"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, November 17, 2009

KENALI HAJI MUHAMMAD ISMI BIN HAJI MAT TAIB


Muhammad Ismi b. Mat Taib dilahirkan pada tarikh 24 mei 1974 di Kampung Selboh,Parit.Beliau adalah dari lepasan Sarjana Usuluddin Al-Quran dan Al-hadith Universiti Malaya.Juga Sarjana Muda (kepuian) Bahasa Arab University Of Jordan.Anak muda Parit ini pernah bersekolah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah Ipoh dan selepas itu terus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Sultan Alam Shah,Klang Selangor.

Selepas tamat pngajiannya diluar negara,beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muhammmad Shah,Parit bagi menyemai bakti kepada anak Parit.Pernah bekerja sambilan sebagai pensyarah di uitm.Antara lain kerjaya beliau ketika itu ialah sebagai pensyarah Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBBM) di Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Sekarang,beliau adalah Pengarah Urusan Dan Pembimbing Umrah didalam satu Syarikat yang sangat di kenali di Parit ini iaitu Darul Mubarak Travel And Tours.Syarikat ini adalah antara syarikat yang diberi kepercayaan untuk menguruskan hal berkaitan dengan haji dan umrah.Dengan rekod yang baik,pastinya ianya memberikan warga Parit pilihan untuk melaksanakan umrah ataupun haji.Beliau merupakan guru agama yang bertauliah di Perak.Peribadi beliau yang tenang dan bersahaja,walaupun lembut berbahasa adalah sangat dihormati oleh kawan dan lawan.

Beliau sangat aktif dalam urusan Parti Islam SeMalaysia.Pernah menjadi bendahari DPP Perak pada tahun 2007.Pernah juga memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit dari tahun 2007 sehingga 2009.Ustaz Ismi juga dikelnali dikalangan staff SUHAKAM dimana beliau memegang jawatan jurulatih Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bermula dari tahun 2003 lagi.

Beliau telah berkahwin dengan gadis pilihannya sendiri iaitu Puan Maslina Bt Muhammad serta dikurniakan 5 orang anak yang,insya Allah akan menjadi pejuang kelak.Ustaz Ismi sebenarnya sangat suka dengan pelbagai aktiviti seperti anak-anak muda lain.Rekod baik yang ditinggalkan oleh beliau semasa menerajui pimpinan DPPK Parit sangat terkesan.Sekarang,beliau adalah Timbalan YDP Kawasan Parit,bersama-sama membantu Ustaz Hassan Johar yang sangat disayangi oleh Warga Parit. Alhamdulillah,kami sebagai penyambung gerak kerja Pemuda terdahulu tidak akan membiarkan musuh bersenang lenang dengan segala kemungkaran.

Semoga sedikit sebanyak maklumat ini dapat memberikan satu tanggapan yang positif dan menangkis fitnah dan tohmahan dari pelbagai blog terutama dari Negeri Perak sendiri.Wassalam

DPPKPARIT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!