"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, November 13, 2009

PAKATAN RAKYAT WUJUD SEJAK ZAMAN RASULULLAH S.A.W LAGI.





Usaha Thahalufsiasi yang dilaksanakan bermula dengan permuafakatan 3 parti untuk menghadapi pilihanraya yang ke 12 hinggalah berlakunya pembentukaan beberapa kerajaan Negeri dibawah pakatan rakyat telah mencipta satu fenomena politik yang diluar daripada tradisi politik negara ini. Buat pertama kali dalam sejarah politik negara ini kerjasama yang dilakukan oleh pas dapat diterima oleh masyarakat bukan Islam .Sokongan demi sokongan diraih , semakin ramai masyarakat bukan islam menyatakan sokongan mereka melalui penyertaaan mereka didalam kelab penyokong pas . Perkembangan ini amat membimbang kan umno dan Barisan Nasional kerana apa yang diistilah kan sebagai Islamik Phobio itu semakin Pudar yang selama ini menjadi jurang pemisahan masyarakat bukan islam terhadap islam dan umatnya.
Islam mula menjadi satu fenomena baru didalam negara ini ,apabila ada orang-orang cina bukan islam mula membaca ayat-ayat al-quran didalam ceramah-ceramah mereka .Maka bisinglah pemimpin-pemimpin umno konon nya pas telah menjualkan agama dengan membiarkan orang bukan islam mempermainkan ayat-ayat al-quran ,tetapi ironinya mereka tidak pernah bertanya berapa ramai anak-anak orang islam yang tidak boleh membaca alquran. Mereka sebenarnya tidak mahu masyarakat bukan islam mendekati dan memahami Islam . Inilah dasar yang dibawa oleh musuh-musuh islam yang tidak mahu melihat islam itu berkembang.
Tinta –tinta sejarah telah menjadi bukti didalam Dunia Islam ,Rasullah s.w.t ialah orang yang pertama memulakan usaha Thalusiasi lebih –lebih lagi dalam konteks tahlusiasi dengan masyarakat cina itu sendiri . Bemula dengan penghantaran sahabat-sahabat baginda antaranya Saad bin Qais ,Qais bin Hadafah ,Urwah bin uththan dan Abu Qais bin Al Harith kenegeri cina sejak tahun pertama hijrah lagi untuk misi dakwah hinggalah Thahalufsiasi (pemuafakatan )
Politik ,usaha yang kemudian diteruskan oleh sahabat-sahabat baginda (khulafa al Rashidin –Saidina Usman bin affan) dizaman pemerintahan dinasti Tang (618-907m).
Antara sahabat rasullah s.w.t yang terkenal ialah Saad bin Abi Waqqas beliau telah menyahut seruan baginda untuk berdakwah kenegeri cina. Rasullah s.w.t mengutuskan sahabat –sahabat baginda bukan sahaja untuk berdakwah tetapi juga mempelajari ilmu dichina .Terdapat empat perkara yang diperintahkan oleh rasulullah kepada sahabat-sahabatnya,pertama mempelajari ilmu membuat kertas bertujuan untuk memushafkan ayat-ayat al-quran yang dahaulunya ditulis diatas pelepah-pelepah tamar dan tulang-tulang binatang kerana orang-orang cina merupakan yang pertama mencipta kertas iaitu sejak dizaman dinasti tang lagi ..Kedua membuat , rasullah mengarahkan untuk mempelajari membuat sutera kerana sutera sesuai digunakan untuk membalut pedang kerana sifatnya yang ringan dan mempunyai ketahanan yang tinggi sesuai dengan suasana peperangan . Ketiga adalaah untuk mempelajari membuat mercun kerana keran a bahan asas didalam mercun digunakan sebagai bahan peledak dan yang keempat ilmu membuat tembikar kerana orang-orang cina sangat mahir didalam bidang tersebut , pembuatan tembikar ayang baik dapat menjamin kesegaran air yang disimpan dalam masa yang lama dan didalam keadaan yang cuaca yang sangat panas agar tidak menjadi beracun .
Pada tahun 1755 telah berlaku pemberontakkan anshi yang memaksa Maharaja china pada masa itu Tang Zuan Zhong melarikan diri ke Sichuan .Keadaan yang politik yang tidak stabil telah menyebabkan kerajaan Dinasti Tang menjalinkan
Kerjasama politik dengan kerjaan islam ditanah Arab , Akhirnya dgn bantuan kerajaan
Islam pemberontakkan anshi dapaat dihapus kan .Orang –Orang islam dan Islam itu mula diterima dengan baik di china dan perkembangannya sehingga hari terdapat 136 juta orang islam dinegeri china..hasil dari pada proses thahalufsiasi yang dilaksanakan oleh rasulullah. s.a.w .Umat islam bukan sahaja menetap di China sebagai pedagang tetapi ada diantara mereka telah menjadi pegawai kerajaan China seperti Zanshi al –Din yang dilantik menjadi panglima tentera Yunan seorang tentera islam berketurunanan arab ,Terdapat juga diantara mereka dilantik menjadi pengawai pentabiran antara syed Ajall dan umar samsudin yang dilantik menjadi pegawai Kewangan dan Gabenor diyunan.Sesungguhnya Islam mempunyai signifikasinya dan perananya tersendiri didalam lipatan sejarah negara china .Akhirnya china telah menjadi kuasa didalam ekonomi ,politik ,teknologi dan ketenteraan sehingga kehari ini.
Didalam konteks negara ini thahalufsiasi yang dilaksanakan oleh pas bukan sahaja menjadi salah satu faktor kejayaan merampas beberapa negeri ditangan umno/barisan nasional tetapi apa yang lebih penting proses assimilasi orang-orang bukan islam terhadap islam itu sendiri..Masyarakat bukan islam telah makin mendekati dan memahami islam ,sedikit sebanyak dapat menghakis tanggapan negatif mereka
Terhadap islam dan umatnya , tidak timbul soal pas dijadikann boneka oleh dap atau diperkudakan oleh keadilan atau pas telah menyimpang lari dari asas perjuangannya kerana proses thahalufsiasi ini telah mula memberikan impak yang baik kepada islam dan ianya telah dimulakan oleh rasullahs.a.w. sendiri
Contoh- contoh yang baik yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin gerakan islam telah membuka ruang dan minat orang –orang bukan islam untuk mengenali islam secara lebih dekat lagi …inilah yang berlaku dinegeri china satu masa dahulu bagaimana islam mula bertapak dan terus berkembang sehingga ke hari ini dan apa yang dilakukan oleh pas ialah semata-mata untuk menyambung sunah perjuangan rasulullah s.a.w.jangan kita tertipu dengan fitnah yang cuba dilontarkan oleh umno yang mengatakan pas tidak lagi berpegang kepada prinsip dan asas perjuangan islam , kerana sejarah dan sirah rasullah cukuplah menjadi panduan kepada kita ..bukan kata –kata fitnah tanpa fakta.
Sesuatu yang pelik bila memperkatakan tentang fakta ,sedang secara fakta nya pemuda umno sendiri telah menubuhkan sekretarit dengan pemuda komunis China(cylc) .Bagaimana mereka boleh melabelkan apa yang dilakukankan oleh pas sebagai pro cina ( komunis ) sedang kan mereka membuat perhubungan yang jelas dengan parti komunis china.. satu sikap yang begitu hipokrit kerana kenyataannya pola politik dunia sudah berubah ..politik perlu berasaskan kepada kerjasama yang mendatangkan kebaikkan bukan persengketaan…tetapi bukan permuafakatan yang berdasarkan kecurangan dan korupsi …sesuatu yang mereka tidak boleh nafikan kerana tidak ada satu negara didunia ini yang tidak mahu mempunyai hubungan dengan negara china.
Akhir –akhir ini umno cuba menghidupkan berbagai -bagai isu ,kerana dasar thahalufsiasi yang telah mewujudkan pakatan itu telah menjadi motto yang mampu menyaingi dan menghapuskan barisan nasional sebagai satu entiti politik ,dari isu kerajaan perpaduan ,egm dan yang terbaru pakatan umno /pas pakatan senyap atau terbuka. Pas sebagai parti yang bertunjangkan islam dan berakar iman cuma akan menjadikan rasulullah s.a.w. sebagai model pentabir yang terbaik . Rasulullah s.a.w. didalam sirah perjungan baginda banyak melakukan thahalufsiasi dengan pelbagai pihak kecuali pihak –pihak assobiyah yang jelas menentang islam dan ajarannya ,kita lihat bilaman hudud mahu dilasksanakan siapa yang menjadi penentang bukankah umno yang menjadi penghalang ? dan bilamana kartika sari mahu dirinya dihukum dengan hukuman islam …apa alasan yang mereka cuba beri ?...sudah tentu jawapan kita bagaimana tidak akan ada pakatan dengan mereka..sejarah menunjukkan bagaimana pas menyertai mereka pada tahun 1974 untuk membentuk kerajaan campuran apa yang telah Mereka lakukan terhadap kita ? sudah tentu kita tidak akan lagi terperangkap untuk kali yang kedua. . yang pasti Cuma ada thahalufsiasi (pakatan) untuk menghadapi peilihanraya yang akan datang.. semoga penulisaan ini dapat membuka ruang-ruang pembincangan ..terhadap sesuatu yang amat penting kepada masa depan umat islam ..sekian wassallam ...


.botaman (dppkparit)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!