Sabtu, Oktober 31, 2009
HENTIKAN SEGERA!
Hari ni aku terasa sedikit runsing dan sidikit kecewa dengan sikap beberapa blog sahabat dalam gerakan Islam.Tapi itu tidak bermakna,aku menolak pandangan/pendapat dari blog lain.Sebenarnya isu disiplin pimpinan bukan perkara yang besar,tambahan pula ianya banyak datang dari senjata/medium musuh Islam.Tapi mengapa perlu menyakitkan kepala memikirkannya?tidak perlu begitu...kita bukan orang yang lurus dan lemah.Ibarat belayar ditengah dilautan,kapalnya sudah tentu perlu lebih kuat dan teguh dari kapal di pinggiran laut.Badai ditengah laut itu lebih kuat dari pinggir.Gelombangnya lebih dasyat!kalau takut badai ditengah lautan,eloklah duduk dipinggiran sahaja....
Jalan terbaik sebenarnya bukan mengeruhkan keadaaan,tetapi memulihkan keyakinan,merapatkan persaudaraan dan terus istiqamah dalam perjuangan.Mengapa bersusah-payah menyebarkan bibit-bibit perpecahan?mungkin kerana merasakan hanya diri sendiri yang menyayangi Islam?Tidak perlu memberatkan kerja yang sebenarnya mudah.Teguran Tok Guru,adalah muktamad...tak perlu terus memanjangkan prejudis sesama mukmin.Ingat!mustahil kita mahu memakan daging saudara kita sendiri(mengumpat,mengutuk,mengeji)...semoga sedikit pendirian dari aku dapat meredakan sedikit prasangka,dasar Islam membuatkan kita kembali ke fikrah perjuangan.
Jangan kerana kita merasakan kita bertanggungjawab terhadap gerakan Islam,maka kita menghalalkan perkara yang di haramkan.Berhati-hati dalam menilai setiap inci berita yang sampai,hatta melalui blog-blog yang tiada sempadan ini....Kembalilah kepada Allah dan Rasulnya,sabarlah dengan ujian,tawakkal dengan setiap keputusan...kita bukannya sempurna dan dan pimpinan juga tidak sempurna...bukan pula bermakna kita perlu berkecuali,apatah lagi sibuk mahu meninggalkan perjuangan...jalan-jalan Islam itu kadang-kadang mudah(walaupun sebenarnya Allah yang memudahkan),kadang-kadang sangat perit(selalunya ujian Allah bagi orang yang beriman)...apakah kerana kita lemah,maka kita berasa perlu ditunjuk orang itu dan orang ini?Kelemahan boleh di tutup dengan mengakui kelemahan itu sendiri dan berikhtiar untuk lebih bersungguh-sungguh memperbaikinya.
Kembalilah kepada sifat manusiawi yang tentu saja lemah dari segenap segi kehidupan,lemah mengatur strtegi,lemah dalam mengenali Allah dan serba serbi tetap lemah...Kalau bukan kerana pertolongan dan takdir Allah,NESCAYA manusia itu tetap lemah.wassalam....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.