Ahad, November 29, 2009
MENDEKATI GOLONGAN MUDA
Pemuda secara dasarnya dilihat sebagaai golongan yang dikatakan (non partion ) tidak cenderung untuk menyertai mana –mana pergerakan politik . Sifat mereka yang non statik itu bukan sahaja boleh dilihat sebagai (political obstacle ) cabaran politik tetapi mesti dilihat sebagai sebagai potensi politik ( political potencial ) yang dapat merubah masa depan dan landskap pollitik negara.Golongan muda mewakili lebih 68% daripada jumlah penduduk dinegara ini sebenarnya merekalah yang mempunyai (force) kuasa untuk untuk mengubah bentuk dan daya kepimpinan negara .
Menjadi cabaran yang besar kepada kita untuk mendekati mereka ( kita pemuda pas ) kerana Indentiti mereka mereka telah ditempa menjadi entiti yang dilihat moden dan liberal berbeza dengan pemuda pas yang dlihat lebih islamik dan konservatif ,lalu ujudlah pertembungan indentiti yang sengaja dicipta oleh musuh-musuh islam melalui penerapan pelbagai program yang ditanamkankan kedalam minda anak-anak muda.
Walaubagaimanapun sifat anak muda yang non statik itu masih lagi dilihat sebagai satu potensi untuk berubah, mereka melihat sesuatu itu secara tidak statik dan mahukan nilai tambah dari semua segi kehidupan samaada politik ,ekonomi ,pendidikan termasuk juga agama itu sendiri ,ianya sesuatu yang harus ditawarkan kepada mereka .
Pemuda pas yang membawa indentiti islam itu perlu bijak didalam pendekatan dan penampilan mereka didalam masyarakat ., mereka perlu dilhat lebih aggresif dan konsruktif dalam memainkan peranan mereka didalam masyarakat . golongan muda mahu melihat pendekatan politik yang bersifat idealis bukan berbentuk ‘retorik' semata-mata dengan memberikan sebab –sebab dan alasan –alasan tetapi perlu Mengerakkan jalan-jalan penyelesaian untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat.,
itu yang mereka mahu lihat dari kita ( pemuda Pas ) justeru kepimpinan pemuda itu mesti bersifat dinamik serta mempunyai jati diri yang tinggi .
Pertembungan identiti mengujudkan benteng-benteng komunikasi (communication barrier) yang seringkali menjadi batu penghalang kepada pemuda pas
Untuk mendekati golongan muda. Oleh itu ruang –ruang( enggagment) tautan harus dibuka seluas-luasnya kepada golongan muda. Sebenarnya pemimpin pemuda yang idealis adalah amat penting ,kerana ini adalah zaman persaingan idea .Pimpinan Pemuda harus lebih agresif dan idealis dalam mendekati golongan muda,antara yang boleh diambil contoh ialah apa yang dilakukan dizaman y.b sallehudin ayub menjadi ketua pemuda pas pusat beliau telah mencetuskan satu kondisi politik yang sebut (enggagment era ) .Apa yang beliau cuba lakukan ialah memecahkan strategi pendekatan yang tradisi kepada sesuatu yang dapat menarik anak-anak muda untuk turut bersama didalam program yang dianjurkan oleh pas.Pemuda Pas Pusat telah tampil dengan satu idea yang agak kontroversi yang sudah tentu menarik perhatian berbagai pihak terutamanya anak- anak muda iaitu dengan menganjurkan konsert diMarkaz Tarbiayah Pas Taman Melewar .Proses atraksi (attract attention) yg dilihat begitu berjaya .Hasilnya jalan –jalan untuk meruntuhkan benteng-benteng komunikasi itu mulai kelihatan .Salehuddin berjaya meletakkan satu penanda aras( benchmark ) dalam menampilkan bentuk kepimpinan yang idealis yang reputasinya cukup baik untuk menjadi contoh generasi pimpinan terkemudian .
Ideanya kelihatan agak kontroversi pada awalnya menyebabkan tok-tok
‘kita terpaksa membuka kitab untuk membincangkan konsep praktis hiburan dalam islam itu sendiri, bagi memenuhi kehendak dan tuntutan semasa .Hiburan telah menjadi senjata utama musuh-musuh islam untuk mencipta persepsi yang mengambarkan islam itu terlalu ekslusif hanya untuk golongan –golongan yang bergelar tok guru sahaja ,benteng-benteng pemikiran didalam masyarakat yang telah bertapak begitu lama dan kelihatan sukar untuk dirobohkan .Akhirnya para ulama telah menampilkan satu pendekatan baru dengan menampilkan konsep berhibur mengikut syariat apabila tok guru Nik Aziz sendiri memulakannya dengan konsert sambutan jubli perak Bandaraya kota baru , satu lagi proses (engagement)tautan yang berjaya dilakukan membuka dimensi baru dalam minda masyarakat tertutamanya anak-anak muda dalam membentuk dan mencari indentiti mereka .
Dibarat proses (engagement)tautan yang dilakukan oleh golongan selebriti seperti cat steven (yusuf islam ) dalam membawa masej islam telah memberikan impak yang cukup besar terhadap perkembangan islam itu sendiri dimana beliau secara peribadi mengislamkan hampir seribu orang setiap bulan . Sebenar nya anak-anak muda ini mencari ikon-ikon yang mudah untuk mereka dekati sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka tidak kira apa saja imej ikon itu ,asalkan mereka mampu berada ditengah –tengah kelompok anak-anak muda dengan menawar kan sesuatu yang `dapat menarik perhatian mereka kerana sifat mereka yang non statik itu mudah tertarik kepada sesuatu yang berbeza ,imej tok guru yang asalnya dilihat konservatif telah sama sekali berubah apabila berlakunya anjakan paradigma ( paradigm shift )dalam pendekatan –pendekatan politik yang dilakukan . Mungkin benar mereka takutkan jubah dan serban tetapi mereka rata-ratanya sukakan hiburan,apa yang perlu ditawarkan ialah hiburan yang dapat membentuk keperibadian seorang muslim yang sejati .Tetapi perlu dingat anak –anak muda zaman ini bukan sahaja melihat tawaran dari segi hiburan semata-mata tetapi lebih daripada itu , mereka mahukan bentuk kehidupan yang terjamin (secure life ) iaitu peluang- peluang pekerjaan ,kewangan ,pendidikan ,pemlikin asset,kestabilan politik dan sebagainya . Mereka ini mewakili berbagai golongan dan katogeri umur,yang pasti pola pemikiran mereka mempunyai pelbagai variasi dengan kehendak yang pelbagai .
Justifikasi Idea yang selari diantara tokoh pimpinan dari zaman yang berbeza itu memberikan daya yang cukup kuat dalam membentuk perspektif pendekatan politik yang lebih baik kepada masyarakat . Krebiliti pemimpin itu dilihat dari penampilan yang progresif dan idealis.Melihat bagaimana tok guru sendiri mengolah idea dari golongan muda tanpa mencetuskan sedikit pun konflik idea( conflict of ideas) memberikan gambaran bahawa seorang pemimpin itu perlu bijak dalam membuat justifikasi terutama justifikasi idea. Zaman ini merupakan zaman persaingan idea hanya mereka-mereka yang idealis sahaja mampu untuk mencipta reputasi didalam masyarakat. Pemimpin merupakan medium utama dalam mendekati masyarakat .Pas bukan sahaja harus diterima dengan program-progaram yang disajikan tetapi dengan kekuatan pimpinan yang idealis itu yang dapat diterima oleh masyarakat terutama golongan muda..
Botaman (dewan pemuda pas parit)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Yang buat kroje tak senonoh tu semua pemuda PAS. Termasuklah mike...
BalasPadamIslam pasti MENANG. PAS pasti TUMBANG. Ini pun dah tumbang.......
BalasPadam