"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, November 03, 2009

HALATUJU POLITIK NEGERI PERAK SELEPAS 5 NOVEMBER

Dalam sejarah demokrasi Negara ini selama lebih 50 tahun belum pernah terjadi terdapat dua menteri Besar dalam satu masa. Cuma dizaman sultan Idris seakan-akan terjadi sebahagian daripada senario politik pada hari ini apabila Mb besar pada masa itu Tan Sri Ghazally jJawi enggan melepaskan Jawatan sebagai Menteri Besar sehingga sultan Perak bernazar tidak akan mencukur sebarang bulu yang tumbuh daripada batang tubuh baginda sehingga hasrat baginda untuk melihat jawatan menteri besar dilepaskan tercapai .
Jika kita bercerita tentang pergolakan politik perak sebenarnya mempunyai sejarahnya yang unik dan tersendiri .Negeri ini bukan saja ditabir oleh dua menteri besar tetapi pernah juga ditabir oleh dua orang sultan ,perkara ini berlaku dizaman pemerintahan sultan muzaffar shah 111( raja ini ) yang memerintah dari tahun 1728 -1756 .Pada tahun 1742-1743 telah berlaku perebutan kuasa diantara Baginda Sultan dan Adinda baginda sultan Muhammad shah (raja muda ) sehingga memaksa Sultan Muzaffar Shah yang bersemayam di Bota(Brahman Indra) berundur kekuala- kangsar ,tetapi pergolakakan ini akhirnya ditamatkan melalui rundingan sultan muhamad shah kembali menjadi raja muda dan sultan muzaffar shah kembali memerintah sehingga baginda mangkat dan dmarhumkan dibota( makam haji allah ) .
Sebenarnya pergolakan Politik negeri Perak juga bermula di bota apabila adun bota Dato Nasaruddin Hashim( adun Bn ) telah mengistiharkan keluar dari parti dan menyertai Pkr ,tetapi apa yang berlaku beberapa hari selepas itu beliau telah hilang dan gagal dikesan akhirnya muncul dengan Najib di Putra Jaya dan menyatakan akan terus menyokong barisan Nasional .., kemudiannya kita lihat bermulalah aksi lompat parti tiga adun Pakatan rakyat dua dari Pkr dan satu daripada Dap yang menyebabkan Pakatan Rakyat kehilangan negeri perak melalui rampasan kuasa(kudeta) dan konspirasi yang cukup terancang .Kita melihat inilah corak politik yang cuba dimainkan oleh Najib , sehingga hari ini ada sahaja adun yang Berjaya di beli dn akhirnya menyertai barisan nasional yang sebenarnya memudah kan lagi usaha pemutihan Kerajaan Pakatan Rakyat bagi membersihkan kerajaan dari peminpin yang bermasalah(problematic leader) dan pemimpin yang korupsi.
Tanggal 5 november ini dilihat sebagai amat penting bagi masa depan politik
dan sistem demokrasi,bukan sahaja dinegeri perak tetapi negara secara keseluruhannya.
Seluruh Negara dan Dunia akan melihat samaada sistem pentabiran Negara ini akan
terus kekal relevan dalam memelihara perlembagaan yang sedia ada atau tindakan yang bakal dilakukan tidak akan sejajar dengan amalan demokrasi itu sendiri(atau najib akan terus menjadi tauke sarkis –membayar adun-adun untuk melompat)
Jika Mahkamah Persekutaan mengiktiraf Dato Seri Nizar Jamaludin sudah tentu pada persidangan yang pertama beliau akan mengumumkan pembubaran dun perak. Itu merupakan satu andaian yang paling mudah untuk kita melihat halatuju politik negeri perak.
Sebelum ini kita melihat bagaimana mahkamah tinggi telah mengumumkan Nizar sebagai Mb yang sah tetapi keputusan itu hanya bertahan selama 19 jam sahaja apabila mahkamah rayuan telah menangguhkan keputusan mahkamah tinggi tersebut
Akhirnya kes ini terpaksa diseret kemahkamah persekutuan dan keputusannya akan diketahui 5 november ini .
Umno /bn bukan sekadar dilihat ,melakukan rampasan kuasa diperak tetapi telah masuk campur dalam keputusan –keputusan penghakiman dimana keputusan mahkamah kelihatan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu, kredibiliti dan integriti mahkamah mula dipersoalkan oleh rakyat .Sistem perundangan itu sendiri telah menjadi sesuatu
yang dipertikaikan kerana rakyat sudah mula hilang kepercayaan.
Krisis politik di Perak bukan sahaja telah meyebabkan satu tribulasi politik tetapi sikap tidak bertanggungjawab Najib telah mengherat Instutusi Raja yang didalam permainan politik beliau,satu tindakan yang membahayakan Perlembagaan Negara kerana umum mengetahui perlembagaan Negara ini dibina diatas asas Sistem Raja Berpelembagaan ,suasana penentangan itu sengaja dicipta,rakyat terpaksa turun
kejalan –jalan untuk menyatakan peri pentingnya keadilan dan kebenaran ,sebenarnya
Najiblah pengkhianat yang telah melibat raja dalam krisis politik negeri Perak .Ini telah meletakkan raja-raja melayu dalam kedudukan yang betul-betul tidak selesa.
Rakyat Perak mungkin agak keletihan untuk menzahirkan penentangan mereka terhadap tindakan biadab dan tidak bertamadun( barbaric ) kerajaan umno Barisan Nasional ,tetapi bila survey dijalankan lebih 92 % rakyat negeri ini mahukan Pembubaran Dun .Rakyat Perak mahu melihat kestabilan didalam negeri ini dengan memberikan mandat kepada kerajaan yang dipilih.Ketika ini umno dilihat menghadapi apa yang di panggil silent voters dan keadaan ini amat membimbangkan mereka, Umno /Bn dilihat cuba melaksanakan Program-program dan Projek-Projek yang berbentuk sogokkan kepada pengundi-pengundi di Perak ,antaranya memberikan geran –geran tanah kepada kaum cina satu polisi Pakatan rakyat yang amat ditentang oleh mereka sebelum ini!!.,dan ada banyak lagi perkara yang dilakukan oleh mereka untuk terus berusaha mendapatkan sokongan rakyat .
Mungkin ada yang meramalkan keputusan mahkamah Persekutuan akan memihak kepada Zambry dan jika ini berlaku pilihanraya umum yang ke-13 dijangka
akan diadkan lebih awal kerana najib perlukan mandat yang besar dan kabinet yang dibentuk oleh beliau sendiri bagi menjamin konitiniti survival politik peribadi dan segala bentuk program dan projek sogokkan ini akan diteruskan sehingga mereka dapat menawan balik hati rakyat .
Sebenarnya tiada siapa pun yang dapat menyatakan halatuju politik negeri ini semuanya bergantung kepada keputusan Mahkamah tinggi pada 5 november ini tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana Pakatan Rakyat mestilah dilihat sebagai satu-satunya pilihan terbaik kepada rakyat untuk mentabir negeri ini dan negera secara keseluruhannya kerana inilah cabaran dan halatuju politik Negara di masa depan.kepada semua penyokong pakatan berikanlah yang terbaik .



Dari :botaman

1 ulasan:

  1. moh kite turun beramai2, jumpe di sane ek, nak kenal jugak batang tubuh pemuda parit ni... huhu

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!