Isnin, November 16, 2009
Nalapambu mengesahkan PAS bersekongkol dengan Rasuah -BLOG PERAKBANGKIT
INI BERITA DAN PENDUSTAAN DARI BLOG PERAK BANGKIT!SILA BERI PERHATIAN!!!
Apa bezanya dengan UMNO... demikianlah ungkapan awal Nalapambu setelah beliau diberitakan tentang kes rembatan duit balak oleh Mantan Orang No.1 dan Orang No.2 Dewan Pemuda PAS Perak.
Maknanya Nalapambu amat berpuas hati bahawa Pas tiadalah bedanya dengan UMNO yang dituduh oleh Nalapambu sebagai kenderaan yang membawa perasuah. Kini bila saja PAS menikmati kuasa, maka kenderaan PAS juga membawa perasuah. Jadi tiadalah bezanya. Demikianlah kata-kata yang diungkapkan oleh Nalapambu.
Kini Mantan Org No.1 & 2 DPP Perak sedang diburu oleh ahli-ahli Pemuda yang lain. Duit balak itu tadi sebahagiannya telah sampai ke kelab-kelab malam buat jamuan kepada petugas samseng yang menjadi bodyguard mereka dan dijamu dengan arak wiski dan bir. Enak kata mereka. Ada juga katanya duit itu sudah masuk semula ke pusat pelacuran, ke Betong, ke rumah urut dan sebagainya sebagai tanda terima kasih Org. No.1 & 2 kepada jasa bodyguard mereka dan runner yang mengambil peranan yang sama.
Ini yang dinamakan Dakwah dan Terebah. Syabas PAS kerana Usrah mereka berjaya melahirkan generasi pencinta harta dan pentamak haloba. Katakanlah ianya adalah Dakwah dan Terebah.
Kerana apa? Kerana asal duit yang taukeh Cina itu berikan kepada mereka adalah hasil pendapatan dari pelaburan arak, judi dan betina. Lalu akhirnya ia kembali ke situ semula. Inilah yang dikatakan sebagai proses cuci wang judi, arak dan betina. Taukeh Cina itu pun tahu betapa haram jadahnya duit judi, arak dan betina. Lalu mereka lemparkan wang kertas haram itu ke muka penipu Ayat-ayat Allah. Taukeh Cina itu pun tak mahu gunakan wang haram tersebut. Kerana anak mereka perlu dibiayai dengan duit yang halal lagi bersih. Kini taukeh Cina sudah ada konsesi balak. Mereka akan tebang balak itu untuk dijadikan kayu dan dijual. Maka hasilnya itu barulah mereka belanjakan untuk makanan dan persekolahan anak mereka.
Taukeh Cina juga membaca Kitab "Bijak" karangan seorang "Pandhi" (sebut:pandai) yang bernama Kabir. Si pandai Kabir ini jugalah yang mengembangkan ajaran Bhakti (baca:Bakti) iaitu suatu set ajaran ketuhanan yang menyatakan apakah yang baik dan apakah yang buruk di dunia ini. Maka taukeh Cina yang baca Kitab Bijak itu tahu bahawa mereka mesti membuat "bakthi" di dunia ini.
Meskipun taukeh Cina itu masih lagi dalam kepesongan Tauhid Uluhiyyah, jika dibandingkan dengan Perakus PAS 2 ekor itu yang dikatakan faham tentang Tauhid Uluhiyyah namun Perakus PAS ini buta luhur tentang soal "Bakti". Simpulnya kisah ini, kedua-duanya tak dapat jua sampai ke penghujung matlamat yang mesti dituju manusia; iaitu - kembali kepada Allah.
APABILA SI JAHIL BERCAKAP TENTANG ILMU,DAN ORANG BERILMU DIHUKUM SEBAGAI PEMBOHONG!PENDUSTAAN INI SANGAT BERAT!!!
PELIK,KERANA TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT.NAMPAKNYA INI FITNAH,KITA BOLEH SAMAN AIB.P/S ILHAM DPPKP
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.