"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Sabtu, November 07, 2009

MAHKAMAH MALAYSIA SUKAR MELAKSANAKAN KEADILAN


Assalamu' alaikum wm.wrt, Pada 5 November kelmarin, Mahkamah Persekutuan [proses undang-undang berakhir di mahkamah ini untuk membuat sesuatu keputusan, selepas ini hanya Yang DiPertuan Agong sahaja diberi kuasa budi bicara untuk membuat keputusan selanjutnya] telah mendengar rayuan daripada Menteri Besar [MB] Pakatan Rakyat [PR], di Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin untuk diisytiharkan batal dan tidak sah perlantikkan Zambry Abdul Kadir sebagai MB UMNO yang diangkat oleh Najib Tun Razak dan disokong oleh istana Perak.


Proses mahkamah ini didengar oleh panel 5 hakim [Nizar memohon panel 11 hakim, tetapi mahkamah telah menolaknya] yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff, 4 lagi ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong. Manakala bagi pihak Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah dan Zambry diwakili oleh peguam kanan Cecil Abraham.

Hujah asas pihak peguam bela Nizar berkisar pada perkara 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri [termasuk juga di Parlimen] di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah. Ini bererti, penyingkiran Nizar sebagai MB Perak mestilah melalui DUN [melalui usul dan undian tidak percaya], bukan melalui pintu belakang seperti yang dilakukan oleh UMNO secara samseng dan ganas seperti mossad Israel menyerang rakyat Palestain. UMNO menyalahgunaan kuasa dan mempergunakan kuasa untuk mempengaruhi istana, pasukan polis, mahkamah dan kakitangan awam agar kerajaan pimpinan UMNO terus tertegak di Perak.

Hujah ini terpakai dalam kes Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu, Datuk Mohd Ariff Mohd Yusoff memutuskan bahawa ia tidak ada kuasa untuk mencabar penggantungan 12 bulan oleh Parlimen ke atas Gobind yang berkuatkuasa pada 13 Jun lepas [ http://www.malaysiakini.com/news/115652 ].

Kes yang dihadapi oleh Nizar ada persamaan dari segi kuasa DUN dengan kuasa yang ada Parlimen seperti yang diperuntukan di perkara 72 [1] dan 72[2] terpakai. Yang membezakannya ialah kebebasan dalam penghakiman. Keberanian hakim sahaja diperlukan bagi menegakkan yang haq dan menumpaskan yang bathil. Dalam kes Nizar, kelihatan sebelum in ipara hakim teragak-agak untuk membuat keputusan melawan arus dan tidak kelihatan mereka bebas membuat keputusan. Mereka terikat untuk membela marauh istana dan maruah Najib, dan lebih penting dari itu ialah untuk menjaga kepentingan politik UMNO dalam Negara ini khususnya di Perak [kemudian akan diikuti di Selangor].

Bagi mencapai matlamat tersebut, UMNO sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira halal-haram, dosa-pahala. Demi kepentingannya, UMNO sanggup membelakangkan undang-undang dan perlembagaan, walau pun ia sedar yang ia melakukan kesilapan dan melanggar perlembagaan dan undang-undang yang ia gubal dan dikuatkuasakan, tetapi untuk UMNO, ia ada imuniti [imuniti Raja-raja telah dibuang pada tahun 1993] , tetapi ia tetap kebal dan tidak lut oleh undang-undang. Kedudukannya mengatasi undang-undang.

Dalam banyak kes yang melibatkan keputusan mahkamah, setakat ini didapati tidak ada yang menyebelahi Nizar, walau pun pada 11 Mei lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah, tetapi tidak sampai 24 jam, tindakan serta merta Mahkamah Rayuan yang bersidang telah mengantung keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, sementara menunggu rayuan rasmi yang dibuat oleh Zamry untuk dibicarakan mengikut proses undang-undang yang sedia ada [walau pun keputusannya telah ditetapkan terlebih dahulu] .

Apabila secara rasmi Mahkamah Rayuan menerima rayuan daripada Zamry, maka Mahkamah Rayuan tadi SEGERA membicarakan kes tersebut dan membuat keputusan membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dengan alasan-alasan yang sengaja direkacipta bagi mewajarkan pembatalan tersebut dibuat. Samalah kaedah yang digunapakai oleh pihak polis untuk penahanan OKT di bawah ISA iaitu dengan memberi alasan-alasan yang sering diulang tayang [sudah muak dan jemu mendengarnya] ialah untuk menjaga ‘keselamatan Negara dan ketenteraman awam'.

Rujuk link ini : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20877&Itemid=50

Dalam konteks perkara 72 dalam Perlembagaan, seperti yang diinginkan oleh sebahagian besar penyokong Pakatan Rakyat, nasihat saya kepada semua pencinta keadilan, janganlah terlalu mengharap keadilan akan dilaksanakan dan dilaksanakan khususnya di Perak, sekiranya ia melibatkan kepentingan UMNO terjejas. Jangan mengharap hujan dilangit, air ditempayan dicurahkan. Peringatan penting bagi PR membuka strategi baru menentang UMNO secara anak jantan.

Marilah kita lihat kebaruaan dan kedajalan hakim-hakim di Malaysia yang bertindak tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan [dari persepsi rakyat biasa], tetapi mengikut telunjuk pemimpin UMNO yang selamanya mengamalkan ajaran sesat dalam sistem politik Malaysia . Matlamatnya hanya satu untuk menyelamatkan UMNO dan membantu para pemimpin UMNO terus berkuasa dan memudahkan cara mereka membolot kekayaan Negara yang semakin terhakis, di samping mereka yang terlibat mempertahankan kuasa UMNO akan mendapat sedikit tempias. Habuan dunia.

Kita ambil contoh mudah, kes yang melibatkan kuasa dan kedudukan Speaker S.Sivakumar. Hakim coklat hack [Augustine Paul-Hakim Mahkamah Persekutuan], berhujah menggunakan perkara 72[1], memutuskan bahawa tindakan S.Sivakumar melalui DUN Perak mengantung Zamry dan 6 orang lagi itu tidak sah dan terbatal kerana konon katanya Perlembagaan Negara lebih tinggi daripada Perlembagaan di Negeri [alasaan merapu setakat hendak jadikan alasan-tidak ada nilai ilmu]. Oleh itu, hakim coklat hack berkata tindakan S.Sivakumar ini tidak laku dan sia-sia dari segi Perlembagaan.

Sebenarnya, hakim coklat hack inilah yang melanggar perkara 72[1] kerana dengan membatalkan pengantungan Zamry dan 6 orang itu, ia telah melanggar perkara 72[1] itu sendiri. Semenjak merdeka, mahkamah-mahkamah di Negara ini telah memainkan peranan yang tidak mencampuri urusan DUN atau Parlimen sebelum krisis politik di Perak, tetapi kini demi kepentingan UMNO durjana, Perlembagaan Negara telah diputarbelitkan menyebabkan Perlembagaan Negeri terpaksa akur dengan Perlembagaan Perskutuan. Merepek betul penghakiman yang dibuat oleh hakim ini.

Seorang lagi hakim, Azahar Mohamad, di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September lalu, berhujah dengan menggunakan perkara 72[1] juga, menyatakan bahawa mahkamah tidak boleh campur tangan dalam kekecuhan yang menyaksikan Sivakumar diusung keluar dari dewan dan dikurung dalam sebuah bilik di DUN Perak oleh anjing-anjing UMNO dan tempatnya diambilalih oleh S.Ganesan secara paksaan.

Tetapi, dalam masa yang sama hakim ini juga mengisytiharkan R.Ganesan sebagai Speaker yang sah. Sudah tentu, hakim ini membuat keputusan berasaskan perundangan, yang jelas beliau juga telah melanggar perkara 72[1], yang beliau sebut sebelum itu bahawa mahkamah tidak boleh campur tangan dalam urusan DUN.

Sangat menghairan dalam waktu yang sama, hakim ini boleh bertindak secara kontrakdik dan bersikap double standard terhadap Perlembagaan [undang-undang tertinggi di Malaysia]. Yang satu ini boleh, dan yang satu lain itu tidak boleh. Hal-hal seumpama ini boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada para hakim yang mengendalikan sesuatu perbicaraan di mahkamah dan sekali gus kredibiliti mahkamah akan dipersoalkan, ditambah lagi dengan isu Ketua Hakim yang kelihatan sudah tidak ada intergriti lagi seperti yang dibangkitkan dalam laporan audit 2008 dan kes-kes yang beliau hadapi sebelum ini.

Dalam pada itu, hakim ini juga tidak pedulikan perlantikan R.Ganesan sebagai Speaker tidak sah mengikut undang-undang kerana Ganesan telah melanggar perkara 36A(5) [laporan dibuat] kerana Ganesan didapati tidak meletakkan jawatan dalam Majlis Peguam ketika beliau memegang jawatan Speaker. Ganesan merupakan seorang peguam yang aktif dalam Majlis yang mengamalkan khidmat guamannya. Sampai sekarang isu Ganesan ini tidak sentuh. Pihak polis, Peguam Negara dan mahkamah tidak ambil pusing, lebih menumpukan kepada perancangan untuk mengekalkan kuasa UMNO memerintah Perak. Itu sahaja kerja-kerja puak-puak ini.

Kesan keputusan hakim Azahar yang seolah-olah barua UMNO ini sangat merbahaya masa depan demokrasi di Malaysia kerana dengan keputusan tersebut hakim ini redha, menghalalkan dan mengesahkan perbuatan pencerobohan ala samseng oleh UMNO dalam DUN Perak. Sedikit masa lagi mungkin pihak lain pula yang menceroboh mana-mana DUN di Negara ini disebabkan rasa ketidakpuasan hati sesuatu pihak dengan pihak yang lain. Bertambah celarulah sistem demokrasi dalam Negara ini gara-gara UMNO yang gilakan kuasa dan dibantu oleh hakim-hakim yang boleh dibeli dan disewakan semalam dua dengan dibayar dengan nilai yang amat memalaukan. Rujuk link di bawah ini :

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22435&Itemid=50

Sebagai kesimpulannya, saya berpendapat sekiranya hakim-hakim di Malaysia berpegang pada konsep keadilan sebenar khususnya kepada perkara 72 itu, maka keadilan dapat ditegakkan semula. Nizar pun sudah berjanji, sekiranya beliau disahkan sebagai MB, maka beliau akan segera mengadap Sultan Perak untuk mendapatkan memperkenan membubarkan DUN. Kuasa akan dikembalikan kepada rakyat. Rakyat yang akan menentukannya parti mana yang mereka mahu: Sama ada Pakatan Rakyat atau UMNO/BN akan menjadi pilihan, biar rakyat tentukan bukan mahkamah.

Akhirnya, keputusan yang bakal diumumkan Mahkamah Persekutuan nanti sudah dapat diramalkan : ZAMRY ABDUL KADIR ADALAH MB PERAK YANG SAH. Jadi, Nizar kalah lagi. Habis sudah proses undang-undang yang dilaluinya. Biar bagaiamana hebat sekali pun hujah yang dibentangkan oleh para peguam pihak Nizar, kehendak Najib tidak sesiapa yang boleh menghalangnya, kecuali dengan kehendak Allah swt telah datang untuk membantu memusnahkan UMNO melalui unsur-unsur dalaman dan luaran.

Kemenangan Zamry itu telah pun dibayangkan oleh A. Nazri Aziz, Menteri di JPM bahawa pilihan raya kecil [pembubaran DUN] tidak akan dilakukkan kerana mahkamah telah mengesahkan perlantikan Zamry sebagai MB Perak yang sah, malah dengan yakin beliau berkata pilihan raya di Perak akan dilakukan serentak dengan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Oleh itu, apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat apabila Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Nizar bukan MB Perak yang sah dan Pakatan Rakyat bukan lagi kerajaan di Perak?

"UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT"

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"


BATU GAJAH MARI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!