"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, November 30, 2009

WAHAI PEMUDA UMNO SELANGOR! TOLONG JANGAN MALUKAN KAMI! (luahan hati blog pro BN/UMNO Parpukari)


Semalam aku terkejut bila Ketua Pemuda UMNO Selangor berkata, bukan mudah nak menang kembali Selangor dari Pakatan Pembangkang.

Tahukah anda siapa yang telah mengatakan demikian, tidak lain dan tidak bukan, dia adalah Ketua Pemuda Umno Selangor,Suhaimi Mohd Ghazali! Beliau nampak tidak begitu yakin yang UMNO akan dapat merampas Selangor kembali!

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Suhaimi adalah budak suruhan KJ, dia dilantik oleh si kitol untuk mengetuai pemuda Selangor, seperti yang kita ketahui, kebanyakan bebudak KJ ni memang tak reti nak buat kerja sebab mereka sebenarnya tidak layak pun untuk menjadi ketua tetapi disebabkan taat setia mereka kepada KJ maka mereka dilantik juga!

Bebudak KJ ni memang macam ni la perangai mereka semua, mereka ni nak tunjuk terer dalam parti je, nak berhadapan dengan pembangkang mereka semua kecut telor! Kat bawah ni ada beberapa petikan yang saya ambil dari beberapa rakan bloggers saya:

suhaimi silap besar..kenyataannya yang menyebut sukar untuk merampas kembali selangor daripada pakatan haram selangor sebenarnya telah mendedahkan kelemahan beliau sendiri sebagai ketua pemuda selangor.

dalam perang politik, satu pihak sebenarnya tidak wajar mendedahkan ayat sukar apabila menentang pihak yang lain. itu tandanya lemah dan tidak pernah buat kerja.

wahai ketua pemuda umno selangor...pakatan haram selangor sebenarnya boleh tumbang,boleh digugat,boleh hancur kiranya kamu tahu cara untuk membenamkan mereka..

suhaimi berkata dia akan mendedahkan kronisme,rasuah pakang buatan haram selangor ?
suhaimi berkata sekarang bukan masa mencari kesalahan orang lain ? KENAPA 'AKAN' ? Ini pulak kisah dari blog Medan Info Kita

Seperti dijangkakan, setelah Bloggers menyiarkan artikel artikel yang kritis keatas UMNO-BN Selangor, sudah pasti respon yang akan diberikan bersifat “stereo-type”. Maka, Suhaimi pun turut sama “menjiwai watak” tersebut apabila menyatakan bahawa beliau “percaya” UMNO-BN Selangor sedang bergiat aktif dengan program di Bahagian dan kawasan masing masing dan tidak perlu dihebohkan… Inilah dia yang Bloggers maksudkan Program SYOK Sendiri…, yang hadir hanya ahli ahli UMNO untuk duduk diatas kerusi dalam dewan berhawa dingin, menjamu selera “bihun UMNO”, "karipap UMNO", ada yang juga yang berharap dapat “salam isi” daripada ketua cawangan mereka agar boleh cover duit minyak setelah hadir ke program tersebut…!

Kenapa Suhaimi tidak jawab tindakan mereka keatas beberapa Bola Tanggung yang disajikan oleh artikel artikel mengkritik UMNO-BN Selangor..?

Amat malang sekali nasib rakyat Selangor yang mahu melihat UMNO-BN kembali berkuasa apabila semua isu isu Bola Tanggung hanya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang usaha daripada pemimpin UMNO-BN gunakan sebaik mungkin untuk mengkuburkan kerajaan Pakatan PKR-DAP-PAS..!

Secara logik akal, adalah sesuatu yang bodoh untuk mengatakan kepada musuh bahawa kita tidak akan dapat menewaskan mereka. Adat pendekar bertarung semestinya yakin dengan kemenangan dan melaungkan semangat untuk lawan membawa pulang kejayaan..! untuk selanjutnya baca disini..



Lihatlah betapa kecil jiwa dan lemah sekali semangat juang Ketua Pemuda UMNO Selangor. Sila baca komen blog Anti PKR berkenaan pendirian pengecut Ketua Pemuda pilihan Khairy ini.

Jelas lagi bersuloh kepimpinan Khairy tidak memantapkan Pergerakan Pemuda UMNO tapi menjadikan mereka pengecut dan penakut. Jika begini natijahnya, Khairy tidak mencapai KPI yang diletakan kepadanya oleh Presiden parti.

Harap Dato Najib sedar simanja anak Omak ini tidak layak dinaikan jadi Menteri.
Mankala di bawah ini agak special sikit, saya ambil dari pengomen yang telah meletakkan komennya di blog GAP:

Anonymous said...

Dia memang KP Selangor yang paling lembik sekali. Abang saya merupakan KP bahagian sering mengeluh tentang perangai Suhaimi mengendalikan mesyuarat negeri.Banyak yang tidak tegas dalam keputusan.Banyak keputusan mesyuarat dipengaruhi oleh Hj.Leman SUK Pemuda Negeri, bekas pegawai khas beliau di semasa jadi wakil rakyat.

Ini berpunca dari KJ kerana melantik rakan2nya sahaja sebagai KP Negeri.Asal sokong KJ semua jadi KP negeri. Juga bermasalah di Perak dan Johor. Hanya 5 Bahagian sahaja yg sokong KJ, 16 Bahagian lagi sokong mukriz dan khir toyo.

Barisan pegawai pemuda Negeri juga sangat lemah. Zainurin KP Klang sebagai naib KP Negeri gagal berfungsi gaduh dgn ketua bahagian, Bendahari Samad - gila projek peribadi, Azmir -K Penerangan, sering tidur dan tidak hadir dlm mesyuarat negeri,kerap balik awal.

Suhaimi adalah KP Negeri yang setiap bulan ke luar negeri. Tolong check dgn Imigresen. Sering gagal hadir mesyuarat pengurusan UMNO Negeri.

Semua kp bahagian tahu yang beliau adalah kp yang fail. Dato Noh tak boleh buat apa2, KJ lantik tanpa runding dengan beliau. Ibarat berperang dengan disokong panglima yang lembik.Pada hujung bulan 12 kp ini akan disogok ke Jakarta.Kalau nak corfirm tanya SUK Pemuda.

Semua orang tahu jika Suhaimi masih KP Selangor tak ada apa yang boleh dibuat.Bila ada orang dah tinggalkan komen sebegini di dalam blog, adalah sebaiknya kepada sesiapa yang berkenaan supaya menyiasat, benarkah perkara ini, sekiranya benar, maka harus disiasat mengapa dia suka ke Indonesia!

Inilah Suhaimi, budak pilihan KJ, macamana kita nak hormat pada orang-orang macam ni? Inikah bakal pemimpin kita? Belum apa-apa lagi jenis manusia ini sudah lari meninggalkan medan perang, malah bukan di Selangor sahaja, aku percaya kesemua lantikan KJ di negeri-negeri sedang menghadapi masalah yang sama!

Aku malas nak cakap banyak la, senang cerita macam ni je, kalau si kitol bingai dan pondan ni dilantik menjadi menteri maka hari itu kita semua sudah boleh talkinkan UMNO!

p/s -lantak korang le nak merepek ke nak melabun ke nak bertumbuk ke.....dppkparit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!