Khamis, Oktober 15, 2009
ANALISA AWAL DARI USTAZ IDRIS AHMAD
BAGAN PINANG: ANALISA AWAL
USTAZ IDRIS HAJI AHMAD
13/10/2009
BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. PAS menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009. Kemenangan Umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka. Sejarah tidak akan boleh dipadamkan Umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang. Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan.
-Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad. Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau
-Demografi penduduk Bagan Pinang, walaupun dalam masyarakat yang tidak jauh daripada bandar tetapi pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang macam masyarakat yang berada di pendalaman.
-Suasana malapnya masjid dan surau adalah satu kelebihan kepada Umno. Contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri suasana jamaah maghrib tidak sampai 20 orang. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh mengajar gambaran Islam yang sebenar. Cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang.
-Masyarakat dan anak muda yang lekang dari agama adalah kelebihan kepada Umno.
-Masyarakat yang bergantung kepada industri pelancongan kebiasaannya lebih terpengaruh dengan kebendaan tanpa memperdulikan kepentingan ummah.
-Undi pos yang tidak dipos adalah simpanan tetap Umno dalam pilihanraya
-Di dalam DUN Bagan Pinang, ada 4 cawangan PAS sahaja dengan bilangan ahli kira-kira 100 orang berbanding dengan ahli Umno 3017 orang.
-Masyarakat India yang tinggal di estet yang hanya gaji RM11 sehari adalah satu kelebihan kepada Umno. Selalunya orang miskin akan menjadi makanan Umno dalam pilihanraya.
-Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil mereka tidak mengetahui. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen sahaja. Keadaan ini merupakan sambal ulam Umno untuk membodohkan rakyat.
-Pengundi India yang terpengaruh dengan janji Timbalan Perdana Menteri projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 buah rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dicson seluas 0.6 hektar.
- Budaya takut di kalangan pengundi melayu, kerana ia dikelilingi oleh masyarakat yang karat dengan umno. Buktinya ketika kita berkempen rumah ke rumah mereka mengaku sudah lama mengundi PAS, tetapi takut menzahirkan diri.
-Budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat. Kebetulan yang dominasinya ialah umno, contohnya seorang imam masjid di di dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi ketua cawangan Umno. Oleh kerana takut mayat tidak terurus nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada PAS.
-Kegigihan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR memang boleh dipuji, seolah-olah mereka bertanding dalam PRK di Bagan Pinang.
-Sokongan Kelab Penyokong PAS yang begitu gigih dengan memakai baju dan memegang panji Pas adalah satu penerusan keraja yang emreka lakuakan sejak PRK 12 2008
-Usaha gigih ahli-ahli PAS di seluruh negara yang bertungkus lumus dan memberi sokongan, terutama selepas beberapa petugas PAS dibelasah oleh samsing Umno. Rupa-rupanya samseng Umno seperti Sarip Dol kampung dusun sahaja. Berani ketika mereka ramai, tetapi pengecut ketika penyokong PAS sama ramai.
-Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang Allah maha mengetahui untuk mentarbiah pimpinan dan ahli PAS. Sunnah Allah akan memberi kemenangan apabila kita mencukupkan syaratnya seperti, ahli, cawangan , jentera, kewangan, ukhwah, starategi dan tawakkal kepada Allah. Tidak boleh mengharapakan hasil hanya dengan "Kun fayakun" atau gelombang rakyat sahaja tanpa pengorbanan dan usaha jihad yang lebih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BANYAK SAKIT MIKER NIE, BAIK LAH BERTAUBA, BERASTAGA BANYAK2 MEMALUKAN ORANG PARIT JER!MAKAN UBAT DULU, JAGAN MIKER JADI CONTOH NERAKA MIKER PUNYER, ALLUAKBAR!
BalasPadammuahahui aha ahahahahah,..... betui tu yoep, nasib baik teman orang bote, hancok wak dia sesuka hati ngaku orang parit, memalukan mak bapak aku jer, kot iyer pun kalau kalah .... tak salah ngaku jer, udah pas tumpor... tumpor ler, tak kan nak nyalahkan allah SWT yang jadikan pas mampoi, komer ni memang macam setan betui, burok perangai benor... cuba banyak ngucap!
BalasPadamAssalamualaikum Ustaz Idris
BalasPadamKalau saya nak setuju pun pada kajian analisa ataupun post mortem yang anda lakukan mengenai kekalahan PAS di Bagan Pinang hanyalah pada perenggan akhir itu pun pada ayat yang pertama yang mngatakan apa yang berlaku adalah hikmah dari Allah. Analisa yang selebihanya adalah alasan typical PAS apabila kalah pilihan raya.
Sebelum pilihan raya, mereka heboh pasal undi pos, akhirnya keputusan menunjukkan kalau PAS dapat semua undi POS pun dia masih kalah.
Dipendekkan Ustaz menuding kesalahan kepada penduduk Bagan Pinang dengan mengatakan otak mereka jauh kebelakang,alangkah terhinanya jika saya anak jati Bagan Pinang dikatakan begitu, ustaz juga menghina warga Port Dickson dengan mengatakan mereka terpengaruh dengan kebendaan,ustaz menyalahkan warga India di estet, cuma ustaz tidak melihat diri sendiri dan kelakuan pemimpin pemimpin PAS yang secara total mengunakan Islam dan AlQuran untuk menghalalkan tindakkan serta ucapan mereka.Saya berharap ustaz bermuhasabah diri sebelum menuding jari,perjuangan PAS sekarang bukan JIHAD, ia hanya perjuangan politik lapok sama saperti apa yang diperjuangkan oleh UMNO. Cuma bezanya PAS belum berkuasa sepenuhnya, saya khuatir kalau PAS berkuasa mereka akan jadi lebih dasyat malah lebih teruk dari UMNO/BN. Sifat PAS memang jelas, kalau kalah mereka mengumpat, fitnah dan mengutuk. Kalau menang pun mereka mengutuk.Adakah sifat begini yang rakyat Malaysia mau untuk dijadikan pemimpin.Sedarlah PAS mereka cuma bertanding kurang dari 60 kerusi Parlimen dari lebih 200 kerusi di Malaysia, kalau menang 100% pun kerusi Parlimen mereka masih minoriti, janganlah berangan angan nak jadi PM.Itulah mereka lupa Arithmetic tapi kalau berkokok seolaholah mereka majority. Dimana mana pon kecuali Kelantan dan Kedah, PAS hanyalah melukut ditepi gantang sahaja ataupun cuma daun joker sahaja didalam permainan gin rummy, hanya digunakan untuk mengantikan mana mana daun yang tak cukup untuk gamekan permainan. Sedarlah PAS.
LOB BEK
Telok Bakong
Parit Perak.
pandangan anda hanyalah pandangan dari org yg tak tahu muslihat politik...terima kasih
BalasPadamSaudara,
BalasPadamSuka saya ingin berbincang dengan tulisan saudara ini. Di bawah adalah antara kupasan dari pemikiran saya.
-Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad. Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau
#Pengundi tidak termakan budi beliau membabi buta tetapi menghormati kejujuran beliau yang memang mempunyai record yg cermerlang dalam memberi servis kepada penduduk setempat. Record cemerlang beliau adalah bukti yg beliau memang membuat kerja dengan baik itulah yang penduduk mahukan. Bukannya seperti sesetengah ahli politik Pembangkang bila dah menang batang hidung pun tak nampak.
-Demografi penduduk Bagan Pinang, walaupun dalam masyarakat yang tidak jauh daripada bandar tetapi pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang macam masyarakat yang berada di pendalaman.
# Maaf, mereka tiadak seperti cercaaan saudara "pemikiran dan otak mereka jauh kebelakang" saudara yang perlu mengakui yg saudara bersifat sebegitu. Ini adalah satu analisis yg jauh dari kebenaran malah dusta lagi mendustakan. Saudara perlu membuat lebih banyak membuat kajian, untuk pengetahuan saudara penduduk B.Pinang walaupun mereka ada yg tinggal di pendalaman tetapi berpelajaran tinggi malah berhemah.
-Suasana malapnya masjid dan surau adalah satu kelebihan kepada Umno. Contohnya Masjid Bagan Pinang sendiri suasana jamaah maghrib tidak sampai 20 orang. Tidak ada satu pun masjid dan surau yang dianggap boleh mengajar gambaran Islam yang sebenar. Cuma ada sebuah masjid lama di Teluk Kemang.
# Ini juga dari analisa yg salah, kalau saudara bukan penduduk B.Pinang jangan mendustakan fakta. Lihat sendiri masjid2 atau surau tempat saudara dan rajin2 lah datang selalu dan ingatlah masjid dan surau bukanlah tempat berpolitik. Hadirlah dengan hati yang tawaduk merendah diri.
-Masyarakat dan anak muda yang lekang dari agama adalah kelebihan kepada Umno.
# Kami yg menyokong UMNO tidak pernah lekang dari AGAMA. Ini juga analisa yg salah. Agama adalah yg Utama. Berhemahlah apabila mengunakan nama ISLAM sekiranya tidak nanti digambarkan seperti pengganas dan pembohong.
-Masyarakat yang bergantung kepada industri pelancongan kebiasaannya lebih terpengaruh dengan kebendaan tanpa memperdulikan kepentingan ummah.
# Ini juga salah fakta. Kaitan yg lemah.
-Undi pos yang tidak dipos adalah simpanan tetap Umno dalam pilihanraya
# Fakta telah jelas, kalau undi pos diberi keseluruhannya kepada PAS, PAS tetap kalah juga.
-Di dalam DUN Bagan Pinang, ada 4 cawangan PAS sahaja dengan bilangan ahli kira-kira 100 orang berbanding dengan ahli Umno 3017 orang.
# Fakta ini menujukkan PAS amat lemah di Bagan Pinang sebab penduduk menolak PAS. Lebihkan usaha dan tetapkan istoqamah jika ingin menang. Penduduk telah lihat bukti yg nyata.
-Masyarakat India yang tinggal di estet yang hanya gaji RM11 sehari adalah satu kelebihan kepada Umno. Selalunya orang miskin akan menjadi makanan Umno dalam pilihanraya.
# Jangan menghina orang yang miskin mereka juga ada maruah. Masyarakat India telah melihat sinar dan berusaha mencari jalan dalam merungkai kesulitan dan kemiskinan kepada BN yg mampu utk menyelesaikan dan sebagai tempat mengadu.
-Masyarakat India tidak celik maklumat sehingga isu pijak kepala lembu dan demo anti kuil mereka tidak mengetahui. Mereka hanya mendapat maklumat daripada propaganda televisyen sahaja. Keadaan ini merupakan sambal ulam Umno untuk membodohkan rakyat.
# Isu kuil adalah diantara kelemahan pentadbiran PR di Selangor. Penduduk marah kerana MB Selangor gagal menyelesaikan masalah ini. Ini adalah isu Kerajaan PAKATAN RAKYAT di Selangor. Bagaimana dengan isu ARAK, umum telah megetahui kebenaranya. Jangan hanya tahu menyalahkan orang sahaja penduduk Selangor bukan BODOH.
disambung.....
sambungan....
BalasPadam-Pengundi India yang terpengaruh dengan janji Timbalan Perdana Menteri projek rumah mesra rakyat sebanyak 150 buah rumah dengan perbelanjaan RM25 juta dan tapak kuil di Port Dicson seluas 0.6 hektar.
# Ini bukan sekadar janji tetapi bukti Kerajaan BN amat perihatin tidak seperti PR yg semakin hari semakin gagal.
- Budaya takut di kalangan pengundi melayu, kerana ia dikelilingi oleh masyarakat yang karat dengan umno. Buktinya ketika kita berkempen rumah ke rumah mereka mengaku sudah lama mengundi PAS, tetapi takut menzahirkan diri.
# Ini hanya persepsi dan inilah ungkapan yg selalu kita dengar apabila Pembangkang kalah, selalu menyalahkan orang lain tetapi tidak mahu mengakui kelemahan sendiri.
-Budaya politik kenduri, sakit dan mati masih kuat. Kebetulan yang dominasinya ialah umno, contohnya seorang imam masjid di di dalam dewan negeri Bagan Pinang menjadi ketua cawangan Umno. Oleh kerana takut mayat tidak terurus nasi kenduri menjadi basi maka mereka tidak berani membuat sokongan terbuka kepada PAS.
# Hendak tergelak apabila membaca fakta yg sempit seperti ini. Saudara, berapa orang iman, tok siak dan bilal yg ada di Bagan Pinang, tidakkah anda membuat kajian terdahulu sebelum menyatakan sesuatu disini. Tidak kiralah apa politik ideologi mereka, maka meninggalah mereka kita sebagai umat Islam perlu pergi menziarahi. Sebutkan nama Iman masjid di Bagan Pinang yg saudara katakan itu. Seorang yg tinggi nilai imannya tidak takut pada mati malah tidak takut mayatnya tidak diuruskan dgn baik atau basi nasi dan lauk pauk kenduri. Ini adalah fakta yg nyata dangkal. Wallahualam
-Kegigihan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti DAP, PKR memang boleh dipuji, seolah-olah mereka bertanding dalam PRK di Bagan Pinang.
# Lebih-lebihkan usaha anda dan rakan2 anda. Lakukan pos motem pada diri.
-Sokongan Kelab Penyokong PAS yang begitu gigih dengan memakai baju dan memegang panji Pas adalah satu penerusan keraja yang emreka lakuakan sejak PRK 12 2008
# Setakat pakai baju dan memegang janji tidak akan ubah apa2, lebih dari itu perlu dilakukan.
Ejaan perlu betul jangan nanti disalah orang.
-Usaha gigih ahli-ahli PAS di seluruh negara yang bertungkus lumus dan memberi sokongan, terutama selepas beberapa petugas PAS dibelasah oleh samsing Umno. Rupa-rupanya samseng Umno seperti Sarip Dol kampung dusun sahaja. Berani ketika mereka ramai, tetapi pengecut ketika penyokong PAS sama ramai.
# Samsing-samsing yg hadir di Bagan Pinang bukan org tempatan, tetapi kebanyakann org luar seperti saudara yg datang ke tempat org tetapi tidak tahu menjaga tingkah laku. Lagak seperti samsing pembangkang.
-Apa yang berlaku semuanya ada hikmah yang Allah maha mengetahui untuk mentarbiah pimpinan dan ahli PAS. Sunnah Allah akan memberi kemenangan apabila kita mencukupkan syaratnya seperti, ahli, cawangan , jentera, kewangan, ukhwah, starategi dan tawakkal kepada Allah. Tidak boleh mengharapakan hasil hanya dengan "Kun fayakun" atau gelombang rakyat sahaja tanpa pengorbanan dan usaha jihad yang lebih.
#Hanya satu yang betul disini. Ini adalah hikmat dr Yang Maha Esa.
Diharap ini telah menjawab sebahagian dari pembohongan dan persepsi murahan.
Ikhlas dari
Pemuda Umno Taman Ipoh
terima kasih sebab masih mahu berulasan disini...untuk pengetahuan,analisa ini bukan milik aku,maka bukan aku yang perlu disabitkan.Tapi selama aku berada semasa kempen sgt jelas kebanyakkan petugas pro umno dan bn tidak bersolat zuhur!ingat saudara,jangan sebab saudara menjaga solat maka saudara membutakan mata saudara tentang kepincangan agama di malaysia ini.Aku tidak berminat membincangkan isu undi pos,kerana jelas memang kuasa besar umno/bn apabila menyebut undi pos.Mengenai kemiskinan bangsa india di estet....bagi aku bukan saja india,melayu dan cina yang miskin juga akan terdesak untuk diberikan simpati...ini adalah lumrah.
BalasPadamLagi satu mengenai politik dimasjid....inagt saudara politik itu ada bahagiannya dalam islam,maka jangan pinggirkan politik dari masjid....politik itu adalah baik dalam islam,cuma tangan-tangan manusia ini yang mengotorkannya...ingat saudara...perasuah tetap perasuah....disebabkan ada kedudukan dlm politik,itu bukan lesen rasuah yg dilakukan boleh dilupakan begitu saja...wassalam
Ini adalah persepsi saudara sahaja. Berikan Hujah yang bertunjangkan fakta yang lebih nilai konkrit. Ini bukan jawapan yang diinginkan dari seorang Pemuda Pas Parit.
BalasPadamMenyalahkan orang lain yang tidak bersolat bukan inti patinya. Solat itu adalah wajib. Wallahualam.
ada perbezaan antara pejuang islam yang menunaikan solat dan pejuang islam yang engkar melakukan solat....apakah kita terlupa yang kita sedang melakukan kurang ajar dengan Allah?ingatlah peminpin yang tidak mahu mengamalkan kehidupan islam didunia ini,pasti akan mengheret sekali dengan siapa yang mengikutnya....apakah saudara jenis yang tidak ambil peduli?orang yang saudara panggil Perdana Menteri pun adalah yang jenis engkar dan kurang ajar dengan Allah.....ingat saudara jangan kita butakan mata hanya kerana kita ikut Islam dan org lain adalah tanggungjawab sendiri....kubur masing-masing adalah ajaran sesat para munafiq...wassalam
BalasPadam1) Anda berkata anda seorg pejuang Islam yg menunaikan solat dan menuduh orang lain engkar menunaikan solat.
BalasPadam2) Anda menuduh PM seorg yg engkar dan kurang ajar dgn Allah.
3) Dan juga mengatakan org lain seorg munafiq.
Nauzubillah. Jgn jadi seorg yg biadap berdepan dgn seorg Islam yg lain tetapi pengecut kpd org2 kafir. Beranikah mengatakan tidak kpd Arak dan judi serta maksiat yg semakin beranak pinak di Selangor semenjak PR mengambil alih.
Berserta MB nya yg korup bacul kpd DAP, saudara juga bersekongkol dgn mereka kerana pemimpin anda juga berdiam diri mengikut telunjuk.
Isu kuil yg gagal ditangani dgn baik dan saksama.
Ditambah dgn isu rasuah wang kerajaan negeri.
Org lain juga menunaikan solat dan menjlnkan kewajipan sbg seorg Islam tetapi tidak sesekali menuduh org lain kafir laknatullah serta haram syurga baginya.
Ingatlah PM tidak pernah menyuruh kita meninggalkan kehidupan Islam, malah negara ini aman utk menunaikan tanggungjawab kita sbg seorg Islam. Pertahankahlah ia sehingga ke anak cucu. Jgn nanti menyesal tak sudah.
Adakah saudara seorg maksum, tidak bukan. Jgnlah telalu beremosi bila berpolitik. Lakukanlah dgn berhemah atas nama seorg Islam. Apb berhujah jgn sesekali beramarah.
Apa tujuan saudara berpolitik? Iman didada sudah penuhkah? Tidak pernah melakukan dosa dan pastikah saudara akan masuk syurga semata2 masuk PAS?
Anda hanya mendengar cerita dari org lain dan kemudiannya berpakat2 menyebarkannya. Tidakkah itu satu fitnah. Amat mudah utk membuat tuduhan tetapi gagal dan malah tidak berupaya membuktikannya. Tidakkah itu ibarat seperti tong yg kosong berbunyi kuat tapi hampa didlmnya.
Lihat diri kita sendiri sebelum menyalahkan org yg lain. Jauhkan sifat suka tuduh menuduh, lempar batu tgn sembunyi.
FITNAH???SEBENARNYA APA YANG KITA FAHAM TENTANG FITNAH.APAKAH MENYAMPAIKAN KEBENARAN ITU FITNAH.APAKAH MENGHALANG KEMUNGKARAN ITU FITNAH?APAKAH MEMBIARKAN ISLAM ITU DISELEWENG DAN DITAFSIR SESUKA HATI ITU FITNAH?APAKAH KITA LUPA JANJI KITA KETIKA SOLAT?MUNGKIN SAUDARA BOLEH MELUPAKAN AYAT2 ALLAH TENTANG BAYAHA MUNAFIQ,TAPI BAGI AKU SEBAGAI SEORANG ISLAM ,MUNAFIQ ITU SGT JELAS DAN BAHAYA MUNAFIQ ITU SEMAKIN HARI SEMAKIN HALUS DAN SUKAR DIKESAN,NATIJAHNYA LAHIRLAH MANUSIA-MANUSIA YANG MENINGGALKAN HUKUM ISLAM SEPENUHNYA ATAUPUN MENGAMBIL ISLAM MENGIKUT KEPENTINGAN SENDIRI.AKU TAK MENUDUH SEMUA ORG YANG LAIN ITU TIDAK SOLAT....TAPI AKU TIDAK MEMBUTAKAN MATA INI MENGATAKAN MANUSIA DI MALAYSIA SUDAH MENUJU SAAT2 KEHANCURAN SAMA SEPERTI KAUM2 YANG LELU.JANGAN HANYA BERCAKAP SEPERTI SEORANG YANG ALIM DAN HEBAT DALAM ILMU AGAMA,MAKA DIBIARKAN PULA MANUSIA SESAT SELAMA-LAMANYA.SANGAT SUSAH UNTUK MANUSIA MENERIMA ARAHAN ALLAH,TAPI ITULAH HAKIKAT HIDUP SEBAGAI MUKMIN,MANA MUNGKIN MUKMIN ENGKAR DAN KURANG AJAR DENGAN TUHANNYA SEHINGGAKAN BERANI MENENTANG ARAHAN ALLAH.APAKAH ARAHAN ALLAH YANG UMNO ENGKAR?TANYA DIRI SENDIRI DAN RUJUKLAH ALQURAN DAN SUNNAH.WASSALAM
BalasPadamMenyampaikan kebenaran itu adalah wajib tetapi bukan spt org yang bodoh dan bahlul. Cermin diri dan org2 sekeliling saudara sendiri.
BalasPadamBetulkah jalan mereka itu. Jangan nampak kuman diseberang tetapi gajah didepan mata buat-buat tak nampak. Bersemangat besar hendak membuktikan org lain bersalah tetapi diri sendiri tidak diperbetulkan dahulu. Mendukung Amal Makruh Nahi Mungkar memang dituntut tetapi kemungkaran diri dan org disekeliling anda buat-buat tak nampak, malah membenarkannya lagi.
Saya suka saudara menyebut tentang " JANGAN HANYA BERCAKAP SEPERTI ORANG YANG ALIM DAN HEBAT DALAM ILMU AGAMA,MAKA DIBIARKAN PULA MANUSIA SESAT SELAMA-LAMANYA." Benar ungkap ini Berlagak seperti org ALIM, bercakap seperti org alim dan berpakaian seperti org Alim tetapi rakan-rakan sealiran melakukan mungkar dibiarkan begitu sahaja. Baru 18 bulan memerintah sedah banyak yang berani merembat harta rakyat sehingga sanggup menikam belakang kawan sendiri.
Melaungkan Takbir! Takbir! tetapi merelakan arak dijual secara terbuka! Itu adalah Take Beer!
Dulu tidak merelakan konsert dilakukan tetapi apabila memerintah konsert dibolehkan pula, terkinjal2 anak2 muda melayu ditgh malam menogak arak yg senang dibeli di kedai2 24jam.
Hal-ehwal Agama ditadbir oleh seorang Hindu, sehinggakan kuil2 dibina dikawasan majority org melayu beragama Islam.
Kontrak2 Kerajaan Negeri di P.Pinang dibuka kpd semua bangsa, sehinggakan org2 melayu di sana tergelincir dlm merebut kontrak akibat tahap merit mereka yg buruk gagal bersaing dgn org cina lalu luputlah pendapatan mereka muflis dan papa kedana.
Termasuk isu bekas MB Perak yg tak sudah2 rela ditarik hidung malah menjadi Pak sanggup ditunggang kesana kemari oleh Ngeh dan rakan2 sealiaran dan menjadi terlebih berani berniat mengheret Sultan Perak ke Mahkamah.
Itulah akibat terlalu byk berpolitik sehingga kurang 2 tahun gagal membawa apa kebaikan bagi rakyat Perak!! Yg terlebih nyata baru beberapa bulan umur memerintah sudah pandai merembat duit rakyat utk bergaya mewah dgn Camry yg gah.
Terlalu taksub inginkan kuasa sanggup berguling dijalanan, malah sebelum itu khusyuk bersolat dan berdoa kemudiannya bergegas kejalanan terpekik terlolong memaki menghamun ditengah jalan. Berdiri di tepi jalan kaum India dan Cina bertepuk tangan melihat gelagat org2 melayu yg menjadi histeria ditgh panas terik matahari. Lantas berkata : Bagus! bagus! Bodo punya olang..
Cukup2 lah menjadi baruah DAP, sebelum ini PAS amat dihormati seperti dizaman2 Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hasan (1951-53), Dr Haji Abbas Alias (1953-56), Prof Dr Burhanuddin Alhelmi (1956-69, Datuk Mohd Asri Muda (1969-82) dll.... tahukah anda sejarah tentang mereka ini. Pemimpin berubah ..anak2 buah pun turut sama berubah. Ambillah ikhtibar dari mereka yg sabar dan berhemah..
Berbanggalah lah dgn nafsu amarah anda..
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
terima kasih kerana beringat....harap-harap saudara tergolongan dalam golongan gerakan islam,bukan gerakan bangsa....manusia-manusia yang mungkar itu sangatlah ramai...ada 72 golongan sesat,maka yg mana tidak sesat???yang berpegang teguh dengan al quran dan berpegang teguh sunnah nabi...wassalam...
BalasPadamApa dah jadi dengan PAS sekarang?
BalasPadamMakbulkah Doa Laknat di Stadium Kelantan dulu?