"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Sabtu, Oktober 31, 2009

BAJET PERAK TIDAK BERNILAI: RUJUK PERUNDANGAN SEGERA


Kenyataan Media (30 Oktober 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjelaskan bahawa 'Bajet' yang dikatakan telah dibentang oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir amat jelas bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Am Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau telah digantung untuk menghadiri Dewan malah di hadapan Speaker yang tidak sah mengikut Undang-Undang.

DPPN Pk menegaskan bahawa implikasi pembentangan tersebut amat bertentangan daripada sudut kesahihan 'Bajet' tersebut kerana proses perundangan yang masih berjalan akan memberikan kesan buruk walaupun media arus perdana masih memainkan istilah 'Bajet' yang telah dibentangankan pada 28 Oktober yang lalu jelas tidak sah.

DPPN Pk mencabar Datuk Seri Dr. Zambry membuktikan bahawa 'Bajet' yang telah beliau bentangkan tersebut sah mengikut Peraturan Am DUN Perak. Jika beliau tidak berani bersemuka untuk membuktikan 'Bajet' tersebut adalah benar, rakyat harus memberikan signal yang jelas kepada beliau kerana telah berbohong kepada rakyat.

DPPN Pk melihat selagi proses berkaitan Menteri Besar, Speaker dan 3 orang ADUN Bebas tersebut masih di dalam proses perundangan, sudah pasti perkara yang telah dilakukan adalah tidak sah dan juga tergantung. DPPN Pk meminta rakyat menunggu keputusan Mahkamah daripada mempercayai 'Bajet' yang tidak sah tersebut.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!