Rabu, November 11, 2009
ISLAM IALAH JALANKU
Mengapa namanya jadi 'Pakatan Senyap'?bukankah UMNO yang beria-ia mahu kembali kepada Islam, jadi sepatutnya'Barisan Senyap' lebih sedap didendangkan.Beberapa hari yang lalu akhbar Sinar Harian begitu berminat dengan kewujudan 'pakatan senyap 'ini.Adakah pihak editornya mahu melihat PAS dan UMNO bergabung dan bersatu atas nama Kebangsaan Melayunya.Pendirian PAS yang mahu UMNO kembali kepada Islam dan mengubah dasar perjuangan bangsa ini kepada perjuangan Islam,dilihat seperti tamparan maut kepada UMNO.Mana mungkin UMNO yang begitu gah dimata rakyat Malaysia sebagai kononnya pejuang tunggal kemerdekaan,sewenangnya mahu menukar corak dan gaya perjuangannya yang kononnya adil.PAS,walaupun digoncang pelbagai masalah dalaman ditambah kemerosotan ahli dikalangan pemuda tetap dengan pendiriannya memperjuangkan Islam dan ianya termaktub dalam Perlembagaan Parti.Ustaz Harun yang dengan berlapang dada,sanggup melupakan segala sengketa bersama UMNO,asalkan UMNO menyertai PAS dan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.
Sebagai manusia biasa,kita sepatutnya tidak lagi mencari titik perbezaan,tetapi mencarti titik persamaan,asalkan ia demi menegakkan kalimah ALLAH.Tetapi sikap UMNO yang tidak mahu berubah dari 'perangai buruk' kepada perangai baik,mengundang pelbagai masalah,terutamanya kepda golongan muda.Segala masalah kerosakan akidah,gejala murtad tanpa kawalan,hiburan melampau,perzinaan,pencabulan perlembagaan dan segala bentuk pengkhianatan merupakan natijah jelas dari pemerintahan 50 yahun UMNO/BN di Malaysia.Ternyata,perjuangan pro kebangsaan,hanyalah melemahkan jatidiri seseorang terutama kepada orang Islam.Jangan disebabkan ada masjid,maka sewenangnya kita menutup mata kepada maksiat yang semakin bernanah didalam jiwa orang Islam Malaysia.Jangan kerana ada tempat membayar zakat,kita menyangkakan Islam itu melaksanakan kebajikan.Jangan disebabkan anak-anak kita boleh bersolat,belajar,bersukan dan bersosial,maka kita sengaja pula mendiamkan diri apabila tv-tv,radio dan media semakin hilang rasa malu untuk menayangkan filem-filem pro-sex dan hiburan tanpa henti selama 25 jam sehari.Adakah cukup sekadar menyalahkan ibu-bapa yang gagal mendidik anak-anak apabila masalah akhlak melanda?Adakah cukup sekadar menyalahkan 'orang masjid',yang kononnya tidak berfungsi.Mengapakah kita begitu sombong untuk menghayati dan melaksanakan perintah Allah?Mengapa begitu sombong untuk melaksanakan Islam seluruhnya?Adakah Islam hanya boleh ditegakkan sekadar amal ma'aruf?dan dimana kita mahu letakkan Nahi mungkarnya?Nak mengubati 'penyakit' mestilah dicegah dahulu 'penyakit dari merebak'.Barulah betul cara mengubatnya...pelikkan?Kita tidak mencegah,tetapi sibuk nak merawat...pastinya ia akan selalu gagal.Penyakit tak hilang,penat dan letih lesu sibuk nk merawat.
PAS dengan pendirian sebegini,sememangnya menjadi wadah terbaik kepada pencinta agama Allah di ketika ini.UMNO,walaupun sudah diberi peluang untuk berubah,ternyata memilih jalan yang tetap salah,teori yahudi memang tak mampu bertahan lama.Semoga perjuangan pro kebangsaan ini tidak lama,mungkin sekitar 50 tahun sahaja.Sekarang UMNO sedang dihujung hayatnya,bukan kerana usianya,tetapi kerana perjuangannya.PAS perlu bijak mendominasi segala isu orang Islam dan rakyat seluruhnya jika mahu memerintah Malaysia.Sekarang kita baru merasai sedikit 'tempias gelombang' pun dah kucar-kacir,bagaimana nanti Allah mahu membantu kita?Tetaplah kita dengan Islam,semoga Allah memberi hidayah dan rahnmatnya kepada gerakan Islam terbesar 'Tanah Melayu'.Hidup Islam dan selamatlah melayu itu...malah selamat juga bangsa lainnya.
ILHAM DPPKP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.