Selasa, Oktober 27, 2009
UMNO BANGKIT ISU KERAJAAN PERPADUAN /EGM SATU TEGURAN DARI TOK GURU
Seperti yang kita semua maklum idea penubuhan kerajaan perpaduan telah cuba diserap oleh umno ke dalam Pas sejak bermulanya usaha untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan diperak .Mereka telah berusaha dengan berbagai-bagai cara termasuk untuk cuba merasuah adun-adun pakatan dari awal lagi hatta sebelum tertubuhnya sebuah kerajaan baru di perak . Keujudan Kerajaan Baru yang berkomposisikan pelbagai kaum dan parti yang dinamakan Pakatan Rakyat ini telah menafikan bahawa Barisan Nasional sahaja yang mampu membentuk satu kerajaan yang terdiri daripada pelbagai kaum ( unity in diversity ) iaitu penyatuan didalam kepelbagaian . Untuk menghapuskan saingan mereka , agenda kerajaan Perpaduan telah diperkenalkan konon
Kerajaan negeri Perak Yang harus bentuk mestilah terdiri dari umno dan pas dengan alasan untuk
‘menyelamatkan survival org melayu dan islam .Antara usaha mereka ,ialah menghantar wakil kekelantan(mufti Perak dihantar untuk berunding dengan tok guru Nik Abdul Aziz ) untuk membincangkan gagasan baru ini. Bagaimana Umno Yang Korup itu mahu membincangkan masa depan islam sedangkan selama ini merekalah yang menaja program-program yan g merosokkan islam dan umatnya .akhir nya sebuah Kerajaan Baru yang mempunyai visi baru untuk masyarakat
telah Berjaya dibentuk . Sebuah Kerajaan Baru yang menbawa pemimpin-pemimpin yang berimej baru(berkarisma dan tidak korupsi) yang dilihat betul-betul telah Berjaya mengubah perpepsi masyarakat tentang politik bernegara dan islam itu sendiri .
Keujudan kerajaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja ,semakin lama pengaruh barisan nasional semakin terhapus mereka takut pengaruh pakatan menjadi semakin kuat dan menular
kenegeri-negeri yang masih mereka kuasai ,untuk itu bermulalah episod cubaan rampasan kuasa
yang akhir telah Berjaya dengan membeli tiga adun pakatan rakyat.
Kni isu kerjsama dan kerajaan Perpaduan cuba dimainkan semula ditengah-tengah krisis politik perak betul-betul sampai kepada kemuncaknya menjelang persidangan dun 28 haribulan ini.
Beberapa pihak telah membuat kajian apabila isu ini dimainkan sudah ada pergerakkan pengundi bukan melayu untuk cenderung memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Pengundi –Pengundi cina khususnya mahu melihat (political stance )pendirian politik pas itu sendiri dan bukannya dengan mempamerkan keaadaan yang tidak konsisten ,.
Kenyataan Tok Guru tentang EGM itu merupakan sesuatu yang mereka tunggu-tunggu ,dan kebanyakkan dari mereka amat memuji dan menghormati pendirian Tok Guru yang dilihat begitu konsisten dan teguh dalam menongkah arus politik Negara yang semakin bergerak deras. Kenyataan Tok Guru agar diadakan EGM itu harus lah di lihat sebagai satu teguran kepada kita semua ,umpama teguran bapa kepada seorang anak semata untuk kepentingan anak –anak nya sendiri .
Kita perlu melihat isu Kerajaan Perpaduan ini sebagai satu taktik umno untuk mnyerang terus ke teras pas itu sendiri (attacking to the core) yang mampu melumpuhkan pas kalau tidak cepat ditangani secara bijaksana.Serangan ini bukan lagi serangan yang dihalakan kepada pimpinan pas sahaja tetapi terus kearah teras yang menjadi nyawa kepada pas itu sendiri .
Inilah cabaran yang terpaksa kita hadapi serangan inteluktual ,pertembungan idea didalam era
baru dimana cabarana kuasa maklumat adalah faktor dominan yang menentukan kemenangan.Didalam dunia persaingan inteluktual sifat agresif dan tidak statik itu dilihat sebagai
penentu kepada segala-galanya termasuk dalam politk itu sendiri ,tetapi harus diingat didalam politik islam sesuatu yang principal dan fundamental itu tidak boleh dijual beli dan harus dipertahankan dengan apa cara sekalipun.Tidak harus timbul soal modernist leader atau trasdisional leader kerana dalam islam soal prinsip dan fundamental itu merupakan sesuatu yang dominant,yang haram tetap haram ,yang halal tetap halal ,yang assobiyah (nasionalis) tetap
assobiyah mana mungkin kita punya prisip yang sama, dan mana mungkin umno boleh bersekutu dengan pas .
justeru janganlah kita tertipu dengan muslihat dan taktik musuh yang senantiasa mencari ruang
untuk memusnahkan kita ,ingat perjuangan ini bukan lah sesuatu yang mudah , kerana hanya keikhlasan sahaja yang akan memberi manafaat kepada kita dan itulah yang dinilai oleh allah s.w.t.
dari :botaman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.