"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Oktober 15, 2009

BILA UMNO MULA MENGAKU ISLAM






Nampaknya UMNO dah mula berminat nak bg ulasan pro bangsat....tak hairan aku...ini adalah biasa bagi aku sebagai pelayar tetap blog...gelak betul aku tengok puak UMNO ni....apa nak buat...korang berjuang dengan cara korang...aku tetap dengan pendirian aku yang sedaya upaya menghancurkan pertahanan puak munafiq seperti UMNO...mereka yang tak kenal UMNO siapa,memang mudah berhati lembut dan tak sanggup melihat perpecahan di kalangan orang melayu..tapi,inilah perjuangan Islam...mana ada yang mudah.....jalan-jalan islam itu sentiasa dimusuhi oleh puak-puak toghut seperti UMNO...Kaji sendiri sejarah sebelum kita menghukum...dan aku menghukum berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman sahabat-sahabat tahanan ISA.Maka jangan hairan melihat penulisan yang sangat kritis dan pedih ini...aku tidak memohon maaf pada munafiq....aku memohon maaf sekiranya ada saudara-saudaraku yg beriman terasa hati....wassalam

3 ulasan:

  1. Bismillahhirrahmanirahim.."(^_^)"..
    Assalammualaikum..saudaraku, mm..minta maaf banyak-banyak dengan ulasan saya.. Kalau itu pendirian saudara tidak mengapa, saya cuma memberi pendapat.. Sekali lagi saya beritahu saya bukan orang politik, saya tidak berada dimana-mana parti politik.. Pendirian saya seperti kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin "http://drmaza.com/home/?p=750".. Saya juga kagum dengan keperibadian Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan ulama-ulama di dalam parti PAS tersebut dan pendokongnya.. Ada juga yang didalam UMNO tapi saya tidak sokong dengan apa yang dilakukan sebelum ini iatu membawa kepala lembu.. Apalah dosa lembu tersebut sehingga diperlakukan sebegitu.. Bukankah lembu tersebut yang saban tahun dijadikan korban pada hari raya AidilAdha, saya kecewa dan ingin menangis pun ada, mereka yang terlibat sudah menunjukkan sikap mereka kepada orang ramai.. Itulah jadinya kalau membuat sesuatu hal terlalu mengikut nafsu, tunjuklah sikap melawan balik menggunakan akal fikiran seperti umat-umat Islam terdahulu yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Cuma yang sangat saya sedih dan bimbang ialah dengan sikap-sikap penyokong kedua-dua parti tersebut yang terlalu fanatik hingga sanggup mengeluarkan kata-kata tidak baik (mengikut info surat khabar), bergaduh sesama sendiri.. Saya ada juga melihat di youtube, ada teraniaya dan ada yang dianiaya.. Saudarakan ahli pemuda PAS, boleh saya tahu pangkat saudara?, saya berharap sangat kalau saudara berpangkat dan dihormati didalam parti saya cuma memohon agar saudara menasihati atau mengawal sikap para penyokong.. Biar dikalangan parti penyokong PAS diam atau membuat terus sokongan kuat terhadap parti sendiri, kalau parti UMNO yang membuat kecoh melakukan perkara yang tidak baik biarkan mereka.. Kalau ada kekuatan untuk menasihati mereka nasihatlah.. Kalau para penyokong PAS merendah diri ketika dihari mengundi ataupun hari-hari yang lain InsyaAllah parti PAS sendiri akan lebih dikagumi dan dihormati oleh umat-umat Islam yang lain dan kaum-kaum lain.. Jangan bagi syaitan bergembira dengan sikap kita yang berjaya mereka goda.. Bukankah Islam itu menyatukan seluruh alam, tunjukkan kepada orang kafir yang umat-umat Islam masih boleh menggoncangkan dunia ini seperti dizaman keemasan dulu.. Tunjukkan kepada mereka kenapa PAS itu masih berdiri, untuk apa PAS itu ditubuhkan.. Saya menyokokng kebaikan tapi bukan keburukan Itulah pendapat saya, saya minta maaf kerana ulasan saya kalau ada mengguris hati saudara dan para pembaca blog ini..

    BalasPadam
  2. Peringatan Untuk Pengundi Pilihanraya Kecil Bagan Pinang

    Saya menasihatkan kepada penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

    Jika kita sesama muslim bergaduh dan ‘berperang’ antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?!

    Saya tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti itu hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya, justeru saya menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup mereka yang lebih utama melebihi parti adalah tanggungjawab terhadap Islam; maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

    Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w:

    “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Mengenai pemilihan, saya tetap dengan pegangan saya yang saya telah sebutkan sejak dulu dalam berbagai media iaitu ‘undi atau pilih berdasarkan calon’. Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.

    Dalam istilah siyasah syar’iyyah disebut al-Quwwah dan al-Amanah; yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut. Inilah dua ciri yang disebut dalam al-Quran (maksudnya):

    “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

    Gabungan dua ciri ini penting dalam apa tugasan yang hendak diserahkan kepada seseorang. Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku. Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai.

    Pengundi Bagan Pinang hendaklah dengan teliti menilai perkara ini. Maka kesimpulannya; pilihlah yang berkemampuan dan amanah. Maka dengan itu anda memenuhi tuntutan Islam.

    -DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, USM, P.PINANG.

    Assalammualaikum.."(^_^)"...

    BalasPadam
  3. terima kasih.kita bukan Manusia yang ada kuasa ajaib mengawal setiap perilaku manusia.Tapi ketika berdepan dengan segala kemungkinan,banyak-banyakkan bersabar dan jangan terlalu emosi.....tapi,inilah realiti sikap manusia ....cuma yang membezakan kita ialah apa perjuangan kita?adakah mahu memuliakan Islam atau menghancurkan islam?wassalam...

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!