Sabtu, November 07, 2009
SAYANGILAH SEMUA GERAKAN ISLAM,TERUTAMA SEKALI PAS
Mengapa aku sayang pada PAS?Mengapa aku bermati-matian mempertahankan PAS dari serangan musuh?Mengapa aku beria-ia benar mahu PAS memerintah MALAYSIA?Persoalan itu akan terjawab sebentar lagi bagi aku yang jiwa dan raga sudah terpaut pada gerak kerja ISLAM ini.
Kalau nak diikutkan,baru tahun ke 4 aku sertai PAS walaupun sampai sekarang masih tidak daftar sebagai ahli.Bagi aku yang penting bukan bukti,tetapi gerak kerja ISLAM.Aku bukan dari aliran orang yang bersekolah arab,pondok,maktab ataupun universiti,aku hanyalah contoh manusia gagal dalam bidang arkitek,dalam perakaunan pun aku gagal,dalam agama sendiri pun aku jahil.Umur aku baru mencecah 30-an,tetapi bara yang ada dalam sanubari untuk gerakan ISLAM bersama PAS rasanya korang tak mampu nak jangkau julangannya.Mengapa aku menjadi seperti ini?Adakah ini yang dikatakan hidayah?Mungkin juga,mungkin tidak..!!!umur masih muda,macam-macam boleh berlaku.
Aku sudah berminat dengan PAS semenjak dibangku sekolah menengah,dalam tingkatan 2.Tapi,biasalah...budak-budak,mana ada sumbangan tenaga dan wang ringgit!sokong-sokong gitu je le.Aku bukan manusia yang suka kepada populariti ataupun nak tonjol-tonjol diri...selamat rasanya hanya menjadi orang kuat,tetapi low profile...sangat senyap tetapi berbisa.Kenapa aku jadi begini???Inilah hasil didikan seorang kawan yang berjuang bukan kerana bangsa,wang,pangkat dan darjat...semua gerak kerja dilakukan sedaya upaya demi Allah dan Islam.Siapa yang peduli apa didalam hati?Memang susah mengawal hati...tetapi inilah perjuangan....nafsu inginkan nama sentiasa melambai-lambai.Alhamdulillah...berkat rakan-rakan dalam perjuangan yang sanggup menegur segala kesilapan dan sikap diri yang mahu keredhaan Allah...maka mudah bagi aku menepis godaan nafsu.
Aku memahami fikrah perjuangan,didalamnya bukan kita yang menentukan hasilnya,Allah lah yang MAHA BERKUASA memberikan hasil pada setiap gerak kerja PAS.Sedaya upaya,seboleh mungkin aku mahu Islam itu ditegakkan dalam hayat yang singkat ini.Mengapakah aku sanggup bermati-matian menegakkan perjuangan ini?Mungkin kerana aku sudah ditakdirkan untuk mati dalam arena politik tanah air...yang penting selagi ada manusia yang menegakkan kemungkaran,selagi itu Allah turunkan manusi-manusi yang bengis melawan kemungkaran itu...bagaimana jalannya?Selagi ianya dalam jalan-jalan yang diredhai ALLAH,maka jangan hairan akan wujud manusia seperti nordin mat top.Dia bukan idola aku,tetapi itulah janji ALLAH kepada manusia-manusia yang tidak mahu menerima kebenaran.
Sejak timbul isu 'UG' ni,aku mula berfikir,adakah orang yang beriman sudah berani berbaik sangka dengan musuh?siapa musuh?Adakah UMNO itu musuh?aku tak bermusuh dengan UMNO,tetapi aku bermusuh dengan gerak kerja toghut.Siapa pula yang toghut?Syaithon dan sekutunya adalah tohgut?siapa pula sekutunya?Sekutu syaithon ialah yang sefahaman dengan syaithon.Syaithon itu sentiasa mengajak kepada yang haram dan bersedap-sedap didunia.Siapa yang bersedap-sedap didunia?Manusi-manusia yang mengikut hawa nafsu dan bertuhankan selain dari ALLAH.Adakah UMNO bertuhan syaithon?Setiap manusia yang engkar terhadap ketentuan ALLAH,maka walaupun mereka cuba menipu untuk menutup kemungkaran dengan membuat kebaikan pula.Mana mungkin orang-orang beriman boleh tertipu dengan gerakan kemungkaran ini kecuali kerana sudah termakan umpan dan gula-gula toghut.Ingatlah wahai saudaraku yang berimankan hari akhirat,akan sampai waktu juga Islam dan gerakan toghut ini terpecah,kerana tidak tahannya dengan ujian ALLAH.Insya ALLAH...selagi PAS perjuangkan ISLAM,berpegang teguh dengan ajaran MUHAMMAD,Mencegah hampir sedaya mungkin kemugkaran,usah dirisaukan tenaga dari orang-orang muda ini.Kami memang sedikit...tetapi demi agama ISLAM dan manusia-manusia yang menganutnya,perjuangan ini haram ditinggalkan dan wajib pula didaulatkan....takbir!!!takbir!!!takbir!!!...walillahilhamd....
MUJAHID PARTI ISLAM SEMALAYSIA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.