Sabtu, Oktober 31, 2009
MATAHARI
Hadis dari Abu Zar r.a:
Suatu Hari Nabi s.a.w bersabda: Tahukah kamu ke mana matahari ini pergi? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNyalah yang lebih mengetahui. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Perjalanan matahari ini berakhir di suatu tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu merebahkan diri untuk bersujud. Ia tetap berada dalam keadaan tersebut, sehinggalah diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang. Matahari kemudiannya kembali sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa. Matahari terus beredar lagi sehingga sampai di suatu tempat yang ditetapkan di bawah Arasy lalu merebahkan lagi dirinya untuk bersujud. Ia juga tetap berada dalam keadaan demikian sehinggalah diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang. Matahari kembali lagi sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa tanpa diketahui oleh manusia dan berakhir pada tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu bersujud dan tetap dalam keadaan demikian, sehinggalah akhirnya diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan terbitlah dari sebelah barat. Rasulullah s.a.w terus bersabda: Tahukah kamu bilakah ianya akan berlaku? Ianya akan berlaku ketika mana لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا Yang bermaksud: Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha melakukan kebaikan terhadap imannya.
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
HENTIKAN SEGERA!
Hari ni aku terasa sedikit runsing dan sidikit kecewa dengan sikap beberapa blog sahabat dalam gerakan Islam.Tapi itu tidak bermakna,aku menolak pandangan/pendapat dari blog lain.Sebenarnya isu disiplin pimpinan bukan perkara yang besar,tambahan pula ianya banyak datang dari senjata/medium musuh Islam.Tapi mengapa perlu menyakitkan kepala memikirkannya?tidak perlu begitu...kita bukan orang yang lurus dan lemah.Ibarat belayar ditengah dilautan,kapalnya sudah tentu perlu lebih kuat dan teguh dari kapal di pinggiran laut.Badai ditengah laut itu lebih kuat dari pinggir.Gelombangnya lebih dasyat!kalau takut badai ditengah lautan,eloklah duduk dipinggiran sahaja....
Jalan terbaik sebenarnya bukan mengeruhkan keadaaan,tetapi memulihkan keyakinan,merapatkan persaudaraan dan terus istiqamah dalam perjuangan.Mengapa bersusah-payah menyebarkan bibit-bibit perpecahan?mungkin kerana merasakan hanya diri sendiri yang menyayangi Islam?Tidak perlu memberatkan kerja yang sebenarnya mudah.Teguran Tok Guru,adalah muktamad...tak perlu terus memanjangkan prejudis sesama mukmin.Ingat!mustahil kita mahu memakan daging saudara kita sendiri(mengumpat,mengutuk,mengeji)...semoga sedikit pendirian dari aku dapat meredakan sedikit prasangka,dasar Islam membuatkan kita kembali ke fikrah perjuangan.
Jangan kerana kita merasakan kita bertanggungjawab terhadap gerakan Islam,maka kita menghalalkan perkara yang di haramkan.Berhati-hati dalam menilai setiap inci berita yang sampai,hatta melalui blog-blog yang tiada sempadan ini....Kembalilah kepada Allah dan Rasulnya,sabarlah dengan ujian,tawakkal dengan setiap keputusan...kita bukannya sempurna dan dan pimpinan juga tidak sempurna...bukan pula bermakna kita perlu berkecuali,apatah lagi sibuk mahu meninggalkan perjuangan...jalan-jalan Islam itu kadang-kadang mudah(walaupun sebenarnya Allah yang memudahkan),kadang-kadang sangat perit(selalunya ujian Allah bagi orang yang beriman)...apakah kerana kita lemah,maka kita berasa perlu ditunjuk orang itu dan orang ini?Kelemahan boleh di tutup dengan mengakui kelemahan itu sendiri dan berikhtiar untuk lebih bersungguh-sungguh memperbaikinya.
Kembalilah kepada sifat manusiawi yang tentu saja lemah dari segenap segi kehidupan,lemah mengatur strtegi,lemah dalam mengenali Allah dan serba serbi tetap lemah...Kalau bukan kerana pertolongan dan takdir Allah,NESCAYA manusia itu tetap lemah.wassalam....
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
BAJET PERAK TIDAK BERNILAI: RUJUK PERUNDANGAN SEGERA
Kenyataan Media (30 Oktober 2009)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjelaskan bahawa 'Bajet' yang dikatakan telah dibentang oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir amat jelas bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Am Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau telah digantung untuk menghadiri Dewan malah di hadapan Speaker yang tidak sah mengikut Undang-Undang.
DPPN Pk menegaskan bahawa implikasi pembentangan tersebut amat bertentangan daripada sudut kesahihan 'Bajet' tersebut kerana proses perundangan yang masih berjalan akan memberikan kesan buruk walaupun media arus perdana masih memainkan istilah 'Bajet' yang telah dibentangankan pada 28 Oktober yang lalu jelas tidak sah.
DPPN Pk mencabar Datuk Seri Dr. Zambry membuktikan bahawa 'Bajet' yang telah beliau bentangkan tersebut sah mengikut Peraturan Am DUN Perak. Jika beliau tidak berani bersemuka untuk membuktikan 'Bajet' tersebut adalah benar, rakyat harus memberikan signal yang jelas kepada beliau kerana telah berbohong kepada rakyat.
DPPN Pk melihat selagi proses berkaitan Menteri Besar, Speaker dan 3 orang ADUN Bebas tersebut masih di dalam proses perundangan, sudah pasti perkara yang telah dilakukan adalah tidak sah dan juga tergantung. DPPN Pk meminta rakyat menunggu keputusan Mahkamah daripada mempercayai 'Bajet' yang tidak sah tersebut.
DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
SPEAKER BOLEH DESAK SPR KOSONGKAN DUN KOTA SIPUTEH
Written by Syah
Saturday, 31 October 2009 13:54
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail mempuyai kuasa untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai ADUN Kota Siputeh. Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memaklumkan isu itu tidak bercanggah dan terdapat perkara penting untuk dibincangkan. Beliau turut mengeluarkan perintah kepada Dr Abdul Isa supaya memfailkan permohonan dalam tempoh tiga hari agar ianya boleh dibicarakan sebelum 17 Nov.
Abdul Isa mendakwa Abu Hassan gagal menghadiri dua persidangan DUN Kedah secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini. "Perkara 51, Perlembagaan Negeri Kedah menetapkan jika mana-mana ADUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran speaker bagi dua mesyuarat berturut-turut, kerusinya akan menjadi kosong. Prima facie, mengikut Perkara 51 dalam kes ini adalah memuaskan," kata peguam Abdul Isa. –Malaysia Today
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
JAMBATAN DIBINA TERGESA-GESA UNTUK KEM 1 MALAYSIA
Jambatan gantung maut yang mengorbankan tiga nyawa murid sekolah di Kampar dibina "secara tergesa-gesa" untuk program Kem Perkhemahan 1Malaysia, kata seorang pemimpin PAS setempat.
Ahli jawatankuasa PAS Kuala Dipang itu memberitahu Malaysiakini, perkara itu disedarinya apabila melihat kesan runtuhan jambatan tersebut sejurus selepas kejadian pada malam Isnin lalu.
Ahmad Damanhuri Talib, 49, berkata pemerhatiannya menunjukkan bongkah konkrit yang menjadi penyangga kepada jambatan gantung itu telah tercabut pada masa kejadian, menyebabkan jambatan tersebut runtuh.
"Nampak dibuat lebih kurang saja. Kalau rumah yang orang nak duduk pun kena ada penilaian, inikan pula jambatan untuk murid sekolah," katanya, yang mendakwa turut menyertai operasi menyelamat mangsa bersama seorang rakannya.
"Konkrit tapaknya nampak belum mantap dan tanah di bawahnya pun belum kemas lagi sebab itulah penyangganya terbungkas."
"Tapak untuk tiang itupun tidak ada cerucuk, cuma dimasukkan dalam tapak konkrit saja," katanya.
Ahmad Damanhuri juga yakin tindakan kumpulan murid sekolah yang menyeberangi jambatan itu beramai-ramai turut menyumbang kepada faktor tragedi.
"Mereka masa itu tengah rehat, cikgu-cikgu pula tengah ada taklimat di sekolah (SK Kuala Dipang).
"Jadi pelajar-pelajar ini bebas menyeberang jambatan tanpa kawalan," katanya lagi.
Tambahnya, kontraktor yang terlibat membina jambatan tersebut juga mungkin kesuntukan masa untuk menyiapkan projek tersebut dalam masa singkat.
"Ini memang projek yang dibuat khas untuk kem itulah. Mereka kena siapkan hari itu juga, sebab itulah hasilnya lebih kurang saja," katanya.
MALAYSIAKINI.COM
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
NAJIB CUBA CIPTA MOMENTUM DI PERAK UNTUK PRU KE 13
Sidang dun 28 hb yang lepas cuma diadakan untuk meluluskan bajet haram kerajaan negeri perak yang yang haram untuk tahun 2010.mungkin itu perkataaan yang sesuai
untuk dungkapkan kerana siapa Mb sebenar masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah persekutuan yang akan bersidang pada 5 november yang akan datang.
Kehadiran adun-adun pakatan rakyat disidang tersebut merupakan satu perlaksanaan tanggunjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat perak bagi menunjukkan (resitance) tentangan yang berterusan terhadap satu adaptasi politik songsang yang terlalu sesat dengan amalan demokrasi sebenar.
Kehadiran mereka di bangunan suk disambut dengan ratusan pegawai keselamatan
seolah –olah adun –adun ini merupakan penjenayah-penjenayah yang berbahaya dan memerlukan kawalan serius , sedangkan mereka sebagai ahli-ahli dewan undangan negeri perak sepatutnya mempunyai hak untuk memasuki kedalam dewan tanpa digangu dan disekat oleh pihak polis(berlakunya drama mengkasari adun-adun pakatan rakyat diruang meletak kerata menyaksikan sivakumar dicekik jubah dan songkoknya dirampas oleh pihak polis secara paksa) .
Kelulusaan bajet 2010 itu dilihat bagi kebanyakkan pemerhati politik , adalah sebahagian daripada persiapan kewangan untuk menghadapi pilihan raya dun perak yang dijangka berlaku dalam tempoh masa terdekat .Sumber sumber kewangan ini akan digunakan untuk projek-projek pembangunan yang bersifat sogokkan kepada pengundi ,satu tradisi yang telah lama ditanam didalam minda masyarakat, khususnya melayu, Umno dilihat mengguanakan pendekatan untuk mengekal pengundi tradisi mereka(traditional voters)
dikalangan masyarakat melayu ,sesuatu yang tidak lagi memadai bagi mereka kerana mereka menghadapi keadaaan kesan terbalik ( reverse effect ) ,sebagai contoh dun yang dimenangi oleh sivakumar merupakan kerusi yang baru diwujudkan dalam piliharaya yang ke 12 lepas ,kerusi yang mempunyai dominasi bukan pengundi melayu .Kerusi yang bukan dominsi pengundi melayu secara dasarnya sebelum ini pasti menjadi milik umno dan barisan Nasional kecuali dibeberapa kawasan yang menjadi tradisi kepada Dap
Nampaknya keris itu telah menikan tuannya sendiri – mungkin keris itu harus mempunyai sarungnya. Berdasakarkan sejarah kawasan majority melayu seperti parlimen parit , bn pernah tewas sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1969 dan 1999 tetapi yang menjadi masalah besar kepada bn ialah apabila berlakunya (political transaction ) dikalangan kaum India dan cina pada pilihanraya lepas melalui undi taktikal (tactical votes) dan yang paling dikhuatiri oleh umno/bn berlaku tranformasi daripada undi taktikal kepada undi strategik(strategik votes)
Bermula dengan Pelancaran Satu Malaysia distadium perak ,penglibatan kaum bukan melayu adalah dilihat tidak aktif yang ada cuma dihadiri oleh mereka yang mendapat habuan serendah rm sepuluh ringgit, jelas sekali mereka adalah sesuatu yang tipikal kepada umno (typical voters-sudah tentu mereka ini dikalangan orang melayu kampong yang kurang pengetahuan dan Maklumat) ,ianya satu fakta yang mereka terpaksa hadapi dan menjadi bebanan yang agak berat kepada Najib dan barisan nasional untuk memulakan satu momentum ..(bagi menghadapi pilihanraya dun dan Pru –ke 13)
Dua hari sebelum sidang dun perak , telah berlaku satu tragedi dikuala dipang dimana beberapa orang murid yang telah menyertai Perkhemahan Satu Malaysia telah mati lemas didalam sungai Kampar apabila jambatan gantung yang baru saja siap dibina tiba-tiba saja runtuh .Ini telah memberikan tamparan yang agak besar kepada political branding najib yang dinamakan satu Malaysia itu kerana telah melibatkan kematian tiga orang murid dikalangan kaum india,kalau kematian kugan masih lagi menghantui scenario politik dikalangan kaum india kematian tiga orang murid ini sudah pasti akan memberikan satu gerakan politik didalam masyarakat india itu sendiri dan jika isu ini dimainkan dengan betul sudah pasti ianya akan memberi impak yang lebih besar kerana ianya bukan sahaja satu tragedi tetapi melibatkan soal integriti kementerian Pendidikan yang dilihat telah terjerumus kedalam kancah politik kroni dan rasuah .Kalau dilakukan siasatan sudah pasti akan diketahui penglibatan individu-induvidu tertentu didalam PPD daerah yang telah memberikan kontrak pembinaan kepada syarikat-syarikat tertentu yang percayai merupakan syarikat kroni atau syarikat proksi kerana pemberian kontrak dilakukan secara rundingan terus(negotiation) dan bukan melalui tender .Inilah kesannya bila kronisme terlalu bermaharajalela. Peristiwa ini bukanlah yang pertama, sebelum ini bangunan bernilai 45 juta yang dibina ditasik banding telah runtuh dengan tiba-tiba , tetapi kali ini ianya lebih serius kerana melibatkan nyawa.
Najib dan Barisan nasional kelihatan ketandusan isu dan idea ,sebulum ini mereka cuba memainkan isu kerajaan perpaduan dengan harapan dengan berlaku gerakan berterusan dikalangan bukan melayu untuk kembali menyokong meraka tetapi isu telah dipatahkan oleh tok guru Nik Abdul Aziz apabila beliau mencadangkan agar dilaksanakan egm dan isu ini telah pun selesai apabila keputusan telah dibuat didalam mesyuarat khas yang diadakan pada 28/10 –yang lepas.
Komposisi kaum diperak merupakan cabaran yang besar kepada barisaan nasional ,sokongan kaum bukan melayu dilihat menjadi asas kepada mereka untuk membubarkan dun perak ,Kempen satu Malaysia dilihat di negeri perak kelihatan agak lesu ,umno dan barisan nasional memerlukan ruang dan masa untuk cuba mengikat sokongan rakyat kepada , bukan sahaja mereka harus memikirkan survival mereka di perak tetapi juga diperingkat faderal .Untuk itu mereka perlu mencipta momentum yang berterusan sehingga ke Pru –ke 13 .Bagi pakatan peluang ini harus direbut bagi mendekati rakyat ,menerangkan dan memberikan kefahaman tentang halatuju politik Negara.Pakatan rakyat dilihat telah cuba untuk memobilisasi kempen bubar dun ini sekian lama , tetapi perlu dingat umno/bn telah mula menyusup ke kampong- kampong dengan memberikan pelbagai sogokkan kepada rakyat dan pakatan harus bergerak sama pantas dengan mereka –kerana disetiap peringkat tahap kompetasinya perlu sama(competition level ) bagi menjamin tahap persaingan yang sama rata..
Berbagai pihak telah menbuat andaian tentang pembubaran dun perak ,persoalan bila ianya akan terjadi masih lagi menjadi teka –teki didalam minda masyarakat. Bagaimana? jikalau najib masih lagi tidak yakin untuk membubarkan dun perak secara keseluruhannya kerana keputusan yang bakal terjadi akan menjadi faktor asas
yang akan menentukan survival umno dan barisan nasianol diperingkat nasional .Mungkinkah cara pemerintahan secara kudeta ini akan diteruskan sehingga pilihannraya yang ke – 13 atau mereka akan memikirkan sesuatu yang lain ,misalnya
membubarkan tigak kerusi sahaja iaitu di changkat jering ,Behrang dan Jelapang untuk mencipta momentum baru …bagi menghadapi pilihanraya yang ke -13 akan datang atau
mereka akan mengambil risiko lebih besar dengan membubarkan dun perak untuk mendapat perubahan secara keseluruhan (total turnover) rakyat kepada mereka .Bagi pakatan yang pastinya momentum yang besar ialah mengerakkan jentera pilihanraya
disetiap peringkat…kearah yang lebih agresif dan tersusun .Inilah core yang menentukan
kesinambungan sesebuah organisasi .Jadi kan situasi politik negeri ini sebagai (driven factor) faktor pendorong kepada kita untuk memantapkan organisasi dan megukuhkan ukhwah dikalangan kita,dan bukan melihat dari kaca mata yang opportunis.Semoga usaha gigih dan ikhlas pejuang-pejuang terdahulu menjadi cermin kepada diri kita sebagai generasi pewaris perjuangan. Sekian untuk ketika ini .
dari :botaman
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Jumaat, Oktober 30, 2009
PANGLIMA PERANG SIBER YANG BENGONG@ BODOH BENDUL
berikut adalah pandangan blogger sampah @ najis
Edisi Lawak : 10 Hikmah Bersolat Depan Pejabat DAP Perak Yang Mesti Anda Baca !
Ada beberapa sebab kenapa puak Pas sembahyang hajat di depan pejabat DAP
1. Kalau buat dalam masjid orang tak nampak...tak leh masuk paper...Tambah pulak kalau tengah sembahyang orang tangkap gambar. Silap-silap boleh "possing" maut punya..
2. Nak tunjuk kepada orang yang Pas ni Islam, boleh sembahyang untuk membantu si kafir memerintah.
3. Nak tunjukkan bahawa mereka berjaya mendakwah Nga and ngeh bersaudara sehingga boleh sembahyang di depan pejabat Nga and Ngeh (DAP).
4. Supaya Nik Aziz syok sebab mereka sembahyang hajat untuk kemusnahan UMNO (maklumlah Nik Aziz memang tak suka dengan UMNO sampai Timbalan Presiden Pas yang kononnya baik dengan umno pun digelar sampah)
5. Tok iman nak balas jasa DAP yang bagi kawasan balak ke?
6. Mereka takbur, sebab sejak hari itu dah buat sembahyang hajat minta Allah musnahkan BN dan UMNO tetapi alhamdulillah Allah bersama dengan pihak yang benar (UMNO semakin pulih). Jadi puak-puak Pas ni nak marah kan Allah takut syirik jadi UMNO lah dikambing hitamkan dan dimaki.
7. Mengambil iktibar sempena pemerintahan Tok Guru di Kelantan yang tidak mampu membina masjid di Kelantan. Jadi sembahyang di jalanan, mengiktiraf jasa Tok Guru yang tak mampu membina masjid di Kelantan.
8. Pas selalu kata politik tidak dapat dipisahkan dari agama. Sekarang betullah agama (sembahayang) pun dipolitikkan. Ikhlas ke sembahayang itu? Apa doa hajat itu? (doa untuk kemusnahan saudara seagama ke? dan membantu rakan tidak seagama?)
9. Sekadar gimik nak tunjuk alim. Dengar citer arah kiblat pun salah.
10. Sembahyang bukan kerana Allah tapi kerana publisiti.... Kalau kerana publisiti elok je buat di belakang pejabat DAP. Tempat sivakumar sembahayang. Tak jauh pun dari pejabat DAP itu. Dalam 500 meter je. Kalau buat di situ sesuai sangatlah PAS FOR ALL......
APA YANG ANDA BACA DIATAS ADALAH DATANG DARI BLOG SAMPAH SARAP KELUARAN UMNO@BN.
Jelaslah selama UMNO memerintah Islam masih gagal sampai kedalam sanubari ummat itu sendiri.Solat hajat pun masih nak pertikai ikhlas ke tidak!Malang dan memang kebanyakkan blog sampah ni berada dekat dengan hati penyokong mereka.Maka semakin jahil dan bodoh lah bangsa itu.UMNO masih tak tahu solat boleh dilakukan dimana-mana tempat yang jauh dari najis!Itulah hasil anak didik UMNO yang kononnya menyebarkan Islam di Malaya ni!!!lagi satu bila masa UMNO dan PAS ni bersaudara,PAS tidak boleh bersaudara dengan UMNO yang dasar perjuangannya ialah BANGSA...maknanya BANGSA itulah TUHAN UMNO....mudah bukan?
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
3
PANDANGAN
TUAN GURU NIK AZIZ PUAS HATI KEPUTUSAN MESYUARAT
Tuan Guru Mursyidul Am PAS puas hati dengan perjalanan mesyuarat dan keputusan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas malam semalam. Beliau menjawab soalan wartawan dalam satu majlis di Bachok pagi tadi. Beliau menyatakan juga walaupun cadangan beliau supaya diadakan EGM, namun beliau tetap berpuas hati dengan Seminar Khas yang akan diadakan 7 November ini sebagai ganti EGM, beliau juga menyarankan dalam mesyuarat supaya Prof. Dr Abdul Aziz Bari turut dijemput membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut.
Beliau menjelaskan ringkas, dalam mesyuarat tersebut semua pihak berlapang dada dengan menerima teguran, beliau juga menerima teguran, Dr. Hasan Ali juga diberi teguran, semua pimpinan lain juga menerima teguran.
Dengan jawapan ini, semua tohmahan yang mengatakan Tok Guru tidak puas hati dengan mesyuarat adalah tidak benar, beliau pulang awal sebelum habis mesyuarat kerana faktor kesihatan.
-ANAK SENGAT
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
RAPATKAN SAF PERJUANGAN-Nasrudin Hassan at Tantawi
1. Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan lengah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas .
2. Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu banyak sudut yang boleh kita bersama .
3. Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]
4. Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .
5. Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .
6. Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi . Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .
7. Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .
8. Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .
9. Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan . Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .
10. Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang . Ayuh , kita hadapi musuh tanpa ragu !
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
KETAATAN KEPADA PIMPINAN MUKMIN
Dalam dua-tiga hari ini,terlalu banyak digambarkan tentang PAS dan UMNO.Tidak menghairankan,inilah parti-parti terbesar melayu dalam negara.Perbezaannya?PAS atas dasar Islam dan UMNO dengan dasar kebangsaan melayu.Pas yang hidup subur dengan sifat kebenarannya iaitu Islam,manakala UMNO dengan kebathilannya iaitu bangsa Islam liberal.Mengapa PAS beriya-iya benar sebenarnya menolak UMNO serta barisan bangsanya?Tidak lain dan tidak bukan kerana kebiadaban UMNO dalam menegakkan kononnya syiar Islam.Mengapa bencinya PAS pada UMNO ini?tidak lain dan tidak bukan kerana perangai dan sifat UMNO itu sendiri,sanggup mengorbankan agama untuk bangsa...sanggup meminggirkan pemerintahan Kelantan hanya kerana perbezaan POLITIK.UMNO juga sanggup melanggar undang-undang yang mereka cipta(sebenarnya dari Inggeris),semata-mata mahu memerintah negeri Perak.Kita jangan lupa bagaimana Dr. Burhanuddin Helmi yang ditahan dan didera dalam tahanan ISA.PAS tidak lupa bagaimana berlakunya operasi lalang.Banyak lagi kezaliman yang dilakukan UMNO yang tidak dapat dihuraikan panjang lebar...
Jadi,apakah PAS bersalah apabila menolak gabungan dengan UMNO?Tok Guru Nik Aziz telah banyak kali berhujjah,sekiranya UMNO mahu bergabung dengan PAS,mereka perlulah mengambil Islam itu sebagai dasar perjuangannya.Sayangnya UMNO tidak berminat dengan dasar Islam.Maka kembalilah PAS berjuang sendirian berjuang menegakkan Islam bersama-sama rakan PR yang lain.Sangat keras tegasan dari Tok Guru,sehinggakan terpaksa menongkah arus dengan pandangan beberapa pimpinan PAS.
Bagi kita sebagai ummat Islam,mana-mana organisasi yang sanggup melaksanakan Islam seluruhnya dan tidak memilih-milih hukum,maka wajib kita sebagai orang yang mengaku Islam berjuang bersama-sama organisasi itu.Tidak kiralah siapa yang mahu menegakkan Islam.Dalam hal yang begini,PAS adalah lebih dominan.UMNO ternyata gagal sepanjang 50 tahun ini memerintah mengikut landasan Islam.Mereka hanya mampu berdakwah sambil lewa dan seumpama melepaskan batuk ditangga.begitu mengecewakan....PM 1 malaysia pun tak boleh nak tarbiah anak bini sendiri...apatah lagi satu Malaysia.
Pemuda Pas Parit tetap dengan pendirian menyokong apa yang terbaik kepada gerakan Islam.Sama ada Nik Aziz Atau Hadi,kedua-duanya mempunyai pandangan peribadi sendiri.Cuma kita berharap.jangan disebabkan sedikit perbezaan pendapat dikalangan pimpinan tertinggi,kita yang dibawah ini pula menghukum seolah-olah pimpinan itu dari kalangan munafiq dan fasiq...tegurlah dengan cara terhemat dan baik budi bahasa sesama mukmin dan pejuang Islam.Kita diajar menyayangi setiap pimpinan yang sudah tentu mukmin dan mereka semua bukan baru dlm menongkah arus menolak kebiadaban UMNO pada Islam.Pendirian dan istiqomah....semoga Allah membuka jalan dipermudahkan urusan.
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Khamis, Oktober 29, 2009
7 JENIS WAJAH DALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang tanpa ada alasan yang kukuh.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
DARI SERBANHIJAU.BLOGSPOT.COM
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
2
PANDANGAN
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH S.W.T
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, diantaranya :
1. Orang yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang yang melarikan diri.
5. Orang yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Rabu, Oktober 28, 2009
DULU PERSIDANGAN BAWAH POKOK,KINI PERSIDANGAN POLIS UMNO MALAYSIA
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Selasa, Oktober 27, 2009
UMNO BANGKIT ISU KERAJAAN PERPADUAN /EGM SATU TEGURAN DARI TOK GURU
Seperti yang kita semua maklum idea penubuhan kerajaan perpaduan telah cuba diserap oleh umno ke dalam Pas sejak bermulanya usaha untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan diperak .Mereka telah berusaha dengan berbagai-bagai cara termasuk untuk cuba merasuah adun-adun pakatan dari awal lagi hatta sebelum tertubuhnya sebuah kerajaan baru di perak . Keujudan Kerajaan Baru yang berkomposisikan pelbagai kaum dan parti yang dinamakan Pakatan Rakyat ini telah menafikan bahawa Barisan Nasional sahaja yang mampu membentuk satu kerajaan yang terdiri daripada pelbagai kaum ( unity in diversity ) iaitu penyatuan didalam kepelbagaian . Untuk menghapuskan saingan mereka , agenda kerajaan Perpaduan telah diperkenalkan konon
Kerajaan negeri Perak Yang harus bentuk mestilah terdiri dari umno dan pas dengan alasan untuk
‘menyelamatkan survival org melayu dan islam .Antara usaha mereka ,ialah menghantar wakil kekelantan(mufti Perak dihantar untuk berunding dengan tok guru Nik Abdul Aziz ) untuk membincangkan gagasan baru ini. Bagaimana Umno Yang Korup itu mahu membincangkan masa depan islam sedangkan selama ini merekalah yang menaja program-program yan g merosokkan islam dan umatnya .akhir nya sebuah Kerajaan Baru yang mempunyai visi baru untuk masyarakat
telah Berjaya dibentuk . Sebuah Kerajaan Baru yang menbawa pemimpin-pemimpin yang berimej baru(berkarisma dan tidak korupsi) yang dilihat betul-betul telah Berjaya mengubah perpepsi masyarakat tentang politik bernegara dan islam itu sendiri .
Keujudan kerajaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja ,semakin lama pengaruh barisan nasional semakin terhapus mereka takut pengaruh pakatan menjadi semakin kuat dan menular
kenegeri-negeri yang masih mereka kuasai ,untuk itu bermulalah episod cubaan rampasan kuasa
yang akhir telah Berjaya dengan membeli tiga adun pakatan rakyat.
Kni isu kerjsama dan kerajaan Perpaduan cuba dimainkan semula ditengah-tengah krisis politik perak betul-betul sampai kepada kemuncaknya menjelang persidangan dun 28 haribulan ini.
Beberapa pihak telah membuat kajian apabila isu ini dimainkan sudah ada pergerakkan pengundi bukan melayu untuk cenderung memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Pengundi –Pengundi cina khususnya mahu melihat (political stance )pendirian politik pas itu sendiri dan bukannya dengan mempamerkan keaadaan yang tidak konsisten ,.
Kenyataan Tok Guru tentang EGM itu merupakan sesuatu yang mereka tunggu-tunggu ,dan kebanyakkan dari mereka amat memuji dan menghormati pendirian Tok Guru yang dilihat begitu konsisten dan teguh dalam menongkah arus politik Negara yang semakin bergerak deras. Kenyataan Tok Guru agar diadakan EGM itu harus lah di lihat sebagai satu teguran kepada kita semua ,umpama teguran bapa kepada seorang anak semata untuk kepentingan anak –anak nya sendiri .
Kita perlu melihat isu Kerajaan Perpaduan ini sebagai satu taktik umno untuk mnyerang terus ke teras pas itu sendiri (attacking to the core) yang mampu melumpuhkan pas kalau tidak cepat ditangani secara bijaksana.Serangan ini bukan lagi serangan yang dihalakan kepada pimpinan pas sahaja tetapi terus kearah teras yang menjadi nyawa kepada pas itu sendiri .
Inilah cabaran yang terpaksa kita hadapi serangan inteluktual ,pertembungan idea didalam era
baru dimana cabarana kuasa maklumat adalah faktor dominan yang menentukan kemenangan.Didalam dunia persaingan inteluktual sifat agresif dan tidak statik itu dilihat sebagai
penentu kepada segala-galanya termasuk dalam politk itu sendiri ,tetapi harus diingat didalam politik islam sesuatu yang principal dan fundamental itu tidak boleh dijual beli dan harus dipertahankan dengan apa cara sekalipun.Tidak harus timbul soal modernist leader atau trasdisional leader kerana dalam islam soal prinsip dan fundamental itu merupakan sesuatu yang dominant,yang haram tetap haram ,yang halal tetap halal ,yang assobiyah (nasionalis) tetap
assobiyah mana mungkin kita punya prisip yang sama, dan mana mungkin umno boleh bersekutu dengan pas .
justeru janganlah kita tertipu dengan muslihat dan taktik musuh yang senantiasa mencari ruang
untuk memusnahkan kita ,ingat perjuangan ini bukan lah sesuatu yang mudah , kerana hanya keikhlasan sahaja yang akan memberi manafaat kepada kita dan itulah yang dinilai oleh allah s.w.t.
dari :botaman
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Isnin, Oktober 26, 2009
KALAU ANDA PEROKOK YANG HEBAT,SILA BERHENTI MEROKOK!LU PIKIR LA SENDIRI!
Islam sebenarnya semakin lemah di tanah Malaysia.Mengapa aku mengatakan begitu?Hari ini aku ingin menyelongkar sedikit kisah 'kaki rokok'.Ape kaitannya dengan apa yang aku nak paparkan?Itulah yang menjadi 'topik besar'.
Sebagaimana kita tahu,setiap tahun bilangan perokok semakin bertambah,bukan makin berkurang.Di Malaysia,merokok itu sudah menjadi satu keperluan sama seperti makanan bagi si perokok.Setiap batang rokok sebenarnya tidak langsung memberi faedah kecuali yang aku tahu hanya untuk mengeluarkan asap-asap dari mulut sama seperti kisah legenda naga,cuma api sahaja yang belum keluar apabila merokok.Kalaulah boleh keluar api,hah...ramai le yang akan rentung nanti.Berbalik kepada amalan merokok.Adakah ianya baik?jika ianya baik,tentulah kita akan berikan rokok pada bayi-bayi kita.Tapi ternyata,merokok adalah malan merugikan.Yang merokok tu pun bukannya tidak tahu...tetapi inilah yang dinamakan bodoh sombong.Sudah le bodoh,sombong pulak tu...nak jawab apa dengan Allah nanti?Merokok bukan dosa kecil ataupun makruh ke...tapi sudah sampai satu tahap haramjadah!Apa tak haramjadahnya,apakah semasa korang hisab roko tu,korang pikir tentang sumbangan korang pada pengukuhan sektor kewangan,perindustrian dan sektor pertahanan bagi negara 'Haramjadah Yahudi' iaitu Israel?Takkan lah beku sangat otak korang bila hisab rokok tu?benda asas macam ni pun korang buat tak reti je?yang tu nak berdepan dengan Allah macam mana?
Nampak simple kan?Tapi hakikatnya inila yang melemahkan Islam di Malaysia.Ingat lah wahai orang-orang yang merokok,Hammas melatih tentera bukan dari kalangan perokok...mana mungkin seorang perokok boleh diletakkan sama saf dengan pejuang/mujahidin .Nampak keliru?yang keliru tu korang yang merokok.tapi pelik kan?bagaimana orang yang merokok boleh duduk dalam saf pejuang?malah paling terkedepan juga kadang-kadang tu.Bagi aku,sebenarnya Allah masih memberi peluang pada orang-orang yang merokok untuk meninggalkannya.Susah ke nak tinggalkan tabiat merokok ni?Ape yang susahnya,kalau korang hisap rokok,kemudian pikir semula...setiap batang untuk membunuh rakyat palestin..lama-lama korang mesti tinggal punya...lu pikir la sendiri...sambil tu tawakkal le pada Allah.
Ingat!!!sekecil-kecil zarrah pun Allah kira sumbangan korang pada yahudi dan zionis....selamat mencuba...
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
1 PANDANGAN
Ahad, Oktober 25, 2009
UMNO CUMA AKAN BUBARKAN 3 DUN ?
SEJAK BERLAKUNYA RAMPASAN KUASA DI NEGERI PERAK BERBAGAI PERISTIWA TELAH BERLAKU .BERMULA DENGAN PERSIDANGAN DUN YANG TERPAKSA DILAKUKAN DI BAWAH POKOK HINGGA DEMONSTRASI
DI MASJID UBUDIAH ,MENGAMIT BERBAGAI PIHAK UNTUK MEMBUAT PELBAGAI SPEKULASI TENTANG MASA DEPAN NEGERI PERAK PERAK KHASNYA DAN NEGARA UMUMNYA.
RAMAI YANG MELIHAT PERMAINAN POLITIK YANG DIMAINKAN OLEH NAJIB MERUPAKAN PERMAINAN YANG CUKUP BERBAHAYA . BUKAN SAHAJA PERISTIWA RAMAPASAN KUASA ITU ,MERUPAKAN SESUATU YANG TELAH MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN TETAPI TELAH MENGHERET INSTUTUSI RAJA KEDALAM KONFLIK KEDALAM KONFLIK POLITIK NEGERI PERAK . PERKARA INI TELAH MENIMBULKAN KETIDAKSTABILAN DALAM NEGARA DIMANA PERLEMBAGAAN YANG ADA SEPATUTNYA MENJADI MAKANISMA YANG MENGAWAL STRUKTUR PENTABIRAN SESEBUAH NEGERI ITU SUDAH DILIHAT HILANG KEUPAYAANYA APABILA IANYA TIDAK LAGI DIHORMATI DAN DIGUNA PAKAI DEMI UNTUK MENGEKALKAN KUASA POLITIK PIHAK TERTENTU .JUSTERU MEMPERTAHANKAN TINDAKAN HARAM MERAMPAS KERAJAAN NEGERI INI MESTI DILIHAT SEBAGAI SUATU YANG DITERIMA OLEH RAKYAT.BN TIDAK BERKEUPAYAAN UNTUK KEHILANGAN NEGERI INI SEKALI LAGI DITANGAN PAKATAN . ADA BANYAK FAKTA MENYATAKAN MEREKA CUMA AKAN MEMBUBARKAN TIGA DUN SAHAJA IAITU DICHANKAT JERING,BEHRANG DAN JELAPANG. PERTAMA ,BERLAKUNYA PERTAMBAHAN PENGUNDI YANG LUAR BIASA DI KETIGA-TIGA DUN . KEDUA, JIKA TIGA DUN SAHAJA YANG DIBUBARKAN BN MASIH LAGI DAPAT MENGEKALKAN KEMENANGAN MEREKA DIKESEMUA 28 DUN YANG MEREKA MENANGI DALAM PILHANRAYA YANG LEPAS. DENGAN KAPASITI POLITIK YANG ADA MEREKA TIDAK MAMPU MENGHADAPI PILIHANRAYA NEGERI SECARA KESELURUHANNYA.DENGAN CARA ITU MEREKA DAPAT MENUMPUKAN SEGALA SUMBER UNTUK DITUMPUKAN KEPADA KETIGA-TIGA DUN TERSEBUT . DENGAN CARA INI JUGA PELUANG MEREKA UNTUK MENGEKALKAN KUASA DI PERAK ADALAH DILIHAT LEBIH CERAH SEBELUM KETIBAAN PILIHANRAYA UMUM YANG KE-13.
NAJIB DENGAN SATU MALAYSIA ITU IALAH REBRANDING BARU UNTUK UMNO DAN BARISAAN NASIONAL MEMERLUKAN LEBIH BANYAK MASA UNTUK CUBA MENDAPATKAN KEMBALI KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP MEREKA .KITA TIDAK MENOLAK UNTUK MENDAPATKAN MOMENTUM YANG LEBIH BESAR MEREKA PERLU MEMBUBARKAN KESELURUHAN DUN NEGERI PERAK . PERSOALANYA SEJAUH MANAKAH KEYAKINAN NAJIB DAN BARISAN NASIONAL TENTANG APA TELAH MERAKA LAKUKAN UNTUK MEMENANGI HATI RAKYAT CUKUPKAN SEKADAR PROGRAM SATU MALAYSIA YANG DILANCARKAN DI IPOH UNTUK DIJADIKAN PENANDA ARAS SOKONGAN RAKYAT, SEDANGKAN KITA SEMUA TAHU KEHADIRAN MEREKA ADALAH DIBAYAR DAN DIBAYANGI PENGUNDI-PENGUNDI TRADISI UMNO SAHAJA SEDANGKAN TIDAK KELIHATAN PENGLIBATAN KAUM LAIN SECARA AKTIF ?JIKA FAKTOR INI DIAMBIL KIRA,NAJIB TIDAK AKAN BERANI MENGAMBIL RISIKO YANG BESAR UNTUK BERHADAPAN DENGAN PILIHANRAYA YANG LEBIH BESAR KITA PERCAYA BELIAU AKAN MEMILIH UNTUK MEMBUBARKAN 3 DUN SAHAJA .
BARISAN NASIONAL DILHAT MEMPUNYAI 3 PILHAN ,PERTAMA MEMBUBARKAN 3 KERUSI DUN SAHAJA ‘SECURE’28 KERUSI LAGI, KEDUA MEMBUBARKAN KESELURUHAN DUN PERAK UNTUK DIJADIKAN MOMENTUM PILIHANRAYA KE -13 DAN YANG KETIGA
TERUS BERSIKAP SAMSENG SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH YB HJ NIZAR YANG SUDAH PASTI MENCETUS SUASANA POLITIK YANG LEBIH KRONIK DAN TIDAK DAPAT DIBACA
PADA MASA DEPAN ? MUNGKIN MENJADI SATU TAJUK YANG HARUS KITA ANALISIS –DARI DEMOKRASI KE KUKU BESI DAN REVOLUSI..
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
1 PANDANGAN
Langgan:
Catatan (Atom)