Jumaat, November 20, 2009
MEMALI: Sejarah Para Syuhada PAS, Sejarah Bagaimana Media Dimanipulasi Rejim Barisan Nasional
Khamis, 2009 November 19
norhalim mh
Hari ini genap 24 Tahun Tragedi berdarah Memali yang sungguh menyayat hati bagaimana secara tragisnya Rejim UMNO Barisan Nasional telah memperkuda pasukan keselamatan membunuh para syuhada dari kalangan pengikut-pengikut PAS yang mempertahankan Islam hingga ketitisan darah terakhir. Peristiwa duka yang cukup menghiris maruah umat Islam ini telah tercatat dalam sejarah paling malang dan ngeri di Malaysia pada 19 Nov 1985 di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah.
Mengenang kembali sejarah Memali ini mengingatkan saya kepada zaman saya dibangku sekolah dulu sewaktu saya dalam darjah 4 iaitu pada ketika berumur 10 tahun yang mana masa berlakunya peristiwa tragis tersebut.
Ingin saya menyorot sedikit berkaitan sejarah hidup saya 24 tahun yang lalu, yang sedikit sebanyak ada kaitannya dengan peristiwa ini yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Saya bukanlah individu atau ahli keluarga mangsa Memali tersebut malah jauh sekali jika dikatakan terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut. Pada masa itu saya hanyalah seorang budak hingusan yang jika difikir bagaimana budak-budak seusia saya ini ambil peduli perkara lain selain keseronokan bermain teng-teng, guli, gasing, layang-layang, berkubang di parit-parit, pancing atau menajur ikan dan tidak ketinggalan main perang-perang. Itulah zaman yang memang tidak boleh saya lupakan, masakan lupa ya .... kerana benar apa yang dikata, sejarah itu tidak menipu tetapi manusia boleh menipu sejarah hanya kerana kuasa dan kepentingan, apa yang cuba saya kaitkan dengan peristiwa memali ini adalah kerana saya mengambil peduli akan peristiwa penting ini pada masa itu.
Saya bukan orang Kampung Memali, juga bukan orang Baling jauh sekali pun bukan orang Kedah, tetapi saya dilahirkan di Tebrau, Johor dan semasa kecil sehingga darjah 5 mengikut keluarga benetap di Kampung Parit Tengah, Mukim 7, Yong Peng, Johor. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Tengah. Kampung saya dulu-dulu sering dilanda banjir, sibuklah pindah randah kalau musim tengkujuh tiba. Kebetulan pada tarikh itu musim hujan yang memang dijangkakan akan berlaku banjir kerana seingat saya pada bulan Dis 1985 iaitu kira-kira hampir sebulan selepas berlakunya peristiwa memali tersebut.
Diringkaskan cerita bagaimana dikatakan kepedulian saya terhadap peristiwa berdarah ini bermula ialah di mana semua maklumat berkaitannya diperolehi melalui kaca telivisyen hitam putih kepunyaan nenek saya, rumah keluarga saya terletak bersebelahan rumah nenek jadi rumah itulah menjadi saksi bermulanya sejarah yang ingin saya ceritakan ini.
Telivisyen pada masa itu dikampung-kampung tidak ramai keluarga yang memilikinya, jika pada masa itu sesebuah keluarga yang mempunyai peti telivisyen sudah dianggap golongan berada, berkumpullah setiap malam dengan saudara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga menonton tayangan filem melayu atau apa sahaja cerita-cerita yang disaji dipeti keramat telivisyen tersebut.
Siaran berita pada masa berlakunya peristiwa tersebut adalah rancangan yang paling ditunggu-tunggu kemunculannya kerana maklumat nun jauh di Kedah akan diketahui segera hatta termasuklah saya di Johor. jika dibandingkan dengan kepesatan sistem maklumat pada masa ini, saya cukup teruja dan rasa bersyukur kerana saya salah seorang daripada individu yang berpeluang merasai zaman di mana sistem maklumat itu berkembang.
Apabila tersiar sahaja berita mengenai Tragedi Memali ini saya cukup mengambil perhatian dan terus menjadi persoalan-persoalan yang sukar saya fahami pada masa itu. Mungkin juga kerana rasa ingin tahu akan kebenaran cerita itu telah menjadikan saya seorang yang cukup sensitif mendengar cerita berkaitannya. di sinilah apa yang ingin saya kongsikan bersama teman-teman yang mengunjungi blog saya ini.
Selanjutnya saya terus cuba mendapatkan maklumat lanjut berkaitan peristiwa tersebut melaui bapa saya, datuk saya, pakcik-pakcik saya, saudara-saudara yang hampir serta jiran-jiran tetangga. Bukan saya bertanya, tetapi saya mencuri dengar perbualan mereka. mungkin agak ganjil jika difikirkan, budak-budak seperti saya boleh ambil peduli akan hal-hal orang tua, tetapi iltuah hakikatnya, usia saya bukanlah halangan, kerana mungkin saya sudah sedikit matang atau mungkin juga kerana sikap saya yang suka pasang telinga mencuri-curi dengar itu yang menjadikan saya begitu dewasa dan cepat termatang.
Dari perbualan mereka, bermacam-macam ulasan dan andaian serta pendapat yang diberikan dan menjadikan saya berfikir, bertanya dengan diri sendiri, mengapa peristiwa memali ini terjadi? Apa sebab ia terjadi? Apa itu PAS? Apa itu UMNO, BN? Jahat atau sesatkah Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya? Betul ke Tindakan Pasukan Polis ke atas mereka?
Bermula dari kesangsian saya berkaitan peristiwa tersebut telah mendorong saya membuat analisis sendiri sehinggalah saya bersekolah menengah barulah saya mendapat jawapan sebenarnya kerana saya sudah dapat mengumpul banyak maklumat berkaitan peristiwa tersebut.
Kesimpulan yang saya perolehi dari peristiwa tersebut ialah bagaimana rakusnya Kerajaan memanipulasi Media kawalan mereka, masyarakat memang mudah terpedaya dengan tipudaya Media Tempang kongkongan Rejim Barisan Nasional ini. Natijahnya dapat dilihat hingga ke hari ini, rancangan mereka sebenarnya telah berjaya menyesatkan masyarakat khususnya orang Melayu. sekali lagi saya bersyukur kerana dipilih ALLAH terhindar dari mereka yang disesatkan gerombolan-gerombolan ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.