"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Rabu, November 18, 2009

AKHIRNYA NIZAR MENANG DI HATI RAKYAT PERAK!


Kemelut di antara Nizar dan Zambry dalam menentukan siapakah MB yang Sah dari segi Perlembagaan Perak masih menjadi tanda tanya.Nizar walaupun jelas seorang yang kental berjuang sehingga ke titisan peluh yang terakhir,masih dinafikan hak beliau sebagai MB yang sah.Sah disini bermaksud mengikut perlembagaan dan bukannya perlembagaan bayangan/palsu yang diperjuangkan oleh UMNO/BN selama 9 bulan mentadbir Perak secara haram dan tidak bertamaddun.Zambry,walaupun nampak selesa kerana dilindungi oleh kera-jaan Malaysia,sebenarnya sedang bergelut mempertahankan sesuatu yang bukan haqnya iaitu jawatan MB.Beliau sedar mahkamah persekutuan adalah wadah yang terakhir.Sekiranya Mahkamah Persekutuan Mengesahkan Zambry ialah MB,maka segala keputusan melibatkan kes yang sama akan diragui serta dipersoalkan di masa kemudian kelak.Sebaliknya,andaikata Mahkamah Persekutuan,diulangi 'andaikata',memutuskan Nizar sebagai MB yang Sah,maka ianya sangat relevan, memandangkan kes ini banyak merujuk kepada precedent yang terkandung dalam kes Amir Kahar di Sabah, kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, kes Joseph Pairin Kitingan di Sabah, walaupun merit dan faktanya mengandungi sedikit perbezaan.


Hujjah dari peguam ,Sulaiman Abdullah yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin memberitahu “Seseorang Menteri Besar tidak boleh dilucutkan darpada jawatannya, walaupun dia kalah dalam undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri”. Dalam kes Stephen Kalong Ningkan, mahkamah telah memutuskan cara untuk membuktikan Ketua Menteri telah hilang kepercayaan majoriti wakil rakyat adalah hanya dengan undi tidak percaya dan sidang DUN."Oleh kerana Stephen Kalong Ningkan tidak meletakkan jawatan, jawatannya (pejabatnya) tidak boleh dianggap kosong. Oleh yang demikian, undang-undang darurat dikuatkuasakan bagi membolehkan satu pindaan dibuat untuk melucutkan jawatan Stephen Kalong Ningkan,”kata Suleiman yang menambah undang-undang negeri Sarawak adalah sama dengan undang-undang negeri Perak.Suleiman berkata, pindaan undang-undang melucutkan jawatan Ketua Menteri bagi kes Ningkan, terpaksa dibuat dibawah perintah darurat, adalah satu kenyataan bahawa seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar itu tidak boleh dilucutkan jawatannya.

Sedikit maklumat

Stephen Kalong Ningkan ke Betong dan menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 10 April 1961 di Betong. Stephen Kalong menjadi setiausaha agung. Tokoh pengasas lain ialah T.S. Tinker (Pengerusi), Edward Howell, Edwin Howell, Ivory Kedit, Mathew Dana Ujai, David Lawrence Usit, Nyipa Julin and Lionel Bediman anak Ketit.

Bagaimanapun Stephen Kalong menolak cadangan Tunku Abdul Rahman untuk gabungan Sabah ,Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak terutama peribumi Dayak. Pilihan raya 1962 diadakan dan SNAP menang banyak kerusi dan beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau juga memainkan peranan penting untuk membentuk Perikatan Sarawak dan menyandang jawatan Setiausaha Agung.



Mahkamah memutuskan perlucutan jawatan Ketua Menteri Sarawak bergantung kepada sama ada beliau mewakili perwakilan majoriti di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Akhirnya mahkamah memutuskan Stephen Kalong Ningkan hilang majoriti dan populariti. Stephen Kalong Ningkan merujuk Gabenor Sarawak (sebelum diubah kepada Yang diPertua Negeri Sarawak) ke mahkamah kerana tidak setuju dengan Gabenor Mahkamah menyebelahi beliau dan beliau dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sarawak .

Tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, beberapa pemimpin PESAKA,BARJASA dan PANAS pergi ke Kuala Lumpur dan mendesak pemimpin Persekutuan mengadakan persidangan Parlimen agar Perlembagaan Sarawak diubah. Pemimpin tersebut ialah Thomas Kana (Setiausaha Agung Pesaka), Temenggong Jugah (Presiden), Sidi Munan (Setiausaha Jugah) dan Alfred Mason (Setiausaha peribadi Jugah). SNAP menuduh mereka telah digunakan oleh Rahman dan Taib Mahmud bagi menjatuhkan Ningkan. Dengan itu bolehlah darurat diisytiharkan di Sarawak. Gabenor mengirim surat kepada Stephen Kalong Ningkan supaya mengundurkan diri dan jika masih tidak mengundurkan diri, maka beliau dianggap meletakkan jawatan secara automatik.


Berdasarkan maklumat dan fakta diatas,maka DPPK Parit berkeyakinan,sepatutnya Nizar masih MB Perak yang Sah.Hanya kerana itu nampaknya Mahkamah Persekutuan melengahkan keputusannya,sangat prejudis!Bagi kita yang beragama Islam,bukannya kita hendak perjuangkan undang-undang ini,tetapi berdasarkan keadilan dalam menegakkan hukum-hakam dunia.Kita bukan beriman dengan Perlembagaan Perak,tetapi kita hidup mestilah berkeyakinan kebthilan hendaklah dihalang dari bermaharajalela di Malaysia.Sebenarnya Nizar kalah di dunia yang penuh dengan ketidakadilan,tetapi telah menang dengan hujah dan langkah keyakinan sebagai pejuan yang unggul di Perak.wassalam

DPPK Parit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!