Ahad, Oktober 18, 2009
TITIAN MUHIBBAH KE SUAK PADI
SUAK PADI-semalam adalah antara hari yang bersejarah,kerana inilah buat pertama kalinya KP yang baru bersama-sama jemaah Suak Padi meraikan program TITIAN MUHIBBAH...Bagi aku dan sahabat-sahabat yang lain,kampung ini perlu segera menyampaikan dakwah Islam.Suak Padi agak jauh dari pendalaman....tetapi ini adalah biasa bagi masyarakat orang Asli.Secara umum,aku menyaksikan anak-anak muda disini masih kurang berminat untuk ke surau.Nampaknya KP kena usulkan Suak Padi sebagai kampung angkat Pemuda Pas supaya Islam itu lebih mudah diserap ke dalam jiwa anak-anak muda.Kehadiran Masyarakat agak menggalakkan terutama dari kaum wanita dan kanak-kanak orang Asli.
Selain KP,Ketua Muslimat Parit Dr. Najiha dan YDP Kawasan Parit,Ustaz Hassan Johar juga turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini.....Program ringkas ini tammat jam 6ptg...dan kami dari ajk kawasan Parit pulang selepas selesai solat maghrib....rasanya surau disini masih lagi cantik,cuma mungkin perlu dibawa masuk lebih banyak pengajian untuk memantapkan lagi jemaah Islam disini.
semoga kehadiran PAS ke kampung Suak Padi akan diingati sebagai satu kenangan dan langkah-langkah awal untuk mengembangkan Islam ke dalam jiwa Masyarakat orang asli.wasssalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.