Isnin, November 09, 2009
SIAPAKAH ZULKARNAIN?
Zulkarnain, insan misteri yang diangkat namanya didalam surah Al-Kahfi. Siapa insan misteri yang telah menguasai barat & timur. Rata-rata masyarakat percaya bahawa Alexander adalah Zulkarnain,
Maharaja yg lahir dalam empayar Macadonia ini berjaya menguasai Parsi yang merupakan empayar paling berkuasa ketika itu. Tidak sampai sedekad, ia telah berjaya membawa tenteranya berjalan sejauh 22,000 batu dan menguasai 3 benua.
Namun kini secara perlahan-lahan kepercayaan itu mula sangsi. Ini kerana kajian pada karektor dan kisah sejarahnya membina empayar melalui peperangan, pembunuhan dan kezaliman.
Dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memberi semangat kepada kami untuk mencari siapakah Zulkarnain?
Dari analisis dan kajian muncul beberapa tokoh untuk dikaitkan dengan Zulkarnain. Antara yang disebut adalah Raja Himyar, ini merujuk kepercayaan bahawa perkataan “Zul” hanya dari katabahasa Arab.
General Organization Of Antiquities & Museum, Yemen.
Sudah tentu perkataan Dzulkarnain didalam Al-Quran ialah perkataan dari bahasa Arab. Seperti Alexander the Great letak di atas kepalanya Qarnain yang bermaksud dua tanduk, kalau kita terjemahkan dari bahasa Arab ‘Dzul Al Qarnain ialah tuan yang mempunyai dua tanduk.
Sana’a University, Yemen
Kita tahu dia seorang raja, seorang raja dari Greek yang cuba menakluki dunia Arab atau Timur Tengah dan dia telah berjaya menakluki di mesir, di Syria tetapi gagal apabila cuba menakluki Yaman.
Peninggalan Kerajaan Himyar menggambarkan kebesaran dan kemajuan yang dicapai.
Kerajaan ini pernah mempunyai armada yang besar untuk membawa barang-barang perniagaan dari serata Asia ke pelabuhan-pelabuhan Yaman.
Seorang lagi tokoh hampir sifatnya dirujuk dengan nama Cyrus the Great atau Koresh Al-Ikhmini. Beliau pemimpin kerajaan Parsi dan Penakluk timur dan barat yang hebat.
Cyrus adalah pengasas Dinasti Achamenia dan Empayar Parsi ini sangat dikenali dalam pelbagai agama sebagai manusia yang terpilih, beliau menghormati serta bersikap terbuka pada agama dan budaya yang dianuti dan diamalkan dinegara yang ditaklukinya.
Cyrus lebih dikenali sebagai pembebas atau liberator dan bukan sebagai penakluk atau counqeror.
Kajian Budaya & Sejarah Iran.
Dokumen yang terbaik tentang Cyrus yang hebat adalah inskripsi yang terdapat pada batu silinder yang ditulis selepas kematiannya oleh Darius yang hebat sebab selepas 550 atau 540 sebelum masihi,
Cylinder Cyrus adalah artifak dari zaman Empayar Parsi. Cylinder Cyrus disifatkan sebagai piagam pertama dan telah dijadikan asas piagam hak asasi manusia kini.
Piagam ini jelas menyatakan hak beragama tanpa paksaan!
Makam Cyrus yang terletak di Pasargadae
Dikatakan pernah dilawati oleh Alexander untuk memberi tabik hormat kepada tokoh penguasa yang terhebat ini.
Antara Alexander, Raja Himyar dan Cyrus. Siapakah sebenarnya zulkarnain yang di maksudkan dalam surah Al-Kahfi
muhd hazrie
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.