"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Oktober 25, 2009

SERANG UMNO DENGAN KEBENARAN ISLAM


Sebenarnya kelemahan UMNO ialah Islam,disitulah tempat yang sesuai untuk menyerang.Selama ini kita hanya sibuk menyerang UMNO dari segi material kebendaan.Bukannya PAS tidak tahu akan hal ini,tetapi mungkin terikut-ikut dengan sentimen material seumpama ini,ternyata UMNO sudah boleh sedikit mengambil nafas tenang.PAS umumnya tahu UMNO tidak melaksanakan dasar ISLAM seumpama akidah ahli sunnah waljamaah.UMNO sudah menyimpang jauh keluar dari ISLAM.Mengambil Islam secara minima itu bukan tiket untuk mengatakan mereka sudah mengamalkan ISLAM semampunya.Lebih-lebih lagi UMNO bukan diperintah,mereka MEMERINTAH.Kuasa Memerintah ini adalah penentu kepada keupayaan organisasi dalam pimpinan itu samada menerima ISLAM atau pun cukup sekadar 'tangkap muat'.UMNO dilahirkan atas kesedaran bangsa yang mensabotaj Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM).UMNO adalah lahir dari kerajaan British yang pernah memerintah negara ini.Dalam kepala UMNO itu sendiri,mereka hanya diserapkan pemahaman agama itu tidak boleh dicampur dengan politik...padahal,ISLAM itu dapat ditegakkan dengan POLITIK DAN JIHAD.Mana mungkin PAS dapat memerintah Malaysia hanya sekadar mengamalkan sikap berkecuali dalam berdakwah.Amal ma'ruf nahi munkar itu hendak kemana ditujukan.Sedangkan didepan mata terbentang maksiat sehingga menghancurkan akidah ummat ISLAM itu sendiri.
Mengapakah dibutakan mata tentang kehancuran akhlak-akhlak muda-mudi di Malaysia?Apakah kerana kita merasakan sedikit kemenangan maka,maksiat yang disajikan oleh kerajaan UMNO/BN ini boleh di anggap 'zon selamat'?Ingatlah saudara muslimin sekalian,kita masih dipertanggungjawabkan untuk menegakkan ISLAM seumpama zaman kegemilangannya.Gerak kerja kita masih lemah dan 'lompong' disana-sini.Gerakan kita ini sudahlah kurang tenaga kerjanya,dilemahkan lagi dengan sikap sesetengah dari kita yang masih gagal mengesan gerak saraf musuh.Kembalilah kita kepada ISLAM yang sentiasa BENAR.Seranglah UMNO pada bahagian yang lemah....dimanakah kelemahannya???akidahnya....iaitu kesombongan untuk menegakkan syiar dan dakwahnya...wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!