"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Rabu, November 11, 2009

K'jaan S'gor dedah risalah rahsia pertama



K'jaan S'gor dedah risalah rahsia pertama

Hari ini, kerajaan Selangor mendedahkan satu daripada tiga risalah - yang sebelum ini dikategorikan rahsia - yang memperincikan perpindahan tanah milik rakyat negeri itu di Bukit Cerakah, Shah Alam kepada seorang pemaju hartanah menyebabkan seramai 383 penduduk miskin itu kehilangan tanah berkenaan.

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata pendedahaan maklumat berkenaan berkaitan projek Bandar Alam Perdana, yang sebelum ini dikategorikan rahsia bawah Akta Rahsia Rasmi itu, bertujuan untuk memberi gambaran sebenar kepada projek berkenaan.

Beliau mendedahkan maklumat itu hari ini berdasarkan bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan.

Katanya lagi, pendedahan melalui risalah yang akan diedarkan kepada masyarakat umum itu, juga akan memboleh petani dan pemilik tanah seluas 6,785 ekar itu mengambil tindakan ke atas pemaju terlibat.

"Sebelum ini mereka tidak boleh ambil tindakan sebab tidak tahu kedudukan sebenar," katanya dalam sidang media selepas sidang DUN hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Dua risalah rahsia dijadual didedahkan masing-masing pada 13 (Jumaat) dan 16 November (Isnin) ini - satu daripadanya adalah mengenai Bukit Botak.

malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!