Rabu, Oktober 21, 2009
LAGI RUNGUTAN RON 95
Pada keluaran yang lalu ,aku telah memperkatakan tentang masalah yang sudah mula timbul apabila minyak ron 95 kerap digunakan.Berikut adalah pandangan orang ramai yang terdiri dari pelbagai aspek pekerjaan.Semoga sedikit pandangan dari mereka dapat menjadi panduan untuk kita supaya lebih sensitif akan kenderaan kita.
"Semenjak saya gunakan minyak baru ni,saya dapati enjin sedikit baebau minyak seolah-olah tidak terbakar.Dulu saya tak hadapi masalh macam ni,takkan gunakan kereta 4 tahun dah problem kut,bukan kereta biasa yop....Vios ni....last-last saya guna minyak hijau je...nanti asyik fikir nak jimat minyak,kereta pulak yang tenat...oklah ye.."
EN. SAMAT IDRUS
"Ntah le yop,aku tak kisah sebab ini bukan keta aku,lagi pun minyak kuning ke hijau ke...dua dua boleh bakar udoh le...."
EN. ROY
"Saya rasa minyak ron 95 ni perlu dikaji semual keberkesanannya pada alam sekitar...kalau kereta yang hebat pun jadi sakit-sakit selalu,apatah lagi orang....minggu lepas saja saya kene cuci karburator sebab banyak keladak,kata tokey tu le...terbang RM150.Tu sapa nak ganti tu...?tak ke guna duit sendiri...lepas ni saya nak guna minyak hijau...lagipun saya memang suka hijau....saya orang Pas..Yop orang PAS ke?"
EN. RIDUAN MUHAMMAD
"Bagi saya,hijau ke kuning ke,yang penting boleh jalan...ape nak pening-pening...besok kalau rosak,tukar le apa yang patut..dengan sekali kerajaan-kerajaan kita tukar...hahhaaaa..."
EN. SUFIAN YUSOP
"tau takpa!"
EN.ALI RAHIM
"Minyak ni bagus lah....bukan saja mebakar dengan baik semasa dihidupkan,apa yang menarik...boleh membakar sekali dengan kereta-kereta....tu pasal banyak kereta terbakar kalau kemalangan....bahaya wooo"
CIK SHIRA
"Saya sebagai pomen ha...talak rekomen ini minyak sama kasteme...itu kelajaan ha,sudah tipu sama lakyat...ini macam talak baik...kita mau cakap...misti ada selupa itu nik aliz.tau itu nik aliz...itu MB Kelantan....saya mesti keciwa sebab ini minyak sudah banyak kasi saya untung,tapi itu kasteme sudah hantam sama saya..apa salah saya?"
EN. LONG KA LIM
Itulah sebahagian dari ulasan pengguna kenderaan bermotor.Semoga ianya sedikit sebanyak dapat menjana minda kita agar lebih prihatin akan kemampuan dan keikhlasan kerajaan Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum
BalasPadamTeringin saya memberi sedikit ulasan mengenai topik ini. Alhamdulilah Allah telah mengurniakan sedikit ilmu dalam bidang ini.
RON bermaksud Research Octane Number, RON ini adalah skala yang di gunakan untuk mengukur keupayaan minyak melawan hentaman 'knock' enjin. Ia berdasarkan tahap tertinggi RON pada minyak iaitu RON100 iaitu isooctane (2,2,4 trimethylpentane) dan tahap terendah ialah RON 0 iaitu heptane.Jadi bagi RON 95, kandongan isooctanenya 95 dan heptanenya 5. Proses pemisahan tahap RON ini berlaku di kilang penapis dan istilah prosesnya ialah 'fractional distillition' berdasarkan perbezaan titik didih.
Proses pembakaran berlaku pada keenderaan 'injin pembakaran dalam', secara umumnya pembakaran didalam berlaku dengan campuran minyak dan udara,lazimnya pembakaran tidak akan sempurna 100% dan akan terjadi "knock'. Taraf pengurangan knock adalah bergantung kepada design injin tersebut berdasarkan julat RON yang dispeksifikasikan kepada injin tersebut.Pengunaan RON tinggi akan mengurangkan tahap knock pada injin.Jadi kalau RON 97 ia mempunyai kuasa pengurangan knocknya adalah lebih baik dari RON 95.
Mengikut standard piawaan eropah dan jepun, RON yang terendah yang mengikut piawaan antarabangsa adalah RON 91 dan tertinggi RON 100. Ini bermakna setiap keenderaan, boleh menggunakkan RON91, tetapi tahap pembakaran tak secekap RON yang lebih tinggi dan RON91 adalah sesuai untuk keenderaan biasa,saperti van atau keenderaan enjintua yang dikategorikan low performance. RON yang tinggi adalah dispesifikasikan kepada injin 'high performance, yang mermerlukan kuasa dan kelajuan.
Bagi RON 95, hampir semua kereta samaada di import atau pemasangan didalam negeri adalah dispesifikasikan kepada RON 95. Ini termasuklah kereta yang berjenama BMW ataupun Mercedes, kecuali kereta saperti Ferrari ataupun Lamborghini yang di'prefer' mengunakan RON97 tapi masih boleh pakai RON 95. Walaubagaimanapun kalau sesiapa yang membeli kereta baru khususnya imported dari Jepun, bacalah manualnya dan lihat apakah spesifikasi minyak yang tertera, kadang kadang jepun ni deme lain sikit.
Bagi saya RON 95 tak ada masaalah langsung, kalau ada masa bacalah buku mengenai RON 95, sebelum kita membuat berbagai andaian.
P/S: Maaf kerana penulis kurang arif dalam penghuraian topik ini kedalam bahasa kebangsaan.
Wer Lob Bek
Telok Bakong
ADA PERBEZAAN FAKTA DAN REALITI....SUSAH NAK CAKAP YOP...TAPI RAMAI POMEN DAH TAU HAL NI....FIKIR LE SENDIRI...
BalasPadamYOB, POMEN TU CINA, ITU ALASAN PALING BAIK NAK MEMBURUKKAN KERAJAAN ATAU PUN MEREKA MEMANG TAK TAU PUNCA KEROSAKAN.iTU SEBAB TEMAN SURUH MIKE BACA BUKU JANGAN DENGOR CAKAP POMEN.
BalasPadamWER LOB
hahaahahah...sorry le yob..teman bukan dengor cakap...teman bukan ade kenal pomen cine,ate melayu punye pomen pun ramai...yob...yob...
BalasPadam