Sabtu, Oktober 31, 2009
SPEAKER BOLEH DESAK SPR KOSONGKAN DUN KOTA SIPUTEH
Written by Syah
Saturday, 31 October 2009 13:54
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail mempuyai kuasa untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai ADUN Kota Siputeh. Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memaklumkan isu itu tidak bercanggah dan terdapat perkara penting untuk dibincangkan. Beliau turut mengeluarkan perintah kepada Dr Abdul Isa supaya memfailkan permohonan dalam tempoh tiga hari agar ianya boleh dibicarakan sebelum 17 Nov.
Abdul Isa mendakwa Abu Hassan gagal menghadiri dua persidangan DUN Kedah secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini. "Perkara 51, Perlembagaan Negeri Kedah menetapkan jika mana-mana ADUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran speaker bagi dua mesyuarat berturut-turut, kerusinya akan menjadi kosong. Prima facie, mengikut Perkara 51 dalam kes ini adalah memuaskan," kata peguam Abdul Isa. –Malaysia Today
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.