"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Oktober 12, 2009

KEMENANGAN BESAR UNTUK PARTI PERASUAH YANG BERSELERA BESAR



Tahniah atas kemenangan yg sangat besar bagi sebuah parti yang besar,berselera besar,perasuah besar dan pelingkup negara yang besar....kemenangan yang boleh dijangkakan tetapi rasanya tidaklah perlu besar...kenapa dikatakan begitu????kerana pada pengamatan dari sudut hati aku,ternyata UMNO menggunakan keupayaannya sebagai Pemerintah menyusun atur undi pos.UMNO hanya diselamatkan oleh undi pos....rakyat Bagan Pinang sebenarnya tidaklah terlalu menolak keikhlasan PR/Pas untuk menyelamatkan negara dari manusia-manusia yang berselara besar ini....
Aku adalah antara petugas-petugas UNIT AMAL Preman......yang datang sebagai orang biasa,baju biasa dan sekadar berselipar je...tali pinggang pun tak ingat nak pakai....seluar pun asyik loondeh je...selama dua hari di Bagan Pinang sempat juga aku mengalami sendiri saat-saat tegang...asyik kene bantai moral dan fizikal oleh puak-puak UMNO,3 line,pekida....tapi kami yang seramai 9 orang dari PARIT memang diarahkan agar bersiap sedia untuk kemungkinan yang seperti itu....Niat datang ke sana pun dah bukan untuk kempen,tapi untuk pertahankan keselamatan petugas tak kira la MUSLIMAT,orang-orang tua mahupun budak-budak....ternyata provokasi tinggi UMNO berjaya membuatkan rakyat Bagan Pinang sedikit cenderung kepada UMNO...ternyata gerak saraf UMNO lebih hebat kali ini.Selain sanggup mencederakan petugas PAS,puak TOGHUT UMNO ini memeang kurang ajar bahasa melayunya....nilai-nilai bangsatnya agak tinggi....lantak korang le jang oiii...korang yang takmau berubah...macam mana Islam nak berkembang kat sana....ingat wahai saudara-saudara ku sekelian...kalah dan menang itu adalah biasa dalam pilihanraya...ianya bukan titk kelemahan pada kita ,tapi titik perubahan untuk lebih bekerja keras menegakkan syiar ISLAM....yang penting gerak kerja sudah dilakukan sebaik mungkin,hasilnya adalah hak mutlak ALLAH...biarlah UMNO berbangga dengan kemenangan si PERASUAH ISA SAMAD...kemenangan yang hanya menghancurkan UMNO dari dalam......semoga ALLAH menerima amal yg kita lakukan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!