"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Sabtu, Oktober 31, 2009

NAJIB CUBA CIPTA MOMENTUM DI PERAK UNTUK PRU KE 13






Sidang dun 28 hb yang lepas cuma diadakan untuk meluluskan bajet haram kerajaan negeri perak yang yang haram untuk tahun 2010.mungkin itu perkataaan yang sesuai
untuk dungkapkan kerana siapa Mb sebenar masih lagi belum diputuskan oleh mahkamah persekutuan yang akan bersidang pada 5 november yang akan datang.
Kehadiran adun-adun pakatan rakyat disidang tersebut merupakan satu perlaksanaan tanggunjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat perak bagi menunjukkan (resitance) tentangan yang berterusan terhadap satu adaptasi politik songsang yang terlalu sesat dengan amalan demokrasi sebenar.
Kehadiran mereka di bangunan suk disambut dengan ratusan pegawai keselamatan
seolah –olah adun –adun ini merupakan penjenayah-penjenayah yang berbahaya dan memerlukan kawalan serius , sedangkan mereka sebagai ahli-ahli dewan undangan negeri perak sepatutnya mempunyai hak untuk memasuki kedalam dewan tanpa digangu dan disekat oleh pihak polis(berlakunya drama mengkasari adun-adun pakatan rakyat diruang meletak kerata menyaksikan sivakumar dicekik jubah dan songkoknya dirampas oleh pihak polis secara paksa) .
Kelulusaan bajet 2010 itu dilihat bagi kebanyakkan pemerhati politik , adalah sebahagian daripada persiapan kewangan untuk menghadapi pilihan raya dun perak yang dijangka berlaku dalam tempoh masa terdekat .Sumber sumber kewangan ini akan digunakan untuk projek-projek pembangunan yang bersifat sogokkan kepada pengundi ,satu tradisi yang telah lama ditanam didalam minda masyarakat, khususnya melayu, Umno dilihat mengguanakan pendekatan untuk mengekal pengundi tradisi mereka(traditional voters)
dikalangan masyarakat melayu ,sesuatu yang tidak lagi memadai bagi mereka kerana mereka menghadapi keadaaan kesan terbalik ( reverse effect ) ,sebagai contoh dun yang dimenangi oleh sivakumar merupakan kerusi yang baru diwujudkan dalam piliharaya yang ke 12 lepas ,kerusi yang mempunyai dominasi bukan pengundi melayu .Kerusi yang bukan dominsi pengundi melayu secara dasarnya sebelum ini pasti menjadi milik umno dan barisan Nasional kecuali dibeberapa kawasan yang menjadi tradisi kepada Dap
Nampaknya keris itu telah menikan tuannya sendiri – mungkin keris itu harus mempunyai sarungnya. Berdasakarkan sejarah kawasan majority melayu seperti parlimen parit , bn pernah tewas sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1969 dan 1999 tetapi yang menjadi masalah besar kepada bn ialah apabila berlakunya (political transaction ) dikalangan kaum India dan cina pada pilihanraya lepas melalui undi taktikal (tactical votes) dan yang paling dikhuatiri oleh umno/bn berlaku tranformasi daripada undi taktikal kepada undi strategik(strategik votes)
Bermula dengan Pelancaran Satu Malaysia distadium perak ,penglibatan kaum bukan melayu adalah dilihat tidak aktif yang ada cuma dihadiri oleh mereka yang mendapat habuan serendah rm sepuluh ringgit, jelas sekali mereka adalah sesuatu yang tipikal kepada umno (typical voters-sudah tentu mereka ini dikalangan orang melayu kampong yang kurang pengetahuan dan Maklumat) ,ianya satu fakta yang mereka terpaksa hadapi dan menjadi bebanan yang agak berat kepada Najib dan barisan nasional untuk memulakan satu momentum ..(bagi menghadapi pilihanraya dun dan Pru –ke 13)
Dua hari sebelum sidang dun perak , telah berlaku satu tragedi dikuala dipang dimana beberapa orang murid yang telah menyertai Perkhemahan Satu Malaysia telah mati lemas didalam sungai Kampar apabila jambatan gantung yang baru saja siap dibina tiba-tiba saja runtuh .Ini telah memberikan tamparan yang agak besar kepada political branding najib yang dinamakan satu Malaysia itu kerana telah melibatkan kematian tiga orang murid dikalangan kaum india,kalau kematian kugan masih lagi menghantui scenario politik dikalangan kaum india kematian tiga orang murid ini sudah pasti akan memberikan satu gerakan politik didalam masyarakat india itu sendiri dan jika isu ini dimainkan dengan betul sudah pasti ianya akan memberi impak yang lebih besar kerana ianya bukan sahaja satu tragedi tetapi melibatkan soal integriti kementerian Pendidikan yang dilihat telah terjerumus kedalam kancah politik kroni dan rasuah .Kalau dilakukan siasatan sudah pasti akan diketahui penglibatan individu-induvidu tertentu didalam PPD daerah yang telah memberikan kontrak pembinaan kepada syarikat-syarikat tertentu yang percayai merupakan syarikat kroni atau syarikat proksi kerana pemberian kontrak dilakukan secara rundingan terus(negotiation) dan bukan melalui tender .Inilah kesannya bila kronisme terlalu bermaharajalela. Peristiwa ini bukanlah yang pertama, sebelum ini bangunan bernilai 45 juta yang dibina ditasik banding telah runtuh dengan tiba-tiba , tetapi kali ini ianya lebih serius kerana melibatkan nyawa.
Najib dan Barisan nasional kelihatan ketandusan isu dan idea ,sebulum ini mereka cuba memainkan isu kerajaan perpaduan dengan harapan dengan berlaku gerakan berterusan dikalangan bukan melayu untuk kembali menyokong meraka tetapi isu telah dipatahkan oleh tok guru Nik Abdul Aziz apabila beliau mencadangkan agar dilaksanakan egm dan isu ini telah pun selesai apabila keputusan telah dibuat didalam mesyuarat khas yang diadakan pada 28/10 –yang lepas.
Komposisi kaum diperak merupakan cabaran yang besar kepada barisaan nasional ,sokongan kaum bukan melayu dilihat menjadi asas kepada mereka untuk membubarkan dun perak ,Kempen satu Malaysia dilihat di negeri perak kelihatan agak lesu ,umno dan barisan nasional memerlukan ruang dan masa untuk cuba mengikat sokongan rakyat kepada , bukan sahaja mereka harus memikirkan survival mereka di perak tetapi juga diperingkat faderal .Untuk itu mereka perlu mencipta momentum yang berterusan sehingga ke Pru –ke 13 .Bagi pakatan peluang ini harus direbut bagi mendekati rakyat ,menerangkan dan memberikan kefahaman tentang halatuju politik Negara.Pakatan rakyat dilihat telah cuba untuk memobilisasi kempen bubar dun ini sekian lama , tetapi perlu dingat umno/bn telah mula menyusup ke kampong- kampong dengan memberikan pelbagai sogokkan kepada rakyat dan pakatan harus bergerak sama pantas dengan mereka –kerana disetiap peringkat tahap kompetasinya perlu sama(competition level ) bagi menjamin tahap persaingan yang sama rata..
Berbagai pihak telah menbuat andaian tentang pembubaran dun perak ,persoalan bila ianya akan terjadi masih lagi menjadi teka –teki didalam minda masyarakat. Bagaimana? jikalau najib masih lagi tidak yakin untuk membubarkan dun perak secara keseluruhannya kerana keputusan yang bakal terjadi akan menjadi faktor asas
yang akan menentukan survival umno dan barisan nasianol diperingkat nasional .Mungkinkah cara pemerintahan secara kudeta ini akan diteruskan sehingga pilihannraya yang ke – 13 atau mereka akan memikirkan sesuatu yang lain ,misalnya
membubarkan tigak kerusi sahaja iaitu di changkat jering ,Behrang dan Jelapang untuk mencipta momentum baru …bagi menghadapi pilihanraya yang ke -13 akan datang atau
mereka akan mengambil risiko lebih besar dengan membubarkan dun perak untuk mendapat perubahan secara keseluruhan (total turnover) rakyat kepada mereka .Bagi pakatan yang pastinya momentum yang besar ialah mengerakkan jentera pilihanraya
disetiap peringkat…kearah yang lebih agresif dan tersusun .Inilah core yang menentukan
kesinambungan sesebuah organisasi .Jadi kan situasi politik negeri ini sebagai (driven factor) faktor pendorong kepada kita untuk memantapkan organisasi dan megukuhkan ukhwah dikalangan kita,dan bukan melihat dari kaca mata yang opportunis.Semoga usaha gigih dan ikhlas pejuang-pejuang terdahulu menjadi cermin kepada diri kita sebagai generasi pewaris perjuangan. Sekian untuk ketika ini .


dari :botaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!