Rabu, November 11, 2009
ASRI TERUS JADI BAHAN EXPERIMENTAL POLITIK UMNO /BARISAN NASIONAL
Kenyataan Dr Asri tentang pendiriannya untuk meneruskan usaha dakwah islam tanpa menyatakan pendirian politik yang jelas ( political stance) dilihat mampu mencetuskan kekeliruan dikalangan masyarakat islam didalam Negara ini.Sikap yang ditunjukkan
mencetuskan stigma didalam pemikiran masyarakat bahawa agama itu bukanlah sesuatu yang dapat dikaitkan dengan politik .
mungkin melabelkan beliau sebagai wahabi itu agak keterlaluan tetapi mengasingkan agama dan politik itu adalah sesuatu yang lebih besar implikasinya kepada
masyarakat Islam terhadap satu kefahaman yang salah terhadap kepentingan politik islam didalam pentabiran Negara.
Dari perspektif politik kita melihat perkembangan ini merupakan salah satu cara yang dilakukan oleh musuh-musuh islam untuk menguji pemikiran umat islam
sejauh mana kefahaman mereka mengenai politik islam itu sendiri.Berbagai usaha telah dilakukan oleh mereka untuk menanamkan agenda Politik secular ( politik yang dipisahkan dari agama) termasuklah menggunakan tokoh-tokoh agama yang kelihatan berimej moden dan liberal .
Seharusnya tokoh-tokoh agama seperti Dr Asri menyatakan( political stance) beliau secara jelas agar umat islam dinegara ini tidak terkeliru dan terjerumus didalam perangkap musuh –musuh islam .Mereka sebagai Public figure mempunyai pengaruh mereka yang tersendiri didalam masyarakat ,sikap mereka yang tidak menyatakan sesuatu secara jelas akan menyebahkan mereka menjadi alat musuh-musuh islam dalam agenda merosakkan islam dan Umatnya.
botaman (dppkparit)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.