Isnin, November 23, 2009
KUASA MAKLUMAT CABARAN UNTUK PEMUDA PAS
Mungkin ramai yang pernah mendengar nama pony express inilah cara bagaimana maklumat disampaikan pada masa dahulu menggunakan kuda merentas keseluruh utara Amerika dari St joseph, Missouri hingga ke scramento California . Namun hari maklumat bergerak begitu pantas sepantas sentuhan dihujung jari .Kevin rudd perdana menteri Australia , memenangi pilihanraya dengan motto ‘Information is power’ .Ini menunjukkan keupayaan memanupulasi maklumat adalah kuasa yang begitu dominan didalam dunia politik .
Bila berbicara soal politik ,sudah pasti sesuatu maklumat itu mesti sampaikan agar rakyat mendapat maklumat yang tepat sebelum mereka mampu membuat keputusan yang betul didalam pilihanraya . Menjadi dilemma kepada parti pembangkang negara ini kerana ruang (access) untuk menyampai maklumat adalah amat terhad berbanding parti pemerintah yang boleh menggunakan pelbagai media tanpa ada sebarang sekatan . Cabaran inilah yang terpaksa dihadapi, untuk membentuk maklumat bukanlah satu perkara yang mudah dan usaha yang bersungguh mesti dilaksanakan bagi mempelbagaikan medium penyampaian agar penyaluran dapat halakan kepada sasaran yang tepat .
Dalam konteks kuasa maklumat cabaran kepada pemuda, pemuda
seharusnya berperanan supaya generasi baru dapat dibentuk menjadi golongan bermaklumat dan mampu membuat keputusan yang tepat bukan seperti mana golongan terdahulu yang hanya bergantung kepada sentimen-sentimen yang tidak lagi releven dengan perkembangan semasa .Golongan Muda merupakan pemimpin masa depan , yang akan mengambil tanggungjawab memimpin masyarakat dan negara . Maklumat yang diterima sudah pasti menjadi elemen penting dalam membentuk Indentiti dan karektor sesuatu individu terutama individu muda , apa yang penting ialah cabaran untuk membentuk individu –individu yang mempunyai kefahaman dan jiwa islam yang sebenar melalui proses penyampaian maklumat itu sendiri.
Hari ini pembentukkan karektor dan identiti golongan muda dibentuk melalui penerimaan maklumat –maklumat yang disalurkan oleh media –media samada melalui media konvensional atau media-media baru ict . Pembentukkan satu entiti yang ditempa dengan identiti yang liberal dan kebaratan itu membentuk konflik terhadap indentiti islam itu sendiri lalu mengujudkan benteng-benteng komunikasi (communication barrier ) diantara kedua-dua entiti. Kesan daripada penyaluran maklumat yang salah kepada golongan muda , menyebabkan mereka mulai mencipta persepsi yang buruk mengenai islam dan sudah pasti indentiti islam itu makin terhakis dari diri mereka .
Akibatnya sangat sukar untuk mendekati mereka apatah lagi untuk mendapatkan sokongan didalam pilihanraya, usaha perlu digembeleng untuk memberikan maklumat yang sebenar kepada anak-anak muda terhadap terhadap pas dan perjuangannya. Mungkin bentuk maklumat –maklumat yang hendak disampaikan bukan sekadar penyataan bertulis atau pengucapan(verbal )tetapi melalui sentuhan terus (engagement) terhadap kehendak dan keperluan mereka .
Mereka bukan lagi boleh menerima sesuatu yang konservatif dan statik tetapi mereka mahukan sesuatu yang baru yang mempunyai nilai tambah samaada ianya dalam bentuk ekonomi , hiburan ,keagamaan dan sebagainya . inilah cabaran sebenar, memulakan komunikasi kepada semua perkara berlandaskan kepada sesuatu yang principal dan fundamental(syariat islam )
.Dalam bahasa yang mudah tawarkan sesuatu yang alternatif kepada kehendak dan keperluan mereka .Sebagai contonh semasa y.b sallehuddin ayub menjadi ketua pemuda pas pusat, beliau telah memulakan apa yang dipanggil era enggagement yang dilhat sebagai produk alternatif yang ditawarkan untuk meruntuhkan benteng-benteng komunikasi ( Communication Barrier) diantara pas dan anak-anak muda ,apabila dewan pemuda pas pusat menganjurkan konsert di Markas Tarbiyah Pas taman Melewar . Anak-Anak muda melihat ini sebagai sesuatu yang tidak statik dan mempunyai nilai tambah ..Ini merupakan satu contoh terbaik dalam menangani permasalahan yang hurai kan oleh Prof Madya Abu Hasan yang menyatakan sokongan anak –muda terhadap pas semakin merosot .
Era enggagment ini mesti diteruskan sebagai satu legasi pimpinan pemuda pas terdahulu yang begitu relevan dengan tuntutan zaman.Bagaimanapunpemuda pemuda pas perlu diberi peluang dan ruang bagi memantapkan jati diri dalam konteks perjuangan pemuda..
Botaman (dppk parit)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.