Isnin, November 16, 2009
BENARKAH PENGGUNAAN BOTOL PLASTIK MERBAHAYA???!
Kenyataan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai bahaya botol plastik menjadi isu hangat.Kesan toksid yang melampau terbukti wujud dalam botol plastik.Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Pulau Pinang,K. Koris Atan memberikan sedikit fakta bahaya dari botol plastik ini.Botol plastik ini sekiranya terdedah kepada matahari,boleh mencecah 30 darjah celcius,sememangnya memudaratkan pengguna.Persatuan Bahan Kimia Amerika juga mendapati,dengan cuaca yang panas,bahan kimia boleh larut bersama air,malah ,mengubah keseimbangan bahan kimia.Fakta ini dinyatakan oleh Dr.Ken Smith.
Saintis Jerman juga mendapati,sejenis bahan toksid yang dikodkan sebagai PETiaitu antimoni mampu untuk larut dalam air dengan serta-merta.Jika proses ini berlarutan dalam jangka masa yang panjang,pastinya akan menyebabkan keracunan.Dunia hari ini menggunakan 2.7 juta tan bagi membotolkan air setiap tahun.Pembakaran botol ini juga mengakibatkan pembebasan debu dan gas kloron pastinya mencemarkan alam sekitar.
Sebagai laangkah-langkah yang selamat,kita perlu sensitif akan hal ini,dengan mengambil botol kaca sebagai ganti.Jelas,walaupun mahal dan berat,tetapi ianya relevan dalam jangkamasa panjang.Kita hendaklah menyebarkan akan bahaya penggunaan botol plastik ini.Diharapkan,pemerintah tertinggi negara ini,perlu memikirkan semula penggunaannya.Rakyat juga perlu sebarkan dengan bersungguh-sungguh akan masalah negara ini.
ILHAM DPPKP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.