"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, November 16, 2009

Isu remaja dan arak di Kampar, tangani segera !



Rakyat Kampar mungkin tidak hairan dengan pendedahan oleh beberapa pemilik premis makanan dan perniagaan sekitar Plaza Keranji Jalan Pasar berkenaan isu pengemis dan pusat arak remaja Kampar di sana.

Sinar Harian edisi Perak (6Nov. 2009)- temubual mereka bersama beberapa pemilik premis makanan yang mengadu kawasan perniagaan mereka dikelilingi oleh para pengemis yang membuat kotor serta lorong celahan tangga seolah-olah ‘ pub kecil’ yang menjadi tumpuan para remaja sekolah meminum arak secara terbuka. Adakah hal senario biasa ini perlu dibiar berterusan?

Isu pengemis perlu ditangani oleh pihak pemaju Plaza Keranji berkenaan serta dikuatkuasa juga oleh pihak berkuasa tempatan. Kita jelas boleh mengandaikan perkara ini telah dimkalumi oleh pihak terbabit, tinggal lagi perlaksanaan dan penguatkuasaan sahaja yang kurang efektif.

Bau busuk dan botol arak murah terlonggok di celahan tangga dan kedai-kedai.

Isu arak murah yang dikeluarkan secara haram bukan perkara baru. Di Padang bandaraya Green Town anda boleh menjumpai secara mudah botol-botol arak murah berkenaan yang berkandungan 24% alcohol yang semestinya bukan sekadar mabuk, malah membunuh! Jika anda menghubungi alamat yang tertera pada botol tersebut, jawapannya anda menjumpai alamat ‘hantu’ yang tidak wujud.

Isu ‘arak haram’ perlu ditangani melalaui siasatan dari mana ia dijual dan dipasar kepada remaja sebelum Berjaya menjumpai kilang-kilang kecil mereka. Mayarakat juga tahu walaupun buat-buat tak tahu, berkenaan kewujudan arak murah Thai Song yang menjadi kegilaan mat rempit. Dijual dalam harga semurah RM3 sahaja, semua remaja mampu memiliki minuman beralkohol semaksima 30% !

Kerosakan akhlak remaja dan sosial di sekitar Plaza Keranji merosakan imej komuniti kita di sana. Kepada parti politik di sana, sila bertindak untuk kebaikan kebajikan masyarakat anda.


Muhammad Nuruddin Bashah
Setiausaha TERAS Caw Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!