Jumaat, November 06, 2009
APA HASIL GERAK KERJA PR?
Keputusan mahkamah persekutuan semalam banyak mengundang tanda tanya kepada rakyat terutama warga Perak.Ternyata hujjah dari pihak Nizar dan Zambry mengundang perasaan kurang senang hakim-hakim.Manakan tidak,sekiranya Zambry menang,maka ternyata undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak tidaklah sebaik mana,ianya tidak lebih sekadar memberi harapan palsu kepada PR untuk memerintah (sekiranya Dun Behrang dan Dun Changkat jering Dibubar,tidaklah perlembagaan Perak ni dicabul sesuka hati oleh BN/UMNO).Mahkamah juga memainkan peranan ketika membatalkan keputusan speaker Sivakumar mengosongkan Kedua-dua Dun.Sultan yang nampak tidak selari dengan Nizar juga sedikit sebanyak menyumbang kegawatan pentadbiran negeri dan kita tidak lupa, berkat kerja keras Najib membawa hasil yang lumayan,tidak kiralah samada hasil itu sah atau tidak.
Semuanya sudah terpalit dalam sejarah,sejarah pasti akan dikenang mungkin 40 tahun lagi...siapa tahu...sejarah BN/UMNO yang rakus dengan melibatkan seluruh jentera kerajaan dari polisnya sampailah FRU pun disalahgunakan.Dalam setahun,UMNO berjaya menghuru-harakan ketaatan kepada perlembagaan yang termaktub dalam rukun negara.Sultan yang dilihat tidak bertindak seperti sepatutnya,iaitu lebih bijak mengambil jalan mudah dengan mahu membubarkan Dun Perak,kesannya terhadap rakyat sangatlah mendalam...mentang-mentanglah mereka berkuasa di Pusat,dicabul sesuka hati perlembagaan negeri.Kita masih ingat bagaimana arahan speaker Sivakumar tidak diendahkan oleh bentara,seolah-olah sudah berpakat dengan siapa perlu berurusan.Sangat mengecewakan apabila Satu-satunya speaker yang diseret di dunia ini,dilayan seperti penjenayah.Polis(walaupun berlagak berpakaina seperti orang kerajaan)gagal menipu rakyat Perak.Mereka sebenarnya sudah ada kertas kerja bagaimana mahu bertindak,dari pelan A sampailah pelan D.Tetapi pelik juga,apakah kerja polis termasuk mencampuri urusan dalam dewan?dan bertindak secara fizikal ke atas speaker dibolehkan oleh Perlembagaan negeri?Ianya pasti tercatit dalam sejarah,namun sejarah pasti tidak boleh ditipu,ianya memang ditulis dan dipahatkan.Bagaimana UMNO menipu dalam sejarah tentang perjuangan PKMM,cara yang sama juga akan digunakan pada PR.Pasti PR akan dicop sebagai pengkhianat sama seperti UMNO meng'cop'kan PKMM dahulu.Tetapi siapa yang boleh menghentikan gerak kerja muslihat jahat ini?PR dengan kemampuan terhad tidak mampu untuk melawan arus kezaliman BN/UMNO..sekadar mengharapkan sokongan dan dokongan rakyat berterusan tanpa mengenal erti penat jemu...dan kita sebagai orang beragama islam,kembalikan segala urusan kepada yang Haq.Allah jua kembali segala urusan.
Kalau dibubarkan Dun sekalipun,PR nampaknya kemungkinan akan kalah lebih banyak kerusi(kalau nak ikutkan mood rakyat).Tetapi yang pasti,siapapun yang memerintah perlulah mengikut ruang lingkup Perlembagaan Negeri,kalau tidak mahu ikut...lebih baik jangan tulis ia sebagai akta/undang2/perlembagaan...cukuplah sekadar menulis hanya hakim yang layak menghukum setiap perkara...biar hakim pulak yang penat...Teringat pula bagaimana kes yang dibawa oleh Sivakumar boleh ditolak hakim,kononnya tidak boleh campurtangan urusan DUN...Pelik kan hukum manusia???itu baru manusia yang boleh berbolak balik keputusannya...cuba bayangkan hukum Allah pada pihak yang gemar menzalimi???lagi dahsyat!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.