"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, November 09, 2009

SEKITAR PROGRAM LAWATAN PAS KAWASAN PASIR SALAK KE KAWASAN PARIT
















Laporan program:-

Semalam diadakan program lawatan Pas Kawasan Pasir Salak ke Kawasan Parit.Program yang dimulakan jam 5:30 petang ini dihadiri lebih kurang 10 orang wakil Pas Kawasan Pasir Salak dan 30 orang wakil dari Pas Kawasan Parit.Kehadiran Yang DiPertua Pas Pasir Salak dan ajk,K.p Pasir Salak dan ajk muslimat amatlah dialu-alukan.Tidak ketinggalan kehadiran Y.D.P kawasan Parit,Ketua muslimat dan K.p serta ajk kawasan dan Pemuda juga memeriahkan majlis yang didakan serentak seluruh Perak.Sebelum sessi suai kenal diantara Kawasan,pihak tuan rumah dan tetamu disajikan sedikit jamuan,sudah semestinya untuk mengisi perut yang sedang berirama.


Ucapan Alu-aluan kedatangan para tetamu dari Pasir Salak oleh K.P Parit.Kemudiannya Y.D.P Kawasan Parit,Ustaz Hassan B. Johar dengan gaya santai dan gurau mesranya membuatkan para hadirin riuh-rendah di dalam markaz.Antara peringatan yang diberikan oleh Ustaz Hassan ialah,program ini adalah satu usaha dari pihak Pas Negeri merapatkan ukhuwwah dan jalinan persaudaraan.Terutama sekali sejak akhir-akhir ini Pas sedang diserang dari dalam dan luar.Ternyata Pas masih longgar dalam Merialisasikan kepercayaan sesama mukmin dan PR itu sendiri.Selain itu Ydp juga tidak ketinggalan memperingatkan kita supaya jangan mudah alpa dan cuai menggerakkan jentera parti.Umno dilihat sedang merencanakan tindakan yang di luar jangkaan termasuklah cara jahat.Kemungkinan pembubaran dun hanya memberikan PR lebih banyak kekalahan.


Ydp Pasir Salak Ustaz Mustafa Shaari, tidak ketinggalan memberikan ucapan dan peringatan sesama pejuang.Kita diingatkan agar jangan termakan dengan dakyah dan berita dari media pro UMNO/BN yang terang-terangan menyerang peribadi Pimpinan Pas Pusat.Kemelut yang berlaku dua tiga hari ini,sedikit sebanyak mengundang prejudis sesama pimpinan dan PR itu sendiri.sedikit maklumat dari muktamar khas yang bertujuan untuk menjernihkan suasana,sedikit sebanyak membantu merapatkan lagi ukkuwwah yang agak longgar.Ydp juga berharap,agar program yang seumpama ini dapat direalisasikan sekerap mungkin diantara kawasan,kerana selepas ini Pas Kawasan Parit akan bertandang ke Pasir Salak.

Muslimat Pas Kawasan Parit,Dr. Najihatussolehah bt Ahmad,juga tidak ketinggalan membrikan ucapan.Diantara ucapan beliau ialah mengenai sumbangan para muslimat yang semakin jitu dan berpotensi besar untuk meluaskan pengaruh parti.Beliau juga memperingatkan agar para muslimin sanggup menghantar ataupun membenarkan isteri masing-masing turun membantu para muslimat di saf hadapan.Selain YDP dikedua-dua kawasan berucap,KP Pasir Salak,saudara Zamarul Aini juga sempat memberikan komen dan pandangan bagi pihak individu agar pelan strategi parti disesuaikan mengikut keadaan sesuatu kawasan.Syamsul Kamal juga memberikan komen dan pandangan agar diadakan kumpulan pemikir bagi tujuan merencanakan strategi yang lebih terkehadapan dari UMNO.

Program ini berlangsung sehingga jam 11 malam,dimana YDP Pasir Salak dijemput memberi kulliah maghrib di Masjid Kassimmiah,Kampung Layang-layang kiri.Kemudian beliau dijemput ke rumah 'Man Besi' di Changkat Banjar.Hujan lebat tidak mengganggu perjalanan program.Malah agak luarbiasa juga ketika YDP Mustafa Shaari berucap,hujan telah kembali 'soyat' dengan izin Allah.Rombongan pulang seawal jam 10:36 malam dan begitu juga dari pihak tuan rumah.Semoga program yang amat baik ini akan diteruskan lagi pada masa-masa mendatang...selepas ini giliran Pas Parit pula bertandang ke Pasir Salak yang belum ditentukan tarikhnya.wassalam

DPPK Parit

2 ulasan:

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!