"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Oktober 30, 2009

KETAATAN KEPADA PIMPINAN MUKMIN



Dalam dua-tiga hari ini,terlalu banyak digambarkan tentang PAS dan UMNO.Tidak menghairankan,inilah parti-parti terbesar melayu dalam negara.Perbezaannya?PAS atas dasar Islam dan UMNO dengan dasar kebangsaan melayu.Pas yang hidup subur dengan sifat kebenarannya iaitu Islam,manakala UMNO dengan kebathilannya iaitu bangsa Islam liberal.Mengapa PAS beriya-iya benar sebenarnya menolak UMNO serta barisan bangsanya?Tidak lain dan tidak bukan kerana kebiadaban UMNO dalam menegakkan kononnya syiar Islam.Mengapa bencinya PAS pada UMNO ini?tidak lain dan tidak bukan kerana perangai dan sifat UMNO itu sendiri,sanggup mengorbankan agama untuk bangsa...sanggup meminggirkan pemerintahan Kelantan hanya kerana perbezaan POLITIK.UMNO juga sanggup melanggar undang-undang yang mereka cipta(sebenarnya dari Inggeris),semata-mata mahu memerintah negeri Perak.Kita jangan lupa bagaimana Dr. Burhanuddin Helmi yang ditahan dan didera dalam tahanan ISA.PAS tidak lupa bagaimana berlakunya operasi lalang.Banyak lagi kezaliman yang dilakukan UMNO yang tidak dapat dihuraikan panjang lebar...
Jadi,apakah PAS bersalah apabila menolak gabungan dengan UMNO?Tok Guru Nik Aziz telah banyak kali berhujjah,sekiranya UMNO mahu bergabung dengan PAS,mereka perlulah mengambil Islam itu sebagai dasar perjuangannya.Sayangnya UMNO tidak berminat dengan dasar Islam.Maka kembalilah PAS berjuang sendirian berjuang menegakkan Islam bersama-sama rakan PR yang lain.Sangat keras tegasan dari Tok Guru,sehinggakan terpaksa menongkah arus dengan pandangan beberapa pimpinan PAS.
Bagi kita sebagai ummat Islam,mana-mana organisasi yang sanggup melaksanakan Islam seluruhnya dan tidak memilih-milih hukum,maka wajib kita sebagai orang yang mengaku Islam berjuang bersama-sama organisasi itu.Tidak kiralah siapa yang mahu menegakkan Islam.Dalam hal yang begini,PAS adalah lebih dominan.UMNO ternyata gagal sepanjang 50 tahun ini memerintah mengikut landasan Islam.Mereka hanya mampu berdakwah sambil lewa dan seumpama melepaskan batuk ditangga.begitu mengecewakan....PM 1 malaysia pun tak boleh nak tarbiah anak bini sendiri...apatah lagi satu Malaysia.
Pemuda Pas Parit tetap dengan pendirian menyokong apa yang terbaik kepada gerakan Islam.Sama ada Nik Aziz Atau Hadi,kedua-duanya mempunyai pandangan peribadi sendiri.Cuma kita berharap.jangan disebabkan sedikit perbezaan pendapat dikalangan pimpinan tertinggi,kita yang dibawah ini pula menghukum seolah-olah pimpinan itu dari kalangan munafiq dan fasiq...tegurlah dengan cara terhemat dan baik budi bahasa sesama mukmin dan pejuang Islam.Kita diajar menyayangi setiap pimpinan yang sudah tentu mukmin dan mereka semua bukan baru dlm menongkah arus menolak kebiadaban UMNO pada Islam.Pendirian dan istiqomah....semoga Allah membuka jalan dipermudahkan urusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!