"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Oktober 12, 2009

KEBENARAN OH KEBENARAN


PKMM DAN UMNO EPISOD 2

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Saya tidak dapat mengaitkan isi kandungan artikel ini dengan tajuk "KEBENARAN" kerana tidak ada dikatakan rahsia atau pembongkaran terjadi apabila kita membaca artikel ini.Artikel ini pada saya adalah cuma secebis catatan sejarah.Saya berminat untuk memberi ulasan kerana 30 tahun dahulu saya telah melakukan sedikit penyelidikan mengenai kedudukan PKMM dalam arena politik perjuangan kemerdekaan tanah melayu. Saya harap apa yang berlaku kepada PKMM dapat dijadi iktibar pada mana mana parti Islam yang ingin menjalinkan kerjasama dengan parti parti kafir yang dulunya terang terang memusuhi Islam tapi sekarang sudah pandai merujuk kepada AlQuran. Secara amnya PKMM ditubuhkan untuk mendapat kemerdekaan dari pihak British, dia diilhamkan dari trend pejuangan menentang penjajahan Belanda diIndonsesia.Wadah perjuangan ialah untuk menubohkan Malaysia Raya yang bergabung dengan Indonesia. Mungkin kerana kegagalan dalam penubuhan tersebut salah seorang dari pemimpinnya iaitu Ibrahim Yaakob telah mmenetap dan meninggal dunia diIndonesia.

    Prinsip perjuangan mereka adalah sama dengan UMNO iaitu atas dasar ras atau KEBANGSAAN ataupun Assobiyah mengikut terjemahan Tuan Guru Nik Aziz. Parti ini adalah parti melayu total dan melayu adalah Islam boleh dianggap parti ini adalah parti Islam.Tetapi tidak ada rekod yang menyatakan bahawa PKMM mahu menubuhkan negara Islam. Percanggahan dengan UMNO ialah kerana PKMM tidak mahu merdeka bersama kaum cina dan india, PKMM juga mahu menubuhkan penyatuan dengan Indonesia, disamping itu PKMM adalah aggresif dan keras menentang Inggeris. UMNO di anggotai oleh kakitangan kerajaan dan lepasan sekolah Inggeris yang mahu meneruskan sistem pemerintahan dan pentadbiran cara Inggeris selepas kemerdekaan. UMNO mengunakan pendekatan cara toleransi dan negosasi, PKMM memilih cara revolusi dan tekanan, mungkin juga pihak tidak membuka pintu negosasi dengan PKMM kerana meraka telah dicap berhaluan kiri. PKMM telah sanggup bersekongkol dengan pihak Jepun untuk menawan Malaysia dari pihak British.

    Selepas penjajahan Jepun pengaruh kominis telah bertiup kencang di Asia, revolusi merah di negeri China dan penguasaan kominis di Korea Utara dan Vietnam Utara telah memberi kesan dan mempengaruhi sebahagian besar dari pendatang cina diMalaysia.Kominis adalah ancaman besar kepada negara negara pendokong demokrasi.Hubungan PKMM pada masa itu dengan PKM ada tetapi tidak diketahui di tahap mana

    Akhirnya PKMM dan sayap sayap telah diharamkan dan telah berlaku penahanan kepada ahli ahlinya.Kebanyakan para ahlinya mencari perlindungan dan meneruskan perjuangan di dalam hutan. Mana mana yang tak sempat lari kehutan telah di tangkap antaranya ialah Ishak Haji Mohamad dan Ahmad Boestamam. Manakala Ibrahim Yaakob telah lari ke Indonesia. Ahli ahli saperti Shamsiah Fakeh, Hussin Ahmad,Manap Jepon telah masuk hutan bergabung dengan Parti Kominis Malaya demi untuk meneruskan perjuangan mereka
    melalui sayap melayu PKM, ketumbokan 36 yang diketuai oleh Abdullah CD (orang Lambor Kiri).

    Amnya PKMM bukanlah pertubohan kominis, dia adalah pertubuhan yang mahu memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu. Saya menganggap mereka adalah pejuang tulen yang sepatutnya mendapat tempat dibumi Malaysia selapas kemerdekaan. Ambil lah iktibar daripada perjuangan mereka dan berhati hatilah dalam memilih rakan didalam perjuangan. Janganlah kita terlalu emosi dan membenci kepada saudara sebangsa dan seagama dalam memperjuangkan dasar politik. Ambil lah penketaan rasional.Alfatihah buat semua pejuang kemerdekaan dari PKMM, UMNO dan PAS

    WASALAM

    P/s: Tolong buat pembetulan kalau ada fakta sejarah yang tersilap.

    LOP BEK
    Telok Bakong

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!