayang datang untuk mengintai buah dada Janet Leigh yang basah dan mongel dalam babak mandi sebelum dia dibunuh oleh Mister Bates - Anthony Perkins.

Apabila Psycho diulang buat tak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ianya dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan. Pekara yang sama sedang berlaku kepada kes Anwar Ibrahim. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di Mahkamah Jalan Duta kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.

Sebenarnya warga Malaysia merasa hiba dan pilu bukan untuk Anwar Ibrahim tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh dan bangang. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih diatas kebodohan pihak yang merancang konpirasi ini.

Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah 30 juta sedang terumbang ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubung - lubang jubur si Saifol.

Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Lubang sedap Saiful adalah talian hayat untuk Najib Razak. Lubang sedap si Saiful adalah perancang garis eknomi negara kita. Naik turunya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan taik dalam lubang jubur Saifol. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya taik si Saifol dapat berkumpul dalam lubang juburnya.

Dalam sejarah tamadun dunia pekara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan dari serangan Mongol bukan melalui lubang jubur tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui lubang jubur tetapi melalui ilmu dan falsafah.

Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul - bunyinya amat lucah dan meloyakan. Loya lagi meloyakan. Malu lagi memualkan. Porno lagi menjijikan.

Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada lubang jubur si Saiful. Udara dari sebiji lubang ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.

Kita tunggu dan lihat apabila lubang jubur si Saifol ini terbarai setelah tidak terberak selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Isi-isi dari lubang jubur ini akan bertaburan. Ketawa salah hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi

-bujang susah-

Laksana hukum sebat cara Islam

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata, pelaksanaan hukuman sebat belum memenuhi kehendak Islam sepenuhnya kerana dilakukan secara tertutup, buka secara terbuka seperti yang dianjurkan dalam Islam.

"Hukuman sebat mesti dilakukan secara terbuka, bukan tertutup dalam penjara. Kita kena ingat, tujuan dilakukan secara terbuka adalah untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan yang sama," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak berwajib agar melaksanakan hukuman sebat seperti yang dituntut dalam Islam, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Hishammuddin dilaporkan sebagai berkata, tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.

Hishammuddin juga berkata, seorang daripada tiga pesalah wanita berkenaan telah dibebaskan pada Ahad lepas, pesalah kedua akan dibebaskan dalam tempoh beberapa hari lagi dan pesalah ketiga dibebaskan pada Jun nanti.

Menurutnya, wakil dari kementeriannya turut hadir semasa pelaksanaan hukuman dibuat bersama 13 orang lagi antaranya Pengarah Jabatan Agama Wilayah, Pegawai Jabatan Agama Wilayah dan wakil dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara serta wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya nak ingatkan menteri yang berkenaan, jangan ingat bila sudah laksanakan hukuman sebat, sudah cukup segala-galanya. Kerajaan kena kaji semula hukuman sebat yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. belajar daripada awal," kata Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau juga berkata, tindakan Hishamuddin mendedahkan mengenai hukuman yang dijalankan terhadap tiga wanita itu hanya sekadar untuk menutup mulut rakyat daripada terus mempersoalkan isu Kartika.

"Saya nampak cara menteri memberitahu rakyat mengenai hukuman yang dilaksanakan itu seperti hanya meraikan pandangan orang sahaja dan ingin menutup mulut rakyat daripada terus bercakap isu sebat ini.

"Saya minta menteri laksanakan hukuman sebat ini kerana Allah, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga," katanya.

Beliau juga mempersoal sikap kerajaan melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman sebat ke atas bekas model sambilan yang didapati bersalah kerana minum arak, Kartika Sari Dewi Shukarno, 33.

Nuridah hairan dengan sikap kerajaan yang dilihat seolah-olah sengaja membiarkan Kartika ternanti-nanti untuk menerima hukuman sebat itu walaupun beliau sudah menyatakan kesediaan untuk menerima hukuman itu sejak dari awal lagi.

"Tiga orang yang dihukum itu, biarlah dihukum. Tapi yang saya persoalkan kenapa kes Kartika belum selesai lagi? Apa masalah kerajaan sebenarnya sehinggakan Kartika perlu menunggu begitu lama untuk menerima hukuman itu?" soal Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Hishammuddin bahawa tiga wanita yang melakukan kesalahan jenayah syariah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang.

Sementara itu, Kartika sendiri, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam,berasa pelik pelik mendapat tahu tiga wanita telah menjalani hukuman sebat pada 9 Februari lalu kerana melakukan kesalahan syariah tersebut.

Menurut ibu tunggal kepada dua anak ini, apa yang berlaku seolah-olah 'mempermain-mainkan' perasaannya selama ini.

Kartika sebelum ini telah membuat permohonan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang (Jaip) untuk campur tangan bagi mempercepatkan hukuman terhadapnya memandangkan ianya masih tertangguh sehingga kini.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman bagaimanapun dilaporkan sebagai berkata, pihaknya masih menunggu reaksi daripada Tengku Abdullah selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebelum boleh mengambil sebarang tindakan susulan.


-harakahdaily.net-

300 terima kunci rumah dari Anwar esok


Seramai 300 penduduk di Hulu Kelang dan Puchong merupakan kumpulan terawal yang berjaya memiliki rumah di Selangor melalui skim pemulihan perumahan terbengkalai di negeri itu.

Penduduk berkenaan akan menerima kunci rumah masing-masing di Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong dari Datuk Seri Anwar Ibrahim esok, demikian kenyataan pejabat penasihat ekonomi Selangor itu.

Skim berkenaan, dimulakan tahun lalu melalui pakej ransangan ekonomi sebanyak RM5 bilion, dijalankan bagi memulihkan hampir 5,000 unit terbengkalai di 141 buah perumahan di negeri itu.


"(Pemulihan rumah terbengkalai ini bertujuan) membantu pembeli yang kebanyakannya golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang tidak dibela sejak sekian lama, akibat menanggung hutang pinjaman walaupun rumah belian mereka tidak dapat disiapkan.

"Kerajaan negeri akan menyuntik bantuan dalam bentuk underwriting (jaminan bayar balik) bagi projek yang tidak dapat dipulihkan oleh pihak swasta dengan melibatkan kontraktor baru melalui tender terbuka.

"Kerajaan negeri menyediakan geran bayar balik kepada perunding-perunding perumahan yang berminat untuk menyelamatkan projek perumahan yang terbengkalai," kenyataan itu dipetik.

Program tersebut diselia oleh satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan dijalankan melalui sumbangan modal dan kepakaran daripada syarikat swasta.

Jawatankuasa berkenaan pula akan diletakkan di bawah satu jawatankuasa induk yang akan turut dianggotai oleh exco perumahan, pihak berkuasa tempatan dan juga wakil penduduk.

Kenyataan tersebut juga menyebut, sebanyak lapan buah projek perumahan berjaya disiapkan, manakala 42 buah lagi diambil alih daripada pemaju dan kontraktor bermasalah sehingga Jun tahun lalu.

"Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan 20% daripada jumlah keseluruhan unit dapat dipulihkan dan diserahkan kepada pembeli bagi tahun 2010," menurut kenyataan itu lagi.


-malaysiakini.com-

GILA BOLA!