Selasa, Oktober 13, 2009
HADIS PILIHAN
Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah mengutuskan kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di Al-Huruqat, suatu tempat di daerah Juhainah pada waktu pagi. Aku berjumpa seorang lelaki, lelaki tersebut menyebut لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lalu aku menikamnya. Aku menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah. Rasulullah bertanya dengan sabdanya: Adakah kamu membunuhnya sedangkan dia telah mengucapkan kalimah syahadat لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya lelaki itu mengucap demikian kerana takutkan hayunan pedang. Rasulullah bertanya lagi: Sudahkah engkau membelah dadanya sehingga kamu tahu dia benar-benar mengucapkan Kalimah Syahadat atau tidak? Rasulullah mengulangi soalan itu kepadaku menyebabkan aku bercita-cita untuk menyerah diri pada ketika itu juga. Usamah menceritakan lagi, Saad telah berkata: Demi Allah, aku tidak akan membunuh seorang muslim sehinggalah ianya telah dilakukan oleh orang yang mempunyai perut yang kecil, iaitu Usamah. Usamah berkata lagi, seorang lelaki telah bertanya: Tidakkah Allah telah berfirman وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ Yang bermaksud: Dan Perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah serta jadikanlah agama itu semata-mata kerana Allah. Maka Saad menjawab: Sesungguhnya kami memerangi mereka supaya tidak berlaku fitnah, tetapi kamu dan para sahabat kamu memerangi mereka, untuk menimbulkan fitnah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum,
BalasPadamDari pengetahuan saya ada pendapat ulamak mengatakan bahawa sebelum kita merujuk dan menyiarkan mana mana hadis kita mestilah berilmu ataupun berguru untuk kepastian diatas kesahihan dan objektif turunnya hadis tersebut, disamping menganalisa mana mana hadis yang bersangkutan dengan perkara perkara yang dirujuk.Pendapat tersebut menyatakan juga adalah haram membuat rujukan atau megambil sokongan kepada mana mana hadis tanpa ilmu dan berguru. Oleh itu saya mengesyorkan agar penyiaran hadis sebagai rujukan,penulisan ataupun ucapan mestilah dianalisa secara berguru dan berilmu dan bukan seenaknya mengikut kehendak emosi ataupun keadaan politik semasa demi untuk memperkuatkan hujah-hujah dan menyokong objektif.
Sekian
WER LOP TBO