"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Sabtu, Oktober 31, 2009

MATAHARI


Hadis dari Abu Zar r.a:


Suatu Hari Nabi s.a.w bersabda: Tahukah kamu ke mana matahari ini pergi? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNyalah yang lebih mengetahui. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Perjalanan matahari ini berakhir di suatu tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu merebahkan diri untuk bersujud. Ia tetap berada dalam keadaan tersebut, sehinggalah diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang. Matahari kemudiannya kembali sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa. Matahari terus beredar lagi sehingga sampai di suatu tempat yang ditetapkan di bawah Arasy lalu merebahkan lagi dirinya untuk bersujud. Ia juga tetap berada dalam keadaan demikian sehinggalah diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang. Matahari kembali lagi sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa tanpa diketahui oleh manusia dan berakhir pada tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy, lalu bersujud dan tetap dalam keadaan demikian, sehinggalah akhirnya diperintahkan kepadanya: Bangunlah dan terbitlah dari sebelah barat. Rasulullah s.a.w terus bersabda: Tahukah kamu bilakah ianya akan berlaku? Ianya akan berlaku ketika mana لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا Yang bermaksud: Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha melakukan kebaikan terhadap imannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!