"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, November 02, 2009

MARI KITA KENANG SUMBANGAN BN/UMNO...BACA DAN FIKIRKAN




UMNO?BN yang menjadi dalang dan boneka pihak barat,khususnya yahudi.Berikut adalah sedikit bukti yang dapat dibocorkan:-
1-BN/UMNO melantik Solomon Smith Barney,sebuah fiirma perunding yahudi yang berpengkalan di A.S sebagai penasihat kewangannya.
2-BN/MNO melantik Sathi & Sachi sebuah firma yahudi sebagai perunding pengiklanan dalam kempen pilihanraya umum 1986,1990,1995.
3-BN/UMNO telah melakukan perjanjian pertahanan dengan Casper Weinberger.Setiausaha Pertahanan A.S pada tahun 1984.Banyak maklumat pertahanan negara telah dibocorkan kepada A.S
4-sewaktu menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu,Malaysia telah tunduk kepada kehendak A.S yang menyokong Resolusi 321 membenarkan tindakan ketenteraan diambil ke atas umat islam Iraq kerana menceroboh Quwait.Akibatnya,Umat Islam Iraq menderita sehingga sekarang.
5-BN/UMNO melakukan pertukaran belia dengan Israel serta mengundang pasukan Kriket Israel ke Malaysia.BN/UMNO mengumumkan akan mengiktiraf kerjaaan Israel jika Israel mengiktiraf Palestin.Kesemua sikap lunak BN/UMNO terhadap yahudi itu,menunjukkan bahawa BN/UMNO adalah talibarut yahudi dan pihak asing.
6-Dr. Mahathir cepat-cepat melutut meminta maaf kepada Kongres Yahudi Sedunia apabila ucapannya di Terengganu menyinggung perasaan kaum yahudi.Tetapi beliau tidak pernah meminta maaf kepada ummat Islam Memali dan DSAI yang telah dizaliminya.
7-Walaupun BN/UMNO enggan menerima bantuan IMF,tetapi mereka melakukan penjualan bon kepada pihak asing kususnya A.S berjumlah -+ RM 1 billion.Ertinya,BN/UMNO terus benarkan pihak asing menjajah Malaysia dari segi ekonomi.
8-Sekalipun penjajah British telah keluar dari Malaysia,namun konsep sekular mereka yang memisahkan agama dari pemerintahan kekal menjajah pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO.Tiada undang-undang murtad misalnya,mengakibatkan akidah ummat Islam mudah dijajah.
9-Dibawah projek MSC,kerajaan BN/UMNO peruntukan suatu kawasan untuk dijadikan studio filem terbesar ala Hollywood>Kepakaran luar di bawa masuk.Bidang perfileman dan hiburan adalah kaedah yang paling berkesan dari pihak asing untuk menjajah dan menjahanamkan pemikiran serta moral rakyat negara ini.
10-Pemangku Ketua Pemuda UMNO(pada ketika itu) iaitu Hishamuddin Hussien,menjadi talibarut media asing apabila mencabar Ketua Pemuda PAS(pada ketika itu) Mahfuz omar,berdebat di stesyen CNBC.Dengan mendedahkan segala masalah dalam negara kepada dunia luar.UMNO amat berharap sokongan pihak asingm unutk menyelamatkan regim sekular mereka yang ditolak rakyat itu.
Kesimpulannya,UMNO/BN lah yang memberi ruang kepada pihak asing(Khususnya yahudi) untuk menjajah negara ini dalam pelbagai aspek.Tindakan mereka menuduh pembangkang sebagai ajen kuasa asing adalah tektik untuk menutup hakikat sebenar bahawa merekalah ejen kuasa asing sejati.Negara sedang diancam penjajahan kuasa asing juga adalah strategi yang pernah digunakan oleh diktatior Hitler untuk mengekalkan sokongan rakyat terhadapnya.

oleh:-Jentera Pilihanraya Mahasiswa Negara

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Izinkan saya memberi sedikit ulasan mengenai tajuk ini.

    1.Perlantikan Solomon Barney Smith adalah benar sekali.Ini kerana firma kewangan ini professional,berprestasi dan berintegriti tinggi. Hasil dari perlantikan ini telah menempatkan Malaysia ke nombor dua dibelakang Singapura di negara Asean dari segi pengurusan modal, investment dan dana.Ini terbukti dengan pencapaian dan kejayaan Petronas,Maybank, dan CIMB di luar negeri. Quran tidak melarang menafaatkan ilmu dari orang yahudi asalkan mengikut landasan syarak.

    2. Perlantikan Sathi & Sachi adalah benar sekali,mereka adalah pakar dan professional ini terbukti bagaimana UMNO dizaman Dr M, memonopoli politik negara. Mereka telah terbukti membuat strategi yang berkesan didalam piliharaya diMalaysia.Kepakaran mereka adalah lebih hebat dari kepandaian orang Islam. Tidak salah mengunakan kepakaran mereka.Kenapa kita harus irihati dengan kepakaran mereka.

    3.Perjanjian dengan Casper Weinberger belum pasti kesahihanya, kalau ianya terjadi risikonya adalah maklumat pertahanan, tetapi sudah 24 tahun berlalu, Malaysia masih lagi aman damai.Peralatan pertahanan yang dibeli dari Amerika Syarikat dimasa itu sudahpun menemui tarikh luput dan tidak dipakai lagi.

    4. Memang benar mengenai resolusi 321, kebodohannya adalah kepada Saddam Hussin yang pada masa itu disokong penuh oleh Amerika Syarikat.Dia telah diperalatkan AS untuk menyerang Kuwait sebuah negara yang berdaulat.Dengan itu membuka ruang untuk campurtangan Barat dan Bangsa Bangsa bersatu. Malaysia sebagai negara kecil dan ahli majlis keselamatan terpaksa menyokong resolusi kerana untuk memberi kedaulatan kepada Kuwait. Kita harus ambil iktibar dari peristiwa ini, jangan terlalu emosi.

    5. Berdamai dengan pihak Yahudi tidak semesti menjadi talibarut yahudi. Palestin memerlukan negara berdaulat.Mendaulatkan Palestin dengan cara kekerasan telah gagal. Jalan terbaik adalah berdamai. Sekarang ini belum ada negara Islam yang cukup kuat untuk berperang dengan yahudi.Jatuhnya yahudi hanyalah dengan kuasa Allah, kekuatan yahudi mungkin juga petunjuk dari Allah.Sila ambil iktibar.

    6. Dr M melutut memohan maaf kepada Yahhudi tidak pasti kesahihannya. Dr M disaran memohon maaf kepada keluarga tragedi Memali saya sokong seratus peratus. Memohon maaf secara peribadi kepada DSAI terserah kepada beliau, ini kerana apa yang terjadi kepada DSAI adalah disebabkan oleh DSAI sendiri yang pada masa itu terlalu ambitious dan terlalu yakin dia begitu kuat. Percaturan DSAI sudah salah, dia tidak teraniaya.

    7. Mengenai keputusan tidak mengambil bantuan dari IMF adalah satu keputusan yang terbaik yang telah dilakukan oleh satu satu pemimpin Malaysia.Ini telah diiktiraf oleh dunia.Konsep penjualan Bon, penubuhan danaharta dan penyatuan sistem perbankan telah berjaya membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi. Tidak ada istilah penjajahan ekonomi disini, ekonomi kita dijajah jika kita menerima bantuan IMF. Lihat sahaja Indonesia dan Thailand yang masih lagi terbelengu didalam kemelut ekonomi kerana mengambil bantuan IMF. Cara kita sekarang telah ditiru oleh AS didalam menangani kemelut ekonomi mereka.

    8. Sistem sekular British masih perlu digunakan dan cara terbaik adalah di modifikasi supaya sesuai dengan kehendak waktu dan suasana dan bersesuaian dengan adat dan agam. Kita berhutang budi kepada pihak British yang telah menperkenal kan kita kepada sistem, contoh sistem petadbiran, pelajaran, perundangan, penbangunan, infrastruktur,kejuruteraan. Kita harus menerima hakikatnya orang melayu adalah mundur, majoritinya kita adalah pengumpul makanan sahaja sebelum diajar oleh orang British. Ambil yang terbaik dari mereka, yang tak baik jadi sempadan. Kita boleh gubal undang undang murtad. Jangan salahkan sistem sekular.

    Bersambung


    Lop Bek

    Telok Bakong

    BalasPadam
  2. Kalau begitu patutlah dalam banyak hal Malaysia macam Israel (Yahudi)

    BalasPadam
  3. malang sekali ada orang Islam yang begitu memuji kebijaksanaan satu bangsa yang pandai tetapi bangsa yg begitu licik memutarbelit,dalam dunia ni bangsa yahudi paling kuat membunuh para nabi...berbanggalah dengan Islam dan semua para ilmuawan yang dicedok semula oleh yahudi dan nasrani..wassalam

    BalasPadam
  4. dah jatuh hati pada kehebatan yahudi yg Allah beri ke?jangan begitu sahabat...berbanggalah menjadi Org Islam...mmg Allah yang mmberikan yahudi kelebihan didunia,tetapi itu bukan lesen untuk kita mendewakan dan mencontohi mereka...bertaubatlah!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Cadangnya saya nak menyambung tulisan saya semalam, tapi biorle dulu. Biorle saya menjawab ulasan ulasan YOB YOB yang tak secara langsung ditujukan kepada saya.

    1. Saya amat setuju jika Malaysia berteknologi tinggi saperti ISRAEL, kalau boleh lebih hebat dari Israel. Untuk pengetahuan semua Intel research center adalah terletak di Israel, jadi setiap kali kita beli computer kita telah membayar royalti kepada Israel. Tengok hebat tak mereka. Bukan macam orang Islam, majlis ilmu terbatas kepada ceramah disurau surau dan topik selalu menghentam orang Wahabbi.Itu saja yang mampu dilakukan oleh majlis ilmu orang Islam.

    2. AlQuran ada memberi amaran tentang bahaya orang Nasrani dan Yahudi. Ambil iktibar dari amaran tersebut dengan melakukan jihad, belajar ilmu berteknologi tinggi adalah jihad in akan membawa kita setanding dengan bangsa lain.Kita tidak menafaatkan ilmu yang dicipta oleh sarjana Islam. Bukankah satu kebodohan menolak bahasa Inggeris kerana bahasa tersebut adalah bahasa yang menguasai Ilmu di abad ini saperti bahasa Arab pada suatu ketika dahulu.

    3.Saya berbangga menjadi orang Islam, tapi saya malu dengan sikap orang Islam yang jumud dan menolak ilmu dan membenci kaum sebangsa dan seugama kerana berlainan parti. Saya tidak mendewakan mereka tapi mengambil ilmu mereka.Alquran menyebut perkataan Yahudi dan Nasrani lebih banyak dari bangsa lain,mereka banyak menbunuh nabi kerana majoriti para nabi adalah dari bangsa mereka, bangsa arab cuma ada empat orang sahaja termasuk nabi Muhammad saw.Kerana bilangan nabi dari bangsa arab sedikit, maka bangsa arab tidak berpeluang membunuh para nabi tetapi mereka bertindak membunuh keturunan nabi dan sahabat nabi.Jadi tidak ada bezanya bangsa arab dengan yahudi.Kecuali Yahudi cerdik arab bodoh.Bangsa Yahudi memang pernah dilaknat, bangsa arab pun sama juga rujuk kaum Thamud,Madyan dan kaum Ad.Mereka adalah kaum arab belaka. Yob janganlah suruh saya bertaubat sebab saya tahu apa yang saya lakukan. Cuma yob perlu tinggikan tahap ilmu sebelum membuat sebarang kenyataan.


    LOB BEK

    Telok Bakong

    BalasPadam
  6. Sila jelaskan tafsiran jihad yang anda pelajari.nyatakan pendirian anda terhadap umno dan pas atau anda dari golongan tabligh?Saya menunggu maklum balas anda.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum,

    Saya suka slogan 'islam pasti menang' tapi PAS cuma bertopengkan islam, sikap dan tindak tanduk pemimpin serta pengikut PAS tidak menunjukkan sifat sifat keislaman. Kebanyakan orang PAS hanya ambil pada ISLAM pada feqah sahaja dan simpati politk sahaja.

    LOB BEK

    Telok Bakong

    BalasPadam
  8. NAMPAKNYA ANDA IKHLAS,TETAPI APAKAH ADA WADAH YG LEBIH BAIK DARI PAS?NEGARA INI HANYA BOLEH DITADBIR OLEH ORG YANG MAHU BERPOLITIK,YANG MENJADI MANGSA IALAH RAKYAT.PENTADBIRAN INI PERLU DIAMBIL DENGAN MENYERTAI PILIHANRAYA.APAKAH LOP BEK MAHU MENGANGKAT SENJATA DEMI ISLAM?ATAU MAHU BERDIAM DENGAN KEMUNGKARAN DIDEPAN MATA?ATAU MAHU BERDAKWAH DENGAN JALAN-JALAN TERBATAS YANG DIKAWAL OLEH PENGUASA?ATAU MAHU MENUBUHKAN GERAKAN ISLAM YANG LAIN?
    CARA PENULISAN LOP BEK NAMPAK BAIK,TETAPI INGIN SAYA TEGASKAN PENDIRIAN AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR DATANG DENGAN BERSAMA,ADALAH BEGITU SUKAR MAHU MENEGAKKAN MAARUF SEBELUM MENCEGAH KEMUNGKARAN,HASILNYA APA YANG ANDA BOLH BANGGAKAN TENTANG AKHLAK MANUSIA YANG BERKETURUNAN ISLAM DI SELURUH DUNIA INI?BELUM ADA GERAKAN ISLAM YANG BENAR2 MANTAP SELEPAS KEMATIAN 4 SAHABAT NABI.TETAPI BG PEMUDA SETIAP KELEMAHAN YANG ADA DALAM GERAKAN ISLAM PERLU DITAMPUNG OLEH SELURUH JEMAAH YANG SAYANG ISLAM DARI AMALAN SAYANGKAN BANGSA.SAYA TIDAK BOLEH BERBOHONG UNTUK MELEGAKAN DIRI SENDIRI APABILA AGAMA INI DIPIJAK-PIJAK OLEH BANGSA MELAYU...JANGAN DILUPAKAN SEMANGAT KEBANGSSAN INILAH YG MEMBUNUH SELURUH GERAKAN ISLAM DIDUNIA.GERAKAN BANGSA ITU ADALAH BATHIL KERANA IA BUKAN DARI ALLAH.SEKIAN UTK KALI INI.TERIMA KASIH KERANA MAHU BERULAS TANPA JEMU.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum saudaraku

    Untuk memahami tulisan saya, kenalilah diri saya, saya dilahirkan 47 tahun dahulu.Ayah saya seorang ahli agama, alfatihah buat almarhum ustaz Harun dan alfatihah buat almarhum paman saya Lope Othman atau LOB BEK panggilannya dikampong beliau mengalami kecacatan otak. Nama pena ini saya pinjam bagi merakam rasa sayang saya kepada beliau dan mengenang kembali nostalgia ketika bersama beliau.Alhamdulilah saya mendapat didikan agama yang sempurna walaupun tidak mendalam.Dizaman kanak kanak saya selalu impikan mati syahid, saya sering berhayal berada bersama rasulullah didalam perang perang badar,badar adalah perang yang paling saya minati,saya sering bertanya kenapa saya tidak bersama saidina Omar membebaskan baitulmuqaddis,atau bersama Salahudin, atau alangkah hebat kalau dapat bersama panglima Tariq di Andulalusia. Itulah angan angan manis saya.

    Dizaman remaja saya mengenali tokoh tokoh saperti Khomeini, Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Yassir arafat,Ahmad Awang, Yusof Rawa dan alhamdulilah dapat berguru sekejap bersama Almarhum Ustaz Fadzil Nor.Saya juga berkesempatan berguru dengan Uztaz Ghani dan pernah dapat mencium tangan alfadhil ustaz Hadi Awang Dikala itu PAS bagi saya ialah PAS FOR EVERYTHING.Saya terlibat memasang poster PAS dikala pilihanaya. Model revolusi di Iran menjadi impian saya dimasa itu.Taraf UMNO pada pandangan saya adalah saperti kuching kurap.Perjuangan Palestin, Moro, Libya, PULO dan mujahideen Afghanistan adalah model perjuangan buat saya.

    Saya berpeluang menjelajah dunia, destinasi pertama adalah australia, berjumpa dengan orang islam yang bukan dari keturunan melayu,pertama berjumpa dengan sarjana dari pakistan yang liberal dan tidak langsung menunjukkan semangat saudara seagama.Kemudian bertemu dengan orang Turki, keadaan hampir sama tapi orang Turki dilihat sekurang kurangnya mendirikan salat.

    Destinasi kedua AS, bertemu dengan orang arab kebayakannya rakan sebaya, segelintir amat baik dan taat beribadat, majoritinya membuat bermacam maksiat,penipu, pendusta,berpura pura, dimasa itu adalah amat terkejut kerana persepsi sebelum ini terhadap orang arab bahawa mereka adalah alim dan warak.Disini baru saya faham erti assobiyah dimana orang arab lebih mempercayai kaumnya yang beragama kristian dan orang melayu yang beragama Islam. Majoriti pembuat maksiat adalah dari Palestin.Persepsi terhadap bangsa arab berubah sama sekali.Lebih selesa bergaul dengan saudara baru dari golongan kulit hitam atau kulit putih.

    Berkawan pula dengan bangsa Pakistan, paling kuat menipu. Destinasi ketiga Indonesia, bangsa serumpun, penipuan adalah perkara biasa. Maksiat merata rata jauh lebih hebat dari Malaysia.

    Destinasi seterusnya London, dipenuhi dengan Pakistan dan India yang tidak kurang hebatnya dalam penipuan. Kemudian di Dubai,terkejut melihat kesombongan orang Islam yang kaya raya yang melihat bangsa dari asia timur hanya bernilai saperti seekor anjing.

    Kemudian ke Sudan, melihat orang Islam yang miskin dan kuat beribadat tetapi tidak amanah dan suka menipu.

    Saya ke tanah suci mekah menunaikan fardu haji,keadaan orang islam amat parah dari segi moral dan agamanya. Syeikh haji memanipulasi agama demi keuntungan dan pada keluarga Ibnu Saud haji adalah business.Jemaah dari asia dilayan saperti kucing kurap manakala jemaah dari timor tengah adala saperti duduk di business class itulah orang Islam sekarang.

    Kesimpulannya orang melayu adalah bangsa yang terbaik didunia.Perbetulkan ahlak orang melayu dengan cara penyatuan melayu. PAS sepatutnya membetul UMNO bukan bersekongkol dengan DAP dan PKR.Saya berhenti menyokong PAS selepas insiden di Perak. Saya amat tidak menyukai tidak tanduk Nizar yang diperkudakan oleh DAP.

    Bersambung


    LOB BEK

    Telok Bakong

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!