Jumaat, November 13, 2009
Abu Hasan bukan ADUN lagi – Speaker
Written by Syah
Wednesday, 11 November 2009 02:12
Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail memaklumkan bahawa Datuk Abu Hasan Sarif tidak lagi diiktiraf sebagai DUN walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut. Beliau berkata ADUN Kota Siputeh itu tidak dapat menghadirkan diri dalam dua sesi DUN dan ianya menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah (UTKK). "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah buat keputusan yang lain, saya anggap bertentangan dengan peruntukan 51 UTKK, jadi saya minta kepada mahkamah semak semula keputusan SPR.
"Jadi sementara nak semak, mengikut pandangan kita, kedudukan dia bukan lagi anggota dewan sejak 17 Ogos lalu, tidak timbul subjudis," katanya. Isa sebelum ini telah membatalkan surat jemputan untuk memanggil Abu Hasan bagi menghadiri sidang DUN pada 17 November ini. –Malaysia Today
malaysiatoday
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SPR ni memang babi...!!!!
BalasPadam