Ahad, November 08, 2009
DR ASRI BAHAN UJIKAJI POLITIK UMNO /BN
Dalam sejarah politik Negara ini mungkin nama Dato’ Asri ialah nama yang cukup terkenal kerana beliau merupakan Presiden Bekas Presiden pas yang meletakkan jawatan dan kemudiannya menubuhkan parti sendiri iaitu Hamim dan akhirnya menyertai umno pada tahun 1988, tetapi akhir-akhir ini nama Dr Asri pula tiba-tiba menjadi terkenal kerana telah ditahan diselangor oleh pihak Jais diatas kesalahan
‘menyampai ceramah tanpa tauliah.
Kedua-dua induvidu ini mungkin berbeza dari semua segi ,muncul dari zaman yang berbeza tetapi terdapat satu persamaan diantara meraka ialah kedua-duanya dijadikan bahan ujikaji politik umno/barisan nasional .Kalau Dato’Asri dahulunya dijadikan alat umno untuk menjatuhkan kerajaan pas dikelantan Dr Asri pula dijadikan bahan untuk ‘menimbulkan kekeruhan didalam pemerintahan Pakatan Rakyat diSelangor , semua ini perancangan umno dan barisan nasional untuk memburukkan imej pakatan rakyat di mata rakyat.Ini mungkin menjadi satu analogi yang agak sesuai untuk mengambarkan situasi semasa politik Negara ini.
Apa yang berlaku secara dasar nya memperlihatkan bentuk –bentuk serangan yang dilakukan dan bakal dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional
terhadap kerajaan pakatan rakyat diselangor .Selama lebih setahun kerajaan
Pakatan Rakyat telah bertapak Selangor berbagai bentuk serangan telah dilakukan oleh umno/bn ,tidak cukup dengan isu kandang babi, lembu korban hinggalah isu Kepala lembu ( isu bantahan pembinaan kuil) .Serangan dilakukan disetiap sisi dan penjuru ,dari isu yang melibatkan sensitiviti umat islam sehinggalah yang melibatkan sensiviti kaum hindu dan yang terbaru Isu penahanan Dr Asri kerana gagal mendapatkan tauliah untuk berceramah .
Isu ini dilihat sebagai satu usaha Barisan Nasional nasional untuk sedikit sebanyak mengalihkan perhatian rakyat dari isu-isu besasr seperti PKFZ , pergolakkan dalam parti-parti kompenan barisan nasional ,isu jambatan gantung runtuh dikampar dan sebagainya. Walaubagaimanpun polimik yang cuba cetuskan oleh mereka kurang memberi kesan mungkin kerana rakyat telah hilang kepercayaan terhadap mereka dan semakin matang dalam membuat penilaian.
Isu ini juga memperlihatkan kepada kita bahawa wujud apa yang dipanggil (bureaucratic barrier ) atau hadangan –hadangan birokrasi yang masih lagi wujud didalam sturuktur pentabiran kerajaan negeri iaitu kesan peninggalan kerajaan negeri terdahulu yang seolah-olah menjadi duri dalam daging .Perkara ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan masalah didalam pentabiran kerajaan negeri. Perlu dingat masalah ini tidak boleh dianggap remeh –temeh kerana , ianya boleh mencetuskan krisis politik yang kronik kalau tidak dibendong di peringkat awal lagi.
. Menjadi pengajaran kepada kita bila melihat kronologi politik diPerak bagaimana seorang Menteri Besar itu boleh dihalau keluar oleh Setiausaha Kerajaaan Negeri ( suk ) dari pejabat Menteri Besar ,sesuatu yang agak janggal ,pelik dan ajaib tetapi itulah bentuk-bentuk (bureaucratic barrier ) yang terpaksa dihadapi , mungkin perkara ini tidak berlaku dipejabat Menteri Besar selangor tetapi di jabatan –jabatan lain dibawah pentabiran kerajaan negeri masih lagi wujud perkara-perkara seumpama itu yang melibatkan pengawai –pengawai yang menjadi dalang umno/bn bagi menyukarkan pentabiran kerajaan negeri .Umno kelihatan begitu licik kerana cuba mengheret sama pihak istana terutama dalam isu-isu yang melibatkan soal agama islam ,walaupun isu ini boleh dilihat kecil dari sebahagian sudut tetapi ianya mampu mencetuskan satu bentuk konflik yang lebih besar.
Umno di lihat menggunakan pendekatan yang sama seperti yang mereka gunakan diperak ,kaedah yang digunakan iaitu merangsang serangan secara terus kepada teras perlembagaaan Negara (direct attack to the core of the constitution ) .Mungkin ramai yang tidak perasan dengan bentuk serangan mereka , tetapi dengan meneliti asas perlembagaan Negara yang di bentuk berasaskan Raja Berpelembagaan dan Agama Islam itu sendiri kita akan memahami sebarang usaha yang menyentuh raja dan Agama Islam itu akan menyebabkan keutuhan perlembagaan negara akan terjejas secara tidak langsung ..inilah bentuk permainan yang cuba meraka main kan .
Selangor dilihat sebagai medan pertempuran (battle field) baru bagi umno untuk melaksanakan misi menawan semula negeri-negeri yang jatuh ditangan pembangkang .Selepas negeri Perak Usaha mereka ini akan diteruskan , mereka berkeyakinan Selangor adalah antara negeri berpotensi untuk ditawan semula .Negeri Selangor dilihat mempunyai komposisi yang agak serupa dengan Negeri Perak samaada komposisi kaum dan Parti-parti didalam kerajaan negeri ,yang melambangkan kewujudan Kerajaan Pakatan Rakyat itu sendiri berbanding dengan negeri-negeri lain yang kelihatan mempunyai dominasi politik tersendiri.
Umno dan Barisan Nasional mempunyai misi diperingkat nasional Iaitu bagi mengekang usaha untuk memperkukuhkan Kerajaan Pakatan .Kewujudan Pakatan Rakyat dilihat sebagai pesaing Ideologi yang mampu melerai Ideologi Barisan Nasional yang sekian lama melingkari pemikiran rakyat. Ini telah menafikan hanya mereka Barisan Nasional sahaja yang mampu membentuk (multi racial unity ) dalam pentabiran negara . Rakyat semakin terdedah dengan sebuah realiti kerajaan yang terdiri dari pelbagai kaum dan parti apabila kelemahan dan korupsi Barisan Nasional makin menjelma melalui prestasi kerja yang baik kerajaan Pakatan Rakyat .
Ini menyebabkan umno /barisan nasional makin gelisah lalu bermulalah usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dan menawan
semula negeri yang jatuh ditangan pembangkang. Bagi Pakatan Rakyat apa yang lebih penting ialah memperkukuhkan permuafakatan itu sendiri .Bermula dengan usaha menubuhkan secretariat disetiap peringkat(contoh: perak telah berjaya melancarkan secretariat Pemuda Pakatan) sebagai usaha awal sebelum menjadikan Pakatan rakyat sebagai (Uni Represantative) didalam pilihanraya.
Pakatan Rakyat juga dilhat seharusnya mengukuhkan Organisasi parti-parti Kompenannya diperingkat akar umbi dan melakukan proses pemutihan wakil-wakil rakyat dan bakal-bakal calon bagi terus mendapatkan sokongan rakyat .Tetapi apa yang lebih penting Jangan jadi(ship out of commission ) yang hilang sentuhannya kepada rakyat .Proses bertemu dengan rakyat bagi memahami/memenuhi kehendak dan keperluan rakyat dipelbagai peringkat harus di teruskan agar kewujudan akan dilihat mempunyai signifikasi kepada rakyat.
Dari :botaman (dppk parit)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.