"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, November 24, 2009

Hanya kekejangan otot, Nasharudin dijangka keluar esok


KUALA LUMPUR, 24 Nov: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam hanya mengalami kekejangan otot di bahagian dada dan dijangka akan keluar esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu perkara itu kepada Harakahdaily selepas menerima khidmat pesanan ringkas (sms) dari Nasharudin sebentar tadi.

"Dia (Nasharudin) mesej saya tadi, dia bagitahu dia tak ada masalah komplikasi jantung, yang ada cuma kekejangan otot-otot di bahagian dada,"

"Doktor minta berehat, esok dah boleh keluar," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sewaktu ditemui di lobi parlimen pagi tadi.

Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachock dirujuk ke IJN selepas mengadu sakit dada sewaktu persidangan Dewan rakyat jam 11.45 pagi semalam.

Sejurus selepas itu, beliau dengan ditemani Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar bertemu doktor di klinik parlimen.

Bagaimanapun, selepas melalui ujian electrocardiaogram (ECG), doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.

Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda dan kemudiannya menaiki ambulan ke IJN.

Beliau kini dalam keadaan stabil dan masih berehat di IJN.

harakahdaily.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!